Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Jom Lihat Pasar Mengerikan Dan Meloyakan Di Pasar Indonesia



Membeli-belah atau hanya sekadar melihat-lihat makanan murahan boleh dilakukan di Pasar Tomohon dan Pasar Langowan, Manado, Sulawesi Utara. Namun sebahagian besar pelancong lebih memilih ke Pasar Haiwan Tomohon. Pasar di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur tersebut dengan hanya menaiki bas tambang Rp 6.000, - per orang, berangkat dari Terminal Karombasan. Sepanjang 45 minit perjalanan berbukit dan berliku-liku, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar Manado dengan pantainya yang indah nan biru. 


Tiba di Terminal Beriman Tomohon, cukup hanya dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pasar Haiwan Tomohon. Sebab pasar tersebut bersebelahan dengan terminal bas yang tepatnya berada di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur.
Hati-hati! Sebelum memasuki pasar yang dikenali sebagai pusat perdagangan haiwan dan makanan  ekstrim tersebut, sebaiknya siapkan mental terlebih dahulu supaya kita tidak terkejut dengan barangan dagangan yang ada didalamnya. Sekadar cerita dari mulut ke mulut penduduk tempatan, ramai pelancong asing yang datang ke tempat ini yang akhirnya balik dengan perasaan meloyakan lantaran tercengang dan kasihan melihat haiwan-haiwan tersebut dibunuh, dibakar, dipotong-potong, dan dijual untuk dimakan.










Russia Jemput Syarikat Malaysia Untuk Memasuki Pasaran Halalnya



Russia menjemput syarikat syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran halalnya kerana permintaan produk halal di sana semakin berkembang.

Presiden Regions-Russia Association Linar Yakupov berkata pasaran halal negara itu mencatatkan pertumbuhan 100% pada 2014.
“Kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia dan pihak yang terlibat dalam industri halal untuk membina pusat pengeluaran dan pengedaran di Russia,” katanya kepada wartawan.
Russia mempunyai populasi Muslim melebihi 20 juta.
“Terdapat permintaan yang tinggi di Russia daripada komuniti Muslim begitu juga dengan populasi bukan Muslim. Oleh itu kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia untuk membawa produk produk halal ke negara kami,” Yakupov menambah.
Sementara itu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Dzulkifli Mahmud juga menggesa syarikat syarikat tempatan menjadi lebih berani dan memasuki industri halal di Russia yang menjanjikan pulangan lebih baik di masa hadapan.
Dzulkifli berkata industri halal dijangka menyumbang 5.8% pertumbuhan produk domestik Malaysia tahun ini.
Russia telah dikenal pasti sebagai pengimport produk dan servis halal Malaysia yang paling pesat berkembang di dunia.
Malaysia juga berada di ranking ke-19 destinasi eksport untuk produk halal dengan nilai RM385.05 juta pada 2014, meningkat sebanyak 34.2% dari tahun sebelumnya.
Tahun lepas, jumlah trade Russia-Malaysia mencatatkan angka US$2.8 billion, meningkat 55.2% daripada US$1.81 billion pada 2013.

6 Cara Bezakan Daging Lembu Dan Daging Babi




Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda

Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda

Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda  | Benarkah terdapat kuasa misteri yang menyebabkan kapal dan pesawat hilang di Segi Tiga Bermuda atau ini hanyalah satu lagi teori yang telah dirancang ? ?


Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda


Terletak di bahagian barat Lautan Atlantik Utara , Segi Tiga Bermuda meliputi kira-kira 500,000 batu persegi perairan kawasan Bermuda , Florida dan Puerto Rico . Mungkin kehilangan sebilangan kapal di kawasan tersebut ada kebenarannya tetapi penjelasan kehilangan tersebut telah menimbulkan pelbagai teori konspirasi .

Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda

Teori ini mengatakan ada pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kehilangan tersebut . Ada yang mengatakan makhluk luar angkasa harus dipersalahkan , manakala yang lain mengatakan kawasan ini ialah sebahagian Atlantis yang hilang .

Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda

Misteri Segi Tiga Bermuda sebanrnya wujud sejak zaman Cristopher Columbus mengembara di lautan pada tahun 1492 . Dalam catatan beliau , dikatakan ada beberapa kejadian ganjil berlaku di kawasan ini .

Namun secara umum , Segi Tiga Bermuda menjadi lagenda dunia pada tahun 1950 apabila seorang wartawan , Edward Van Winkle Jones menulis sebuah artikel tentang hilangnya sejumlah pesawat dan kapal secara misteri pada akhir tahun 1940-an | Teori Konspirasi Segi Tiga Bermuda 
.

Berhati-Hati ketika Melancong Ke Australia, Wanita kongsi Kisahnya Dianiaya Hotel Di Sana


Seorang pengguna Facebook telah menceritakan pengalaman pahitnya selepas pulang daripada bercuti di Australia baru-baru ini di mana beliau mendakwa telah dianiaya oleh pihak hotel di negara berkenaan.

Beliau yang menggunakan nama Yanie Raihan telah menulis luahannya selepas menginap di sebuah hotel bernama Copacabana Apartment Hotel di Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.

Menceritakan pengalaman pahit tersebut dia mengatakan yang harga ditawarkan amat berpatutan selepas ditempah menggunakan web carian hotel terkenal, Agoda. Apabila sampai di hotel tersebut memang keadaan bilik hotel yang diinapnya cukup memuaskan hati.

Dia rakan-rakannya telah mendapat dua bilik di blok 4 iaitu nombor bilik 8 dan 23 untuk bermalam di sana selama 6 hari.

Pengalaman pahit mereka bermula apabila mereka telah berbincang dengan pengurus bagunan berkenaan bernama, Michael untuk meninggalkan bagasi mereka sementara waktu dengan membayar sebanyak AUD $ 60 untuk keluar membeli belah di saat akhir.

Setelah selesai membeli belah mereka telah kembali ke apartmen sekitar 05:30 dan mendapati beberapa barang barangan dan bagasi mereka telah hilang. Mereka dapat tahu bahawa pihak pengurusan hotel telah mengambil bagasi berkenaan dengan meninggalkan nota yang menyatakan ia adalah sebagai ganti rugi kerana terdapat kerosakan barangan di dalam bilik yang didiami sebelum ini.

Barangan yang rosak seperti dinyatakan ialah mentol lampu tandas dan ganti rugi kerana terdapat kerosakan pada barangan di dalam tandas.

Gambar Hiasan

Menurut Yanie, sebenarnya kerosakan berkenaan telah dilaporkan kepada pihak pengurusan sebelum ini apabila lampu berkenaan tiba-tiba rosak pada hari keempat mereka tinggal di situ. Mereka sudah melaporkan tentang kerosakan lampu tersebut sebelum ini namun tiada sesiapa datang untuk memperbaikinya menyebabkan mereka terpaksa bergelap selama dua hari ketika menggunakan tandas.

Dalam hal kerosakan bahagian tnadas pula semenjak sampai hari pertama lagi sudah terdapat sisa serbuk kayu berselerak diatas lantai tandas dan kebetulan keadaan menjadi lebih teruk kerana tandas digunakan sudah pasti barang yang rosak itu terkena air menyebabkan ia menjadi lebih teruk.

Sinki pun hanya digunakan untuk mencuci muka sahaja kerana mereka jarang berada di hotel akibat jadual yang diatur adalah padat.

Kerana dua kerosakan ini Michael meminta kami membayar sebanyak AUD $ 1000 kerana mahu menggantikan kembali barangan dalam tandas berkenaan.


Akibat waktu yang mendesak kerana pesawat kami akan berlepas tiga jam selepas itu kami terpaksa berunding dan akhirnya hanya perlu membayar kira AUD $ 400 dengan menggunakan sisa-sisa akhir wang yang tinggal.

