Showing posts with label Ajaib bro. Show all posts
Showing posts with label Ajaib bro. Show all posts

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa | Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke 63 dari keluarga kerajaan Abu Dhabi sang jutawan, telah membuat namanya dalam huruf besar dua batu dan lebar setengah batu. Tulisan / grafiti itu begitu besar yang dapat dilihat dari luar angkasa (boleh dilihat dari Google Earth). Ujung “H” mencapai ke selat yang mengarah ke Teluk Arab, Hamad membuat dua huruf pertama dari namanya berjaya mengalirkan air.
2
1
Dan inilah rupa mamat yang bernama Hamad tu……. apa pendapat anda?
3
Sumber: KisahBest

Best!! Bina Kolam Renang Sendiri Step By Step.. (15 Gambar)

Best!! Bina Kolam Renang Sendiri Step By Step.. (15 Gambar) | Projek membina sendiri kolam renang yang begitu menarik.. Walaupun tidaklah begitu canggih seperti kolam renang yang dibina dengan teknologi terkini namun DIY kolam renang ni nampak menarik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.. Sesiapa yang ada tanah yang luas boleh cuba dirumah. Kisah Best sangat mengesyorkan bina kolam renang sendiri ikut cara step by step di bawah ni. Mudah kan?
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Sumber: KisahBest

(Video) Lelaki Buta Ini Membuat Sesuatu Yang Menakjubkan!




Video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki di Arab Saudi yang cacat penglihatan pergi berjemaah ke masjid telah mendapat perhatian ramai.

Kecekalan lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 50-an yang berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran pintu masjid untuk memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluah rasa kagum dengan lelaki berkenaan yang sanggup berjalan kaki walaupun buta dan tidak segagah orang muda lagi.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Cacat pengelihatan dan uzur tidak dijadikan alasan oleh lelaki ini untuk tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Kerana kecekalan lelaki ini juga ia dikatakan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain terutamanya golongan muda yang berat kaki untuk ke masjid.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," tulis akhbar berbahasa arab berkenaan. - Siakapkeli.my
Sumber: Siakap Keli

Perkembangan Terkini Bilal Muda Yang Ditikam, Rakan Kongsi Keajaiban Berlaku


Sebelum ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan satu kes dimana seorang bilal, Tengku Shafiq Adam, ditikam dengan menggunakan pisau rambo. Secara kasarnya, kejadian berlaku di sebabkan salah faham antara suspek yang terlibat dan juga bilal tersebut.

BACA : Bilal Ditikam Dengan Pisau Rambo

Menurut rakan kepada bilal berkenaan, Ewan Nazri, keadaan Tengku Shafiq kini semakin beransur pulih dan semakin sihat.

"Assalamualaikum dan salam maghrib sahabat2 semua..harini sy kongsikan pic sahabat saya tengku syafiq..kacak dop??huhu..semakin sihat dan semakin sembuh..alhamdulillah..", tulis Ewan di laman Facebook Warga Kuantan.


Selain itu, Ewan juga turut berkongsi keajaiban yang berlaku ketika Shafiq dirawat.

"2 perkara ajaib yg berlaku ketika tengku shafiq sedang kritikal yg nak sy kongsikan kpd semua agar ia mnjdi asbab untuk kita berfikir betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T ialah :"

"1.ketika beliau sedang dioperation ketika beliau kritikal dan tidak sedar doktor memberitahu yg beliau sedang mengaji,surah ape doktor x pasti..itu yg berlaku..ALLAHHUAKBAR!"

"2.Dalam keadaan separa sedar@lemah doktor bertanya boleh x dia tandatangan surat,dan dengan kekuasaan ALLAH S.W.T beliau boleh mengangkat tgnnya dan tandatangan dan nak tau ape hasil dr tandatangan beliau ?yg ditandatangan adelah nama Nabi kita Muhammad s.a.w dlm bahasa jawi..ALLAHHUAKBAR!", tulis Ewan.

Ewan juga turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan sahabatnya itu.

"Sy kongsikan kejadian yg berlaku ini bersama sahabat agar same2 kita muhasabah diri betapa hebat dan besarnya kuasa ALLAH S.W.T ..selama beberapa hari sahaja tengku dpt melepasi keadaan kritikal dan semakin sembuh..sedangkan doktor pon tidak percaya tengku boleh sihat secepat ini..berkat dr doa sahabat2 semua yg tidak putus2 alhamdulillah,semuanya dipermudahkan..terima kasih kpd yg mendoakan untuk sahabat sy tengku shafiq..semoga beliau cepat sembuh dan sihat dan boleh pulang ke rumah..amiinnn☺"

Kami di Siakapkeli mendoakan agar saudara Shafiq semoga sempat sembuh dan cepat pulang ke rumah :) - Siakapekeli.my


Sumber: Siakap Keli

Hanya Dengan Belanja Seorang Pakcik Tiket RM2, Wanita Ini Dapat Semula RM300

Nota Editor: Kisah ini diceritakan oleh Cik Ezzaty Amin, dan dialih bahasa oleh Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita terus berbuat baik kepada semua insan – tidak kira yang dikenali, atau mereka yang asing di mata.
Harga Tiket RM2
Hari ini saya pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan kawan-kawan, saya ambil KTM dari Batu Caves ke Shah Alam. Semasa beratur, seorang pakcik berbaris di belakang saya.
“Assalamualaikum pakcik, nak pergi mana?”

