Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang | Seperti juga penyakit-penyakit lain, kadangkala ada individu yang menderita penyakit buat pinggang namun langsung tidak menyedari akan kehadiran penyakit tersebut.
Ini mungkin berpunca disebabkan simptom-simptom penyakit buah pinggang agak sama dengan beberapa penyakit yang lain.
Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
Apa tanda-tanda awal penyakit buah pinggang?
1) Perkara pertama yang anda perlu perhatikan adalah perubahan pada air kencing. Adakah anda kerap membuang air ataupun jarang membuang air. Perhatikan juga warna air kencing. Jika terdapat berbezaan berbanding kebiasaan, elok dapatkan rawatan awal.
2) Jika buah pinggang gagal berfungsi dengan baik maka ia tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk menghasilkan sel darah merah. Ia akan menyebabkan individu tersebut kekurangan darah atau anemia. Kesannya anda akan kerap merasa letih biarpun tidak melakukan kerja yang berat.
3) Cuba perhatikan seluruh tubuh badan anda jika terdapat sebarang pembengkakan yang luar biasa. Buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik tidak dapat mengeluarkan bendalir berlebihan dari badan. Ini akan menyebabkan berlakukan pembengkakan di bahagian anggota badan.
4) Ruam dan kegatalan yang agak teruk pada anggota badan juga berkemungkinan berpunca dari buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik. Ramai yang terlepas pandang pada simptom ini kerana beranggapan ia cuma alahan biasa.
5) Adakah anda mudah terasa loya dan muntah-muntah? Ataupun ada rasa yang kurang enak dalam mulut anda? Ini mungkin disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan dalam darah akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
6) Kerap berasa sejuk juga antara tanda-tanda buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. Individu yang kekurangan darah atau anemia akan berasa sejuk biarpun ketika cuaca panas.
7) Kesukaran bernafas juga berkemungkinan disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Bila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan bendalir berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa sukar untuk bernafas.
8) Sakit di bahagian belakang juga boleh berpunca dari kegagalan fungsi buah pinggang. Rasa sakit ini kebiasaannya dirasakan dibahagian tepi sebelah bawah di mana terletaknya buah pinggang.
9) Kerap berasa pening dan sakit kepala juga boleh disebabkan oleh kerosakkan buah pinggang. Bila darah berkurangan, maka oksigen juga akan berkurangan di dalam otak.
Jika anda rasa mempunyai tanda-tanda awal penyakit buah pinggang seperti yang disenaraikan di atas ini, eloklah anda dapatkan rawatan awal. Mencegah lebih baik dari mengubati.



Unknown said...

Apa nama jenis anaemia yg disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi..?

Unknown said...

Apa nama jenis anaemia yg disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi..?

Takkan Baca je? Comment La Sikit..