Mula-mula, beliau 'mencuri' bagasi kami dan memaksa kita untuk membayarnya wang untuk mendapatkan 'tebusan' tersebut kembali dan kerana tahu kami akan tergesa-gesa menyebabkan mereka mengambil kesempatan kerana kami memang akan terpaksa mengambil bagasi untuk pulang.

Dia menyalahkan kami dengan mendakwa kami menggunakan air terlalu banyak menyebabkan alatan rak kayu berkenaan pecah dan rosak.

Lampu rosak pula mereka sabitkan kami menggantung pakaian di sekeliling lampu dan membiarkan anak-anak kami bermain dengan lampu berkenaan.

Jelas sekali mereka telah melanggar etika kerana memasuki apartment berkenaan ketika kami tidak ada tanpa sebarang notis atau pemberitahuan terlebih dahulu.

Sebelum kejadian itu, beberapa barangan di dalam apartment berkenaan milik kami telah dipindahkan ketika kami berada diluar mengikuti aktiviti lawatan walaupun diketahui kami tidak meminta sebarang servis untuk melakukan aktiviti pembersihan.

Adakah semasa kami tiada ada seseorang telah measuk merosakkan barang-barang berkenaan dan Michael turut menyalahkan pihak Agoda kerana kejadian ini selain meminta kami bayar atau mereka akan memotong dari kad kredit kami dan butiran lain yang boleh digunakan terhadap kami.

Pertimbangan dan kredibilitinya juga dipersoalkan, terutamanya apabila dia menyalahkan tetamu hotel. Kami belum pernah bertemu lagi dalam hidup ini seorang pengurus hotel yang sepatutnya memastikan pengurus selesa menyalahkan tetamu kerana lampu mentol rosak.

Kerana kejadian itu beliau telah menasihatkan kepada rakyat Malaysia supaya kalau pergi ke sana supaya tidak menginap di hotal bernama Copacabana Apartment Hotel di Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.

Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan supaya berhati-hati ketika menginap di hotel / apartmen di luar negara dan simpan ini dalam fikiran:

1-Senarai hitam Copacabana Apartment Hotel. Harga yang murah dengan kemudahan yang lengkap yang mungkin boleh menunjukkan bahawa apartmen adalah terlalu baik untuk menjadi kenyataan, oleh itu ia adalah atas risiko anda untuk tinggal di sana.

2- Jangan melanjutkan masa jika sudah sampai waktu untuk "chekck out" ataupun jangan sekali-kali meninggalkan bagasi.

3- Cari apa-apa perkhidmatan simpanan bagasi terdapat di sekitar kawasan yang anda tinggal, lebih baik tinggalkan kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan ini di lapangan terbang supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka sebelum penerbangan jika diperlukan.

4- Pastikan semua barang-barang, bilik dan kemudahan yang disediakan di hotel / apartmen anda tinggal dalam keadaan baik sebaik sahaja anda sebelum mengunci. Jika terdapat mana-mana bau hanyir atau jika kemudahan seolah-olah lusuh (walaupun sedikit), laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. Ini adalah untuk memastikan bahawa jika berlaku apa-apa anda tidak disalahkan. 

Apakah Penyebab Harga Pasaran Saham Dunia Menurun?

Dow Jones Industrial Average jatuh lebih daripada 1,000 mata pada waktu pagi apabila pasaran saham di seluruh dunia jatuh teruk pada Isnin lepas untuk hari kedua perdagangan berturut-turut. Kini, ia pulih sedikit dan berada hanya 475 mata ke bawah.
Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga menyebabkan mata pasaran saham sedunia turun naik?
Sebenarnya agak mustahil untuk menyatakan sebab yang tepat apabila pasaran naik atau turun pada hari-hari yang berlainan. Tetapi terdapat dua faktor utama yang mungkin menyumbang kepada jualan semasa secara besar-besaran iaitu China dan ekosistem harga saham (“what goes up must come down”).

