Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa | Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke 63 dari keluarga kerajaan Abu Dhabi sang jutawan, telah membuat namanya dalam huruf besar dua batu dan lebar setengah batu. Tulisan / grafiti itu begitu besar yang dapat dilihat dari luar angkasa (boleh dilihat dari Google Earth). Ujung “H” mencapai ke selat yang mengarah ke Teluk Arab, Hamad membuat dua huruf pertama dari namanya berjaya mengalirkan air.
2
1
Dan inilah rupa mamat yang bernama Hamad tu……. apa pendapat anda?
3
Sumber: KisahBest

Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kepala Keretapi Lama

Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kepala Keretapi Lama | Gambar yang akan dikongsikan ini merupakan penampakan lembaga ketika pengirim yang merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Penampakkan ini terlihat menjelang waktu Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.
ohmedia-penampakkan-hantu-di-gemas
Asalamualaikum, admin Oh! Media. Ni saya nak share pasal kisah penampakan lembaga masa saya photoshoot outdoor untuk pengantin dekat gemas, n9.. Kalau boleh blur muka pengantin pon ok. Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar. Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib hampir tiba..
Percaya atau tidak, kita sebagai manusia sememangnya berkongsi Bumi Allah ini dengan banyak lagi makhluk samaada terlihat di mata ataupun yang terselindung (ghaib/halus). Hal tersebut sememangnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith.
Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.
iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.
ohmedia-penampakkan-hantu-di-gemas
ohmedia-penampakkan-hantu-di-gemas
Sumber: KisaBest

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan | Apabila berbicara tentang ikan berkaki ini, admin Kisah Best tidak boleh nak lari dari mengingat tentang kisah ikan tembakul. Ikan tembakul merupakan spesis ikan yang berkaki. Adakah ikan berkaki ini ada kena mengena dengan ikan tembakul. Mungkin. Tetapi hakikatnya, ikan berkaki ini bernama Axolotl. Dalam kisah ini Axototl telah digoreng dan dimakan oleh seorang wanita warganegara Jepun di Osaka. Apa yang terjadi? Sedap ke ikan berkaki ni?
1
2
3
4
5
6
7
8

Seram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang

eram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang | Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan denganlagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?
gunung
Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.
Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.
Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.
Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa. Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.
Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap. Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.
Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa. Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.
Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia. Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.
Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan. Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.
Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih. Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.
Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati. Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.
Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu. Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.
Sumber: KisahBest

Jom Lihat Pasar Mengerikan Dan Meloyakan Di Pasar Indonesia



Membeli-belah atau hanya sekadar melihat-lihat makanan murahan boleh dilakukan di Pasar Tomohon dan Pasar Langowan, Manado, Sulawesi Utara. Namun sebahagian besar pelancong lebih memilih ke Pasar Haiwan Tomohon. Pasar di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur tersebut dengan hanya menaiki bas tambang Rp 6.000, - per orang, berangkat dari Terminal Karombasan. Sepanjang 45 minit perjalanan berbukit dan berliku-liku, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar Manado dengan pantainya yang indah nan biru. 


Tiba di Terminal Beriman Tomohon, cukup hanya dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pasar Haiwan Tomohon. Sebab pasar tersebut bersebelahan dengan terminal bas yang tepatnya berada di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur.
Hati-hati! Sebelum memasuki pasar yang dikenali sebagai pusat perdagangan haiwan dan makanan  ekstrim tersebut, sebaiknya siapkan mental terlebih dahulu supaya kita tidak terkejut dengan barangan dagangan yang ada didalamnya. Sekadar cerita dari mulut ke mulut penduduk tempatan, ramai pelancong asing yang datang ke tempat ini yang akhirnya balik dengan perasaan meloyakan lantaran tercengang dan kasihan melihat haiwan-haiwan tersebut dibunuh, dibakar, dipotong-potong, dan dijual untuk dimakan.










Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.

Gambar Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala

Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala









Doktor Tanam Tangan Lelaki Tua Ini Dalam Perut, Mengejutkan!!!



HOUSTON: Frank Reyes, seorang lelaki warga emas terpaksa melalui hari-harinya dengan sebelah tangannya ditanam di dalam perut, untuk memberi masa kepada kulit tangannya sembuh sepenuhnya...

Prosedur perubatan itu diambil oleh lelaki berusia 87 tahun ini selepas dia hampir kehilangan tangan kerana terlibat dengan kemalangan, apabila sebuah treler menghempap anggota badannya itu ketika dia sedang menukar tayar kenderaan berkenaan....

Semasa kejadian, tangan Reyes dilaporkan hampir 'masak' kerana besi tayar membara disebabkan cuaca yang amat panas, apatah lagi dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum bantuan tiba...

Untuk menyelamatkan tangannya, doktor terpaksa menggunakan kaedah implan.

SUBHANALLAH!! LAUT KE-4 TERBESAR DI DUNIA TELAH HILANG



The Aral sea sits between Kazakhstan and Uzbekistan, and was once the fourth largest sea in the world. Most people today haven’t even heard of it. .

What was a 68,000 square kilometer sea, and thriving fishing industry, is now a sea that is 10 % of the original size, too salty and polluted to support fish. In fact the third largest sea in the world, is now considered to be three lakes...

The demise of the Aral Sea was caused primarily by the diversion of the inflowing Amu Dar’ya and Syr Dar’ya rivers in 1960′s to provide irrigation water for local croplands.. .

These diversions dramatically reduced the river inflows, causing the Aral Sea to shrink by more than 50%, to lose two-thirds of its volume, and to greatly increase its salinity. At the current rate of decline, the Aral Sea has the potential to disappear completely by 2020....