Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

(Video) Lelaki Buta Ini Membuat Sesuatu Yang Menakjubkan!




Video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki di Arab Saudi yang cacat penglihatan pergi berjemaah ke masjid telah mendapat perhatian ramai.

Kecekalan lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 50-an yang berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran pintu masjid untuk memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluah rasa kagum dengan lelaki berkenaan yang sanggup berjalan kaki walaupun buta dan tidak segagah orang muda lagi.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Cacat pengelihatan dan uzur tidak dijadikan alasan oleh lelaki ini untuk tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Kerana kecekalan lelaki ini juga ia dikatakan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain terutamanya golongan muda yang berat kaki untuk ke masjid.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," tulis akhbar berbahasa arab berkenaan. - Siakapkeli.my
Sumber: Siakap Keli

Perkembangan Terkini Bilal Muda Yang Ditikam, Rakan Kongsi Keajaiban Berlaku


Sebelum ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan satu kes dimana seorang bilal, Tengku Shafiq Adam, ditikam dengan menggunakan pisau rambo. Secara kasarnya, kejadian berlaku di sebabkan salah faham antara suspek yang terlibat dan juga bilal tersebut.

BACA : Bilal Ditikam Dengan Pisau Rambo

Menurut rakan kepada bilal berkenaan, Ewan Nazri, keadaan Tengku Shafiq kini semakin beransur pulih dan semakin sihat.

"Assalamualaikum dan salam maghrib sahabat2 semua..harini sy kongsikan pic sahabat saya tengku syafiq..kacak dop??huhu..semakin sihat dan semakin sembuh..alhamdulillah..", tulis Ewan di laman Facebook Warga Kuantan.


Selain itu, Ewan juga turut berkongsi keajaiban yang berlaku ketika Shafiq dirawat.

"2 perkara ajaib yg berlaku ketika tengku shafiq sedang kritikal yg nak sy kongsikan kpd semua agar ia mnjdi asbab untuk kita berfikir betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T ialah :"

"1.ketika beliau sedang dioperation ketika beliau kritikal dan tidak sedar doktor memberitahu yg beliau sedang mengaji,surah ape doktor x pasti..itu yg berlaku..ALLAHHUAKBAR!"

"2.Dalam keadaan separa sedar@lemah doktor bertanya boleh x dia tandatangan surat,dan dengan kekuasaan ALLAH S.W.T beliau boleh mengangkat tgnnya dan tandatangan dan nak tau ape hasil dr tandatangan beliau ?yg ditandatangan adelah nama Nabi kita Muhammad s.a.w dlm bahasa jawi..ALLAHHUAKBAR!", tulis Ewan.

Ewan juga turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan sahabatnya itu.

"Sy kongsikan kejadian yg berlaku ini bersama sahabat agar same2 kita muhasabah diri betapa hebat dan besarnya kuasa ALLAH S.W.T ..selama beberapa hari sahaja tengku dpt melepasi keadaan kritikal dan semakin sembuh..sedangkan doktor pon tidak percaya tengku boleh sihat secepat ini..berkat dr doa sahabat2 semua yg tidak putus2 alhamdulillah,semuanya dipermudahkan..terima kasih kpd yg mendoakan untuk sahabat sy tengku shafiq..semoga beliau cepat sembuh dan sihat dan boleh pulang ke rumah..amiinnn☺"

Kami di Siakapkeli mendoakan agar saudara Shafiq semoga sempat sembuh dan cepat pulang ke rumah :) - Siakapekeli.my


Sumber: Siakap Keli

8 Sebab Orang Jepun Lebih Islam Dari Orang Islam

Imam Abdullah Taqy, seorang Imam berbangsa Jepun di Tokyo merupakan seorang bekas pembuat tatu
Jepun, sebuah negara maju yang pesat membangun tetapi masih lagi mengekalkan nilai-nilai murni  dalam setiap penduduknya. Malah akhlak ini sama seperti yang diterapkan dalam agama Islam seperti menepati masa, jujur, dan lain-lain. Namun, ada yang berpendapat orang Jepun lebih Islam daripada orang Islam sendiri. Cuba lihat sebab dibawah.