1. China
Apa yang berlaku di China, warga dunia akan turut mengalami implikasinya. Itulah yang menyebabkan keadaan negara China mampu mempengaruhi jatuh bangun harga saham dunia.
Ekonomi negara China telah menerima bantuan (analogi chugging: menahan orang yang lalu-lalang dengan tujuan meminta derma untuk sesebuah badan kebajikan) bersama selama bertahun-tahun pada kadar pertumbuhan sebanyak 7% atau lebih. Namun begitu, kerajaan China mendapati data prestasi ekonomi terbaru adalah lebih lemah daripada jangkaan. Ini menyebabkan kerajaan China terpaksa campur tangan dengan cara menjatuhkan nilai mata wangnya, yuan, untuk menyokong pertumbuhan. Kesannya, pelabur-pelabur yang menjangkakan ekonomi China untuk terus naik menjadi takut. Dan kerana pasaran global begitu saling berkaitan antara sesebuah negara, terutama dengan Amerika Syarikat dan Eropah yang bergantung kepada produk-produk China dan kuasa pelaburannya menyebabkan apa yang berlaku di China boleh memberi kesan kepada pasaran saham di luar negara juga.
2. Ekosistem harga saham (“apa saja yang naik mesti akan turun”)
Kedua-dua pasaran saham China dan Amerika Syarikat mengalami peningkatan cepat harga stok untuk sementara waktu. China naik kerana dikuasakan oleh sebahagian pelabur runcit yang tidak sofistikated dan Amerika Syarikat pula kerana data ekonomi yang menggalakkan dan peningkatan dalam saham teknologi.
Pemerhati telah memberi amaran berhubung dengan “pembetulan” yang tidak dapat dielakkan untuk sementara waktu. Tiada siapa tahu mengapa “pembetulan” dilakukan pada waktu ini. Tetapi kadang-kala ia disebabkan oleh semua pelabur berasa cemas gara-gara satu sentakan awal yang menakutkan atau keadaan panik boleh berlaku dengan sendirinya apabila tercipta kebimbangan di dalam sistem.
Walaubagaimanapun, naik atau turun harga pasaran saham kerana disebabkan oleh sesuatu, ada pihak yang mengambil peluang untuk membeli stok-stok saham pada harga rendah terutama di kalangan pelabur muda.