Dia senyum semula dan menjawab, “Shah Alam.”
“Oh, samalah kita!”
Saya beli satu tiket dewasa dan satu tiket warga emas (kerana beliau berusia 68 tahun). Dia tergamam, dan saya pun berkata, “It’s okay pakcik, saya belanja.”
Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual dan pakcik berikan saya kad bisnes beliau. Saya tak berikan perhatian sangat dan terus menyimpannya ke dalam dompet. Kami berborak tentang keluarga, karier, pakcik beritahu dia adalah seorang mualaf dari Sabah, dan meminta saya tasmi’ bacaannya, Surah Luqman ayat 1-15.
Nak dipendekkan cerita, beberapa ketika sebelum kami berpisah, pakcik bertanya, “Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?”
Saya kata, “Boleh,” dan berikan beliau buku itu (Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf). Setelah kami sampai ke destinasi kami, pakcik ini berkata, “Jadi orang baik, ikhlas, pakcik akan doakan kamu di Mekah,” (dia akan terbang untuk menjalani ibadah haji Ahad ini).
Apabila saya sampai di rumah, saya terjumpa RM300 dalam buku Langit Ilahi itu. Apabila saya lihat semula pada kad bisnes pakcik, rupa-rupanya beliau adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek untuk Syarikat Kejuruteraan Marin dan Dredging.
Mungkin kerana itulah dia membayar tiket RM2 dengan harga RM300.
Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi miskin dengan memberi sedikit dari harta kita untuk kebajikan.
Semoga Allah membimbing kita semua.

Gadis CANTIK Tapi Sado


Gadis CANTIK Tapi Sado #Korang Tak Nak Sado Macam Ni Ke? (15 GAMBAR)
 | 
Julia Vins merupakan seorang wanita berasal dari Russia. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sungguh luar biasa. Hehe

















Salon Ubah Kucing Jadi Naga



SEEKOR kucing 'diubah' menyerupai naga oleh kakitangan salun di Yekaterinburg, Russia. - AGENSI


MOSCOW - Sebuah salun haiwan di Rusia menimbulkan kemarahan kumpulan pencinta haiwan peliharaan apabila menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi haiwan lain atau serangga.

Portal berita Mail Online melaporkan, salun di Yeka­terinburg, Russia itu dalam satu kes melampau, mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada pewarna tersebut boleh mengancam haiwan peliharaan namun Gotz mendakwa bahan pewarna itu 'mesra' kepada haiwan berkenaan.

"Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea," katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.

Pertubuhan hak asasi haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals United Kingdom berkata, haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

"Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat," katanya.

Fosil Ibu Peluk Anaknya Buat Ahli Arkeologi Terpesona



Pasukan arkeologi Eropah terus meneruskan penggalian di bandar Pompeii, salah satu kota Rom purba. Kini, bandar tersebut hanya berupa puing-puing di dekat Kota Napoli. Dalam  penggalian itu, pasukan mencari ribuan fosil manusia yang telah membatu.


 Salah satunya fosil seorang ibu yang sedang menggendong anaknya yang dianggarkan masih kanak-kanak kecil. Kasih sayang seorang ibu terpatri abadi dalam bentuk fosil batu beribu-ribu tahun. Bandar Pompeii diyakini mengeras akibat bencana gunung berapi Vesuvius pada 1900 tahun silam. Bandar itu ditemui secara tidak sengaja ketika pasukan ahli arkeologi melakukan penggalian.

 Peninggalan kebudayaan kuno itu masih dapat diperhatikan meski telah terkubur abu ribuan tahun lamanya. Kebanyakan fosil manusia yang ditemui dalam pelbagai pose. Seperti tertidur, telungkup, terduduk, dan yang paling menakjubkan fosil seorang ibu berusaha melindungi anaknya. 

"Kami tidak dapat membayangkan betapa dahsyatnya erupsi gunung Vesuvius dan membunuh beribu-ribu orang Rom," kata salah seorang ahli arkeologi . Menurut pakar, letupan gunung Vesuvius 100 ribu kali lebih dahsyat berbanding bom Hiroshima dan Nagasaki. Bahkan, material vulkanik yang dimuntahkan mempunyai berat 1.5 tan per saat.