1. Jepun terkenal dengan displin waktunya. Jadual kereta,bas, kereta api jika tidak ada keadaan darurat, sangat tepat, tidak lebih dari 1-2 minit saja.Mereka masuk pejabat 15 minit sebulum waktunya

2. Orang Jepun juga kejujurannya amat tinggi. Jika kita kehilangan dompet, jgn bimbang kerana pasti akan bertemu semula kerana kejujuran yg amat tinggi( pengalaman orang yg tinggal di sana)

3. Kanak-kanak Jepun dan gurunya membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min.Dekat Malaysia guru hanya pandai mengarahkan anak murid.

4. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pingan

5. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang

6. Menghormati orang lain atau orang yang lebih tua juga berlaku di Jepun. Di kendaraan umum, pasti disediakan tempat duduk khusus untuk orang-orang tua. Tidak perduli apapun statusnya, melihat orang yang lebih tua, biasanya mereka sangat hormat.Apabila hendak keluar dari bas, mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada pemandu..apabila mereka melayan tetamu atau meminta maaf , mereka akan membongkokkan badan tanda hormat atau merendah diri

7. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

8. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”. malangnya di Malaysia hari ini ayah sibuk telefonnya, ibu sibuk dgn telefonnya, anak sibuk dgn telefonnya.sedih melihat keadaan keluarga hari ini

"Dlm tv al-hijrah ada dokumentari tentang perbezaan negara arab dgn jepun. Satu part yg best host yg pegi ke jepun tu kata orang jepun tidak dianugerahkan oleh Allah akal yg lebih cerdik dari orang arab,seorang jurutera arab lebih cerdik sebenarnya dari seorang jurutera jepun,jadi mengapa jepun lebih maju? Bezanya orang jepun lebih bekerjasama dan mementingkan kerja berpasukan,seorang jurutera jepun kalah dgn arab tapi jika sepasukan jurutera jepun tidak mampu untuk ditandingi oleh sepasukan jurutera arab".'

Berkata ulama "Bayangkan:?mereka sudah berbondong-bondong ke masjid/mushola 5-10 menit sebelum azan berkumandang, pembayaran zakat akan sangat dipatuhi, alim ulama akan dihormati, masjid akan sangat rapi dan bersih.

Sumber: Video Islamik, OhMedia 

OHMEDIA: YA ALLAH. Malunya pada mereka. Mereka lebih menitik beratkan ciri-ciri Islam.

Tips Islam : 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri. 

Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah 7 zikir pembuka pintu rezeki ini. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kalian. Amin.

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki:

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetanggany.
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda:
Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaiba al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka banyakanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.


Sumber:OhMedia

Salah Satu Masjid Di Malaysia Tangga Ketiga Tercantik Di Dunia


Islam merupakan agama kedua terbesar dunia dan lebih 62 peratus daripada umat Islam tinggal di Asia. Oleh itu, banyak masjid-masjid yang cukup indah didirikan di negara Asia seperti Arab Saudi, UAE, Turki, Brunei dan lain-lain.

Malah Malaysia juga turut tidak ketinggalan membina sebuah masjid yang sangat cantik sehingga tersenarai di tangga ketiga masjid tercantik di dunia.


1. Masjid Besar Sheikh Zayed 

Lokasi: United Arab Emirates

 

Masjid Besar Sheikh Zayed adalah masjid terbesar di UAE, ia terletak di Abu Dhabi. Ia boleh menampung lebih 40,000 orang. Bahan-bahan semula jadi seperti marmar, emas, permata batu, kristal dan seramik telah digunakan untuk membina masjid yang indah ini. Halaman yang menakjubkan mempunyai mozek marmar terbesar di dunia pada 180,000 kaki persegi. Pembinaan kos 2 bilion dirham (AS $ 545,000,000).