Bagaimana Clash Of Clans Jana $1.5 Juta Sehari

$1.5 juta sehari adalah pendapatan Clash of Clans (CoC) hanya daripada platform iPhone. Ia belum termasuk pendapatan yang dijana di platform Android. Mengikut sumber, CoC mendapat angka pendapatan tertinggi bagi sehari berbanding aplikasi permainan lain yang turut ada di platform iPhone.
Bagaimanakah CoC, satu aplikasi permainan yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna ini dapat menjana keuntungan sebanyak $1.5 juta sehari?
Rahsianya terletak pada bagaimana SuperCell, syarikat yang telah mencipta CoC ini telah menyempurnakan model “freemium” di mata pengguna.
Apa itu Clash of Clans?
Clash of Clans atau singkatannya CoC adalah sebuah aplikasi permainan bercorakan strategi peperangan yang mula menjadi kegilaan pemain-pemain permainan online sejak 2012. CoC boleh dimainkan di telefon pintar dan tablet secara percuma. Pemain-pemain boleh mengarahkan dan mengembangkan pembangunan kampung mereka. Malah, pemain-pemain boleh membuka kunci pahlawan-pahlawan dan pertahanan yang lebih kuat dan berkuasa, melancarkan serangan dan merampas sumber-sumber daripada kampung-kampung lain, mencipta dan menyertai suku kaum dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
Model Freemium Clash of Clans
Keseluruhan permainan CoC boleh dimainkan tanpa langsung perlu membelanjakan wang. Segala ciri CoC dibuka buat semua pemain tanpa perlu membeli apa-apa. Ia boleh didapati dengan usaha-usaha pemain memenangi setiap tugasan dan fasa permainan. Itulah nilai freemium yang dianjurkan oleh SuperCell. Ia percuma dan ciri-ciri premium CoC boleh digunakan oleh semua pemain.
Namun begitu, ketidaksabaran pemain untuk menjadi yang terhebat dan terkuat memainkan peranan penting dalam menjana keuntungan buat SuperCell. Pemain-pemain diberikan pilihan untuk membeli secara digital dengan menggunakan wang sebenar di Apple App Store/Google Play Store dalam bentuk In-App Purchases (belian dalam aplikasi). Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenangi permainan ini.
Punca Pemain Melakukan Belian Dalam Aplikasi
Apabila pemain mula memainkan CoC, pemain itu akan menerima 500 permata percuma. Apabila pemain sudah tamat tutorial, pemain akan kehilangan 50 permata kerana menyiapkan struktur-struktur yang diarahkan di dalam tutorial. Builder pertama adalah percuma, tetapi Builder yang seterusnya memerlukan pemain menggunakan permata sebagai tukaran. Nilaiannya seperti berikut:
i) Builder 2: 250 permata
ii) Builder 3: 500 permata
iii) Builder 4: 1000 permata
iv) Builder 5: 2000 permata
Selain Builder, perlindungan percuma hanya bertahan untuk tiga hari sahaja. Sekiranya pemain mula menyerang pemain lain, automatik perlindungan percuma itu akan hilang. Tapi ramai pemain mencadangkan agar dilakukan serangan ke atas pemain lain kerana itu satu cara paling mudah untuk mendapatkan sumber yang penting untuk troops dan bangunan. Kemudian, pemain boleh menggunakan troops untuk menyerang lagi pemain lain.
Ia adalah satu kitaran proses permainan yang tiada kesudahan. Pemain akan sentiasa perlu membina, melindungi dan mencuri untuk hidup di dalam ekosistem CoC yang dicipta oleh SuperCell ini. Proses-proses ini boleh dipercepatkan dengan penggunaan permata.
Fungsi Permata
Permata adalah matawang CoC. Permata dikurniakan setelah pemain berjaya mencapai kejayaan, atau menyempurnakan tugasan atau diberikan secara rawak apabila membersihkan halangan di dalam kawasan pemain. Bagaimanapun, cara utama untuk mendapatkan sejumlah permata yang banyak adalah menerusi belian dalam aplikasi yang memerlukan pemain membelinya dengan matawang sebenar.
Permata penting untuk mempercepatkan setiap aspek permainan CoC, daripada tempoh masa pembinaan ke latihan troop dan pembinaan makmal kajian. Permata juga digunakan untuk membeli lebih banyak sumber dan Builder. Jadi, mengapa pemain perlu tunggu lama sedangkan pemain diberikan peluang untuk membeli sejumlah permata?
Komuniti Clash of Clans
Selain permainan yang menyeronokkan dan menyebabkan ketagihan untuk menang dan terus menang, SuperCell turut membantu membina rangkaian kumpulan sosial (clans) yang terdiri daripada pemain-pemain tegar CoC sehingga mereka mempunyai laman web mereka sendiri, surat perlantikan dan hierarki.
Ini menunjukkan CoC adalah satu komuniti yang “hidup”. Kaedah ini juga membentuk pengikut-pengikut setia CoC yang dahagakan tips, updates dan ciri-ciri CoC yang lebih baik dari semasa ke semasa.

