Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey, Petaling Jaya Memang Rare!

Nasi lemak kukus biasa kita jumpa. Tapi, kalau nasi lemak kukus yang digoreng pasti rare bagi anda bukan?
Kalau anda ingin merasa nasi lemak kukus yang digoreng, kami cadangkan anda ke Jalan Othman di Petaling Jaya dan singgah di gerai milik Chef Fauzey ini.
Rata-rata penduduk di Seksyen 3, Petaling Jaya telah kenal akan keunikan nasi lemak kukus goreng Chef Fauzey ini. Keunikannya sehingga banyak keluar di media-media mainstream seperti Majalah 3, Nasi Lemak Kopi O TV9 dan lain-lain lagi.
Chef Fauzey sebelum ini merupakan seorang chef yang pernah berkhidmat di hotel 5 bintang dan kepakarannya adalah memasak masakan western. Memasak nasi lemak merupakan satu cabaran bagi beliau tapi dengan keazaman yang gigih, beliau berjaya menempah nama sehingga hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini.


Gerai yang terletak di belakang stesen bas Jalan Othman ini memang simple. Chef Fauzey menggunakan lorinya sebagai dapur bergerak untuk membawa masakannya. Beliau dibantu oleh isterinya dan 2 orang pekerja.

Barisan pelanggan yang berkunjung ke gerai ini sejak dibuka tak pernah putus. Sekali buat tempahan bungkus pasti sampai 5 hingga 6 bungkus ke atas.


Kami membuat pesanan nasi lemak kukus goreng yang menjadi bualan ramai ini. Hidangannya lebih kurang sama seperti nasi lemak biasa cuma yang menjadi menarik apabila adanya udang goreng dan ayam goreng berempah.

Rasa nasinya sangat lemak. Dimakan bersama dengan sambal istimewa Chef Fauzey makin naik rasanya. Udang gorengnya juga turut penuh berperisa.
Ayam goreng berempahnya memang sangat sedap. Sebab itulah pelanggan Chef Fauzey tak pernah putus-putus datang kerana masakan nasi lemak kukus goreng ini memang sedap.

Untuk pengetahuan anda, Chef Fauzey turut menyediakan masakan lain seperti nasi lemak kukus biasa, char kuey teow dan mee goreng. Kepada yang ingin mencuba nasi lemak kukus goreng ini bolehkan dapatkan info di bawah.
Nama gerai : Nasi Lemak Kukus by Chef Fauzey
Lokasi : Jln Othman Bus Station, Petaling Jaya, Selangor (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:30 pm – 11:00 pm



Rubiah Kadir said...

Nasi lemak Kukus goreng????

1st time dgr ni.. ...

Ayamnya mmg npk sedap sgt tu...
Boleh ajak suami pergi ni...

Malaysia yg kaya dgn makanan

Takkan Baca je? Comment La Sikit..