2. Masjid Al-Haram

Lokasi: Saudi Arabia


Masjid al-Haram, juga dikenali sebagai Masjidil Haram atau Masjid Besar Makkah, merupakan masjid yang terbesar di dunia dan mengelilingi tempat suci Islam, Kaabah. Struktur semasa meliputi kawasan seluas 356.800 meter persegi (88.2 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup. Masjid al-Haram boleh menampung sehingga dua juta orang. Ini adalah masjid suci yang setiap muslim yang pergi haji mesti melawat. Pandangannya adalah menakjubkan dan agak luar biasa.


3. Masjid Kristal

Lokasi: Kuala Terengganu, Malaysia


Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Malaysia. Struktur utama diperbuat daripada besi, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Ia telah dibina di antara tahun 2006 dan 2008 tetapi telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 dan mempunyai kapasiti lebih 1,500 jemaah.


4. Masjid Sultan Ahmed

Lokasi : Istanbul, Turki


Masjid Sultan Ahmed yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru mencantikkan dinding bahagian dalamnya. Reka bentuk masjid merupakan kemuncak kepada dua abad pembangunan masjid Uthmaniyyah. Juga salah satu masjid tertua di dunia yang dibina 1609 -1616, Masjid Biru adalah salah satu daripada dua buah masjid di Turki dengan enam menara.


5. Masjid Mashkhur Jusup Tengah

Lokasi : Kazakhstan


Dibina di bandar pusat Pavlodar, masjid ini mempunyai dua dewan solat yang boleh memuatkan 1,200 lelaki dan 300 wanita masing-masing. Ia dihiasi dengan bintang 8-paksi, kubah dan 4 menara.

Selain kemudahan agama, ia menempatkan sebuah sekolah, dewan perkahwinan, muzium budaya Islam, perpustakaan, pawagam, ruang makan, dan pelbagai bilik-bilik lain. Keindahan seni bina telah mempengaruhi reka bentuk bandar lain di bandar.


6. Masjid Faisal

Lokasi : Islamabad, Pakistan


Masjid Faisal merupakan masjid kedua terbesar Pakistan dan terletak di Islamabad. Ia tidak mempunyai kubah tradisional dan gerbang. Ia berbentuk seperti khemah Badwi padang pasir. Ia mempunyai dewan solat segi tiga yang besar dan empat menara. Kos pembinaan lebih $ 120 juta, dan telah dibiayai oleh Arab Saudi. Kerja-kerja Majestic seni telah disiapkan pada tahun 1986.


7. Masjid Suleymaniye

Lokasi : Turki


Masjid Süleymaniye adalah masjid empayar yang terletak di Bukit Ketiga Istanbul, Turki. Ia adalah masjid terbesar di bandar, dan salah satu daripada tempat-tempat yang paling terkenal di Istanbul.

Ia dibina untuk Sultan Süleyman pada tahun 1550 dan selesai pada 1558. Masjid ini adalah contoh klasik senibina Ottoman. Ia didahului oleh halaman monumental di sebelah barat, dan mempunyai empat menara di empat penjuru halaman. Ke kanan (tenggara) daripada pintu masuk utama adalah tanah perkuburan, rumah kepada makam Süleyman dan isterinya Haseki Hürrem Sultan (Roxelana).


8. Masjid Hazrat Sultan

Lokasi : Astana, Kazakhstan


Masjid Hazrat Sultan sebuah masjid baru yang terletak di Astana, Kazakhstan. Masjid indah menyerupai sebuah istana timur ini mempunyai Pondok Daun, sebuah dewan untuk perkahwinan, bilik untuk membaca Al-Quran, bilik jubah dan bilik wuduk. Kubah utama masjid ini dikelilingi oleh lapan yang kecil.