12 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Anda Belum Tahu

Nota Editor: Perkongsian 12 fakta menarik tentang Korea Selatan ini adalah daripada Nazri Arshad (Moji), seorang traveller dan merupakan host rancangan Jom Korea Travelogue di TV Al Hijrah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Anda boleh ikuti perkembangan kembara Moji di Instagram beliau Moji16.
At Mt. Hallasan, Jeju-do.
12 Fakta Menarik tentang Korea Selatan dari pengalaman & pemerhatian aku.
1. Gangwon-do adalah 1 kawasan wilayah yang awesome giler bagi aku.
Kat sini ada banyak Ski Resort yang besar. Bentuk muka bumi yang bergunung ganang menjadikan wilayah ni tarikan paling utama especially winter.
Aku pergi waktu musim panas, aktiviti untuk pelancong pun tak kurang hebatnya! Nak daki gunung, trekking dalam hutan, mandi sungai dan macam-macam lagi boleh buat kat wilayah yang besar ni.
Peminat alam semula jadi & adventure pasti enjoy gila kalau pergi sini.
At Taejongdae
2. Mengikut undang-undang, rakyat Korea TIDAK DIBENARKAN BERJUDI khususnya dalam Kasino di Korea Selatan. Hah?! Biar betik!
Jangan tak percaya, adalah 1 kesalahan besar untuk rakyat Korea berjudi dalam Kasino. Kasino-kasino besar yang wujud di dalam negara Korea ditujukan khas untuk pelancong luar sahaja.
Tapi, hanya ada 1 SAHAJA kasino yang membenarkan rakyat Korea masuk untuk berjudi, terletak jauh di pendalaman kawasan pergunungan HIGH 1 RESORT, juga dalam wilayah Gangwon-Do. Wah, baik betul negara dia taknak rakyat dia ketagih berjudi.
Amazing view! — at Mount Sorak National Park Korea
3. Pulau Jeju sebenarnya SANGAT BESAR.
Mulanya aku ingatkan saiz dia sedang-sedang je.Tapi bila dah sampai sana siap kena sewa kereta bagai, barulah aku sedar yang pulau ni LEBIH BESAR dari negara Singapura. Bak kata Dyna, “Singapore it’s just a tiny dot on the map
Pulau ni adalah destinasi paling aku suka! Awesome gila pulau ni!
4. Had laju maksimum memandu di Pulau Jeju kebanyakannya yang aku nampak hanyalah 70km/j.
Punyalah perlahan sampaikan pergi ke 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain mengambil masa 1 jam sehingga 3 jam!
Busuk-busuk pun 30 minit la paling cepat kalau nak keluar dari town je.
Dah la pemanduan dorang ni cermat, tak reti nak memotong kenderaan lain pun, hormat sangat tu.
Dia punya perlahan tu kadang-kadang rasa dari KL ke Ipoh, hence aku boleh bantai tidur yang nyenyak setiap hari.
Wohooo!! Syiok giler wei! Nak pergi Spain punya tomato festival jauh sangattakder modal, kita pergi yang dekat South Korea ni pun berbaloi dah.
Dorang sumbat cincin dalam tomato, lepas tu 10 cincin tu dicampak bersepah dalam kolam tomato yang besar nih!
5. Korea memang bijak menggunakan kelebihan teknologi mereka dalam bidang elektronik. Mereka gabungkan teknologi dalam pelbagai bentuk education, entertaiment & tourism.
Aku ni gila benda-benda hi-tech, so memang terkinja & selalu impress dengan setiap benda yang gunakan modern technology dalam benda-benda simple. Contohnya museum sejarah dalam Everland. 4D cinema experience wei! Mudah menarik minat kanak-kanak & lebih senang nak faham sedikit tentang sejarah.
6. Rupanya K-Pop & K-Drama 2 benda yang berbeza.
K-Pop ni artis-artis yang penyanyi tu. K-Drama pulak benda-benda yang berkaitan dengan drama lakonan di tv yang dok teghiak-teghiak menangis &sweet tu haa.
Choii! Aku ingatkan ada sejenis K-Pop je dalam Korea tu. Baru tahu K-Drama tu benda yang lain.

Aku ni tak pernah la follow drama Winter Sonata kan, tapi yang aku impress sangat-sangat pasal pulau ni sangat cantik – Jeju Island
7. Tourism Korea pun pandai gunakan kelebihan daripada promosi-promosi K-Pop dan K-Drama yang pernah menggunakan mana-mana lokasi di dalam negara dorang untuk tujuan perlancongan.
Kau cakap je mana Winter Sonata tu pergi shooting, habis dorang naikkan dan promosi jadikan tempat tu tumpuan pelancong.
Walaupun sekadar 1 jalan shopping di bandar kecil sekalipun, mesti korang akan ternampak frame gambar, patung atau cap tangan pelakon tu diletak di mana-mana lokasi tersebut.
Eh,dulu filem Gila-Gila Remaja shoot dekat Mc’D PJ tu, kenapa tak popularkanwei tempat tu?
Letak la poster atau screenshot filem tu dekat Mc’D tu.Baru la nostalgic sikit. Letak replica motor scrambler ker, atau jaket si Kuzi kat situ ke. Pergh! confirmramai yang buat order nanti pakai ayat dari Roy ni.. “saya nak pesan mata awak, hidung awak, pipi awak, rambut awak, bibir awak…” awww klasik wei!
8. Musim panas adalah waktu terbaik untuk shopping pakaian di Korea.
Pakaian yang sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia banyak yang dijual murah di sana.
Juling mata wei! Kau bayangkan, t-shirt berjenama yang kat Malaysia harga minimum RM50~RM80 tu boleh dapat dengan harga RM20~ RM30 jer kat Korea!
Pertama kali jugak aku beli barang Solomon dengan diskaun 50%!
Lagi murah rabak dari jualan murah barang Solomon kat Malaysia ni.
9. Kalau kau jumpa awek cun gila, jangan terlalu cepat cair. Ada potensi besar kecantikan mereka tu semuanya ‘plastik’ je.
Kat area Gangnam tu bersepah klinik dan hospital untuk plastic surgery.
Macam pusat urut kat Thailand dah rupa dia. Sanasini ada servis bedah membedah.
10. Itaewon, kawasan terletaknya Seoul Central Mosque bukan sekadar meriah dengan restoran makanan Halal dan kedai-kedai shopping.
Kawasan ni juga popular dengan bar dan cafe untuk golongan LBGT.
Jaga-jaga iman tu kalau berjalan waktu malam. Jangan langkah tersalah tuju pulak.
11. Tourism Industry in Korea dah semakin terbuka dan bersedia untuk menerima kemasukan pelancong Muslim. Jauh ceruk di pedalaman kawasan pelancongan Ganwon-do juga ada disediakan Surau di dalam beberapa hotel.
Malah, ada surau tu kadang-kadang lebih bersih dan cantik dari yang disediakan oleh shopping mall di Malaysia ni (take note pemilik shopping mall di Malaysia). Surau kat hotel-hotel di Korea ni kena check dengan local tourism board.
Semakin banyak hotel di Korea menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim. Bihun goreng kat High 1 Resort Hotel ni SEDAP gila!
High 1 Resort Hotel ada menyediakan menu sarapan pagi BIHUN GORENG! Halal ok!
Dia punya rasa pedas memang Malaysian taste! bukan acah-acah pedas, tapi betul-betul pedas lidah orang Melayu Malaysia.
12. Kalau korang travel to Korea during summer season, korang pasti akan mendengar bunyi CICADAS.
Tak kenal? Pergi Google tengok. Ni sejenis serangga yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Selalu kalau kita masuk hutan, boleh la dengar sepoi-sepoi bahasa cicadas ni keluarkan bunyi. Kadang tu ramai aman damai dan rasa tenang je kan?
Tapi, kau bayangkan kalau ada beribu Cicadas mengeluarkan bunyi secara serentak? Tanpa henti, merata di Seoul dan mana-mana tempat yang berpokok dan berhutan baik dalam bandar mahupun pendalaman. Annoying dowh!
Ni disebabkan musim panas adalah waktu Cicadas ni mengawan. Atas pokok atau bawah tanah adalah tempat tinggal serangga ni.