Ia kini adalah masjid terbesar di Asia Tengah dengan kapasiti 10,000. Pembinaan mengambil masa tiga tahun dan telah dibuka secara rasmi pada bulan Julai 2012. Masjid ini dinamakan sebagai penghormatan kepada salah seorang syeikh Sufi - Khoja Ahmed Yassawi (abad XII itu), yang merupakan seorang penyair, ahli falsafah dan wali Islam, terkenal di seluruh wilayah Asia Tengah.


9. Masjid Sabanci Pusat

Lokasi : Adana, Turki


Masjid Sabancı Pusat di Adana adalah masjid terbesar di Turki, dan salah satu masjid terbesar di Timur Tengah. Luarannya adalah sama dengan Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul, manakala hiasan dalaman telah diilhamkan oleh Masjid Selimiye di Edirne.

Ini adalah masjid yang indah pada 52.600 meter persegi tanah dengan kawasan tertutup 6600 meter persegi dan mempunyai kapasiti sebanyak 30,000. Masjid telah digunakan ia telah siap pada tahun 1998.

10. Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

Lokasi : Brunei Darul Salam


Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah merupakan masjid terbesar di Brunei. Ia dihiasi dengan 29 kubah emas. Masjid ini terkenal dengan bahagian dalaman yang menakjubkan dan luar menawan. Empat menara terazo berjubin masjid yang indah ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan dominan di pinggir bandar Bandar Seri Begawan.

Ia telah dibina pada tahun 1994 untuk memperingati ulang tahun ke-25 Sultan semasa Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Mu'izzaddin Waddaulah. Masjid Majestic ini dikelilingi oleh taman-taman berlandskap dan mata air yang memastikan persekitaran yang tenang untuk berdoa dan meditasi. Ia adalah pemandangan yang pengunjung Brunei tidak harus ketinggalan. 


Sumber: OhMedia

Bertemu Backpacker Remaja Berkopiah Dari Jepun, Inilah Yang Lelaki Ini Lakukan

Nota Editor: Kisah benar ini telah dikongsikan di Facebook Firdaus Wong Wai Hung yang telah bertemu secara tak sengaja dengan 2 remaja dari Jepun yang sedang mengembara di Malaysia.
Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia turut memberi inspirasi untuk anda juga melakukan kebaikan sesama insan tanpa mengira agama. Sesungguhnya Islam itu mudah dan menyukai perdamaian. 
Backpackers Remaja Berkopiah Jepun
Selesai sesi Istitabah di Jabatan Mufti Selangor, saya terserempak dengan dua lelaki berpakaian tradisional Jepun dan berkopiah dengan beberapa beg mereka mengangkat ibujari di tepi jalan Masjid Shah Alam.
Saya memberhentikan kereta dan bertanya apa yang saya boleh bantu? Mereka nak ke stesen KTM Shah Alam dan saya bertanya lanjut mereka nak naik komuter ke mana? Jawabnya nak ke KL Sentral.
Saya tawarkan untuk bawa mereka ke sana walaupun saya sendiri perlu ke Yong Peng Johor.
Saya memperkenalkan diri dan mereka memperkenalkan diri. Seorang bernama Tada (kacukan Jepun & Filipina) & seorang lagi ialah Mine (sebutan Min Meh) yang lebih cerah orangnya.
Kedua-duanya adalah rakan baik dan baru berusia 20 tahun tetapi mengembara ke Malaysia, Thailand, Singapura & Indonesia dengan bajet USD800 untuk semua perbelanjaan selama 10 hari.
Mereka belum Muslim lagi dan mereka juga memakai kopiah yang baru dibeli ketika melawat Masjid Shah Alam. Soalan pertama yang ditanya mereka kepada saya agak pelik;
“Thanks you for helping us. Why you willing to help us when we have wave for 15 minutes but nobody stop but only you willing to stop. IS IT BECAUSE YOU ARE MUSLIM?”
Terkejut saya dengan soalan mereka namun saya menjawab;
“Islam teach its followers to treat their guest well and Prophet Muhammad (pbuh) also said that whosoever lift a difficulty and facilitate the affairs of his brothers in this world, Allah will lift his difficulty in & make his affairs in the hereafter easier.”
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan kami berborak tentang latar belakang dan juga beliau bertanya kenapa saya memilih Islam serta konsep akhirat dalam Islam.
Saya menawarkan untuk belanja mereka lunch memandangkan mereka juga belum makan dan akhirnya saya membawa mereka ke Dapur Sarawak untuk menikmati hidangan Malaysia dan merasai sate, nasi lemak dan teh tarikh.
Banyak soalan tentang yang ditanya terutamanya dari Tada yang lebih fasih berbahasa Inggeris malahan mereka mahu belajar berwuduk dan solat dan respon mereka apabila saya tanya tentang perasaan mereka setelah solat dan sujud, mereka menjawab;
“I never feel like this before. Very peaceful. Very calm, feel very humble and close to God.”
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kami menghadiahkan senaskah Quran, MP3 Quran, minyak attar dari Mekah serta kain sarung yang kami pinjamkan kepada mereka untuk belajar solat kerana mereka merasakan selesa dan suka padanya. Sebelum berpisah, Tada berkata kepada saya;
We never expect to meet you on our last day in Malaysia. We do not know how to repay or thank you but we really enjoy our short moment together. We love you and your friends here, we love Malaysian for their kindness and we love Allah.
Next time when I see someone in need of help, I will remember your advice to spread love and kindness to others. We love you brother.
Semoga mereka terus mencari kebenaran dan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.

Solat Sunat Wudhu' Yang Perlu Anda Tahu

Solat Sunat Wudhu'

Solat Sunat Wudhu' | Solat sunat wudhu' amat besar pahalanya dan sesiapa yang melakukannya akan diampuni dosanya , yakni dosa-dosa yang kecil . Adapun dosa-dosa besar itu hanya akan terampun dengan taubat nasuha .

Solat Sunat Wudhu'


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Apabila seseorang itu berwudhu' dan dia menyempurnakan wudhu'nya , kemudian dia bersolat ( sunat ) dua rakaat atau empat rakaat dengan khusyu' , kemudian dia berdoa memohon keampunan , Allah akan mengampunkan dosa-dosanya . "

( HR Abu Ya'la )

Kelebihan Solat Sunat Wudhu' :


1 . Diampunkan dosa-dosa yang lampau

Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat , yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri ( yakni mendirikannya dengan khusyuk ) nescaya Allah S.W.T akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu . ”

2 . Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya , melainkan telah wajib baginya syurga . ”

Niat Solat Sunat Wudhu' :


Niat Solat Sunat Wudhu'

" Sahaja aku solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Ikhlas . Pada rakaat kedua , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Nas .

Doa Solat Sunat Wudhu'


Doa Solat Sunat Wudhu'

" Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya . Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya . Ya Allah ! Jadikanlah aku orang yang ahli bertaubat , dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh . Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan kepujian Engkau dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau , aku pohonkan keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada-Mu . "

Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk | Solat Sunat Wudhu' .

Stacy Sahkan Dirinya Memeluk Agama Islam Namun Bukan Kerana Akim Ahmad


Setelah menjadi tanda tanya ramai, hari ini Stacy mengesahkan yang beliau telah memeluk Islam pagi semalam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor. Stacy melalui satu sidang media yang berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil sebentar tadi memaklumkan beliau turut ditemani ibu bapanya serta ibi bapa Akim ketika melafazkan dua kalimah syahadah di jabatan itu kira-kira jam 10 pagi.

Semalam, Oh! Media antara media terawal memaparkan sekeping gambar yang dihantarkan kepada kami melalui satu artikel yang masih belum disahkan.



Stacy memberitahu bahawa dia memeluk Islam kerana minat mendalam untuk belajar tentang agama Islam dan bukan kerana hubungan percintaannya bersama Akim Ahmad.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Saya peluk agama ini bukan kerana sesiapa atau perihal cinta mengaitkan dengan Akim," katanya

Stacy yang sebelum ini beragama Kristian kini menggunakan nama Islam, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Akim melalui Twitternya, baru sahaja sebentar tadi mengeluarkan satu status mengucapkan selamat datang kepada Stacy selepas sahaja Stacy sendiri membuat pengakuan dalam sidang media.

 Harapan Ohmedia buat Stacy, semoga menjadi muslimah yang benar-benar muslimah biarpun secara berperingkat. Tabahkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan datang. 

Sumber: OhMedia

Doa Tidak Di Diterima Allah?? 10 Sebab Yang Ramai Tidak Tahu

Ada orang mengeluh kerana doanya tidak makbul, atau lambat dimakbulkan Tuhan. Ada juga yang hanya sekali berdoa, kemudian putus asa, lalu tidak mau lagi memohon dari Allah s.w.t.


Saad bin Abi Waqqas telah menerima nasihat dari Nabi Muhammad sendiri supaya menjaga makan minum yang halal, kerana yang demikian adalah salah satu syarat doa di terima Tuhan. Mafhum dari apa yang dinyatakan Baginda Nabi s.a.w. kepada Saad bin Abi Waqqas itu, nyatalah bahawa melakukan perbuatan haram menjadi sebab doa itu tertahan.


Bagaimana pandangan ahli-ahli tasawuf tentang doa yang tidak makbul ini ?
Seorang tokoh sufi terkemuka, Ibrahim Adham sedang berada di tengah pasar Basrah di Iraq apabila dia ditanya oleh ramai orang. Di antara soalan yang dihadapkan kepadanya ialah 'mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah'. Mereka mendakwa selalu berdoa kepada Allah. Tetapi tidak makbul.
Dengan penuh tawadhuk Ibrahim Adham menjawab, 'Hati kamu buta. sebabnya kerana sepuluh perkara':
(1)Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

(2)Kamu sangka cinta kepada Rasulullah s.a.w. tapi kalian tinggalkan sunnahnya.

(3)Kalian membaca Al Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
(4)Kamu menerima nikmat-nikmat Allah s.w.t. tetapi tidak pernah bersyukur.
(5)Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi tidak menentangnya
(6)Kamu berkata syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
(7)Kamu berkata neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
(8)Kamu berkata mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
(9)Kamu bangun tidur, ceritakan keaiban manusia, tetapi lupa keaiban sendiri.
(10)Kamu kebumikan mayat saudaramu, tetapi tidak mengambil iktibar darinya.

Jawapan Dari Mufti, Hukum Menggunakan "2-Wheel Smart Scooter" Atau Segway Semasa Tawaf



Semalam kami ada menyiarkan video di mana menunjukkan seorang lelaki menggunakan 2-Wheel Smart Scooter ketika melakukan tawaf semasa menunaikan haji.

Kerana video berkenaan ramai yang mempertikaikan penggunaannya jika si penggunanya adalah seorang yang sihat tubuh badan.

Hari ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menghuraikan hukum penggunaan kenderaan tersebut yang ditulis dalam Irsyad fatwa ke 89 mengenai hukum tawaf menggunakan Segway/Mini Segway.

Muqaddimah

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard. Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)


Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ

Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)


Di dalam hadis Jabir R.A:

طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ

Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasa’I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:

kerana untuk membimbing orang ramai.
kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
kerana uzur atau sakit.


Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus. 

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

• Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:
الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ
Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.
Riwayat al-Nasa’i (2922)
Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

• Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

• Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.
Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.
Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.


sumber

9 Soalan Atheis Dijawab Dengan Mudah Oleh Pemuda Islam

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”
Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.
Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.