Pasukan arkeologi juga berusaha keras mencari tubuh korban yang jatuh dan membusuk dengan penggunaan berupa cekungan di abu gunung berapi. Lembangan itu mempunyai semacam celah yang digunakan sebagai tempat perlindungan terakhis saat terjadi bencana. 


Perlu usaha keras untuk memindahkan fosil-fosil di tempat itu. Hingga kini, tidak kurang 1,000 fosil sudah diselamatkan. Pada 2010 lalu, kajian menyebutkan saat terjadi erupsi, panas lava mencapai suhu 300 darjah celcius. "Suhu 300 darjah sudah lebih daripada cukup untuk membunuh beratus-ratus orang dalam masa beberapa saat," kata seorang vulkanologis, Giuseppe Mastrolorenzo.

 Menurut Giuseppe, membatunya tubuh tersebut akibat kejang kadaver, kesan dari sengatan panas pada mayat. Saat ini fosil-fosil itu masih diteliti di makmal. Ke depan, jasad-jasad yang membatu itu akan diletakkan dan dipamerkan di Pompeii and Europe Exhibition di Muzium Arkeologi, Naples, Itali.

Budak Kebal Tanpa Deria Rasa Sakit



Semua orang pasti tidak ingin merasakan sakit. Tapi, bagaimana jika badan benar -benar kebal atau tak boleh merasakan sakit, seperti yang dialami budak tiga tahun yang berasal dari Telford, Shropshire, England.


Lantaran tak boleh merasakan sakit , Josh santai mencabut kukunya sendiri , menggigit lidahnya hingga terpotong setengah, dan terhantuk tubuhnya hingga lebam. Ia tidak sadar telah menyiksa diri sendiri. Ia bahkan tak sedar aksi itu boleh membuat nyawanya melayang.


Budak lelaki -ini terlahir dengan kelainan genetik yang jarang berlaku yang disebut Smith - Magenis Syndrome. Dianggarkan hanya menyerang satu daripada setiap 25 ribu kanak-kanak . Keadaan itu juga membuatnya tidak mempunyai konsep tentang bahaya dan mempunyai pola tidur kacau. Ia kerap terjaga ketika semua orang tidur.

Demi melindungi anaknya , pasangan Mark dan Stephanie Hodgkiss rela menghabiskan £ 12 ribu untuk mendesain interior rumah agar selamat bagi Josh . Mulai dari pelindung dinding yang empuk , hingga lampu sensor untuk mencegah Josh menyakiti dirinya sendiri.

Mereka juga membeli khemah khusus ' SafeSpaces ' seharga £ 10 ribu untuk tempat Josh menghabiskan masa sendiri ketika semua terlelap.

"Pekara terburuk tentang keadaannya adalah dia tidak merasa sakit. Ini menakutkan. Saya pernah keluar dari bilik mandi dan melihat darah merata-rata. Lidahnya robek setengah, tapi ia hanya duduk santai menonton televisyen ," kata si ibu.

Josh tak hanya menyakiti dirinya sendiri. Tanpa mempunyai konsep sakit , Josh boleh berubah menjadi mengerikan . Ia kerap menyerang ibu bapa dan dua saudaranya dengan kekerasan serupa. " Dia pernah mematahkan hidung saya, tapi dia santai saja tak merasa bersalah, " si ibu menambah.

Dengan keadaan itu, sang ibu terus mendampingi Josh sepanjang masa. Ibunya harus terus memantau aktiviti Josh agar tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.

DIGELAR BUDAK ULAR KERANA BADAN BERSISIK



JAKARTA – Gara-gara menghidap sejenis penyakit kulit yang ganjil, seorang budak lelaki berusia 16 tahun digelar ‘Budak Ular’ apabila memiliki tubuh yang dipenuhi sisik seperti reptilia sejak lahir, lapor MailOnline semalam.


Remaja tersebut, Ari Wibowo mendapat gelaran tersebut kerana setiap 41 hari, sisik pada kulitnya akan tertanggal dan diganti dengan sisik baharu seperti proses bersalin kulit yang dialami oleh seekor ular.

Doktor berkata, Ari yang tinggal di sebuah kampung di sini menghidap penyakit erythroderma yang juga dikenali sebagai sindrom lelaki merah menyebabkan kulit di seluruh badan menjadi bersisik dan mengelupas.

Kehidupan Ari didedahkan oleh seorang jurugambar Indonesia, Nurcholis Anhari Lubis yang merakam keadaan remaja itu.

“Ia sangat menyedihkan kerana dia lahir sebagai manusia tidak normal. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, seluruh tubuhnya diselaputi kulit bersisik. Ia kelihatan seperti luka terbakar,” katanya.

Menurutnya, Ari perlu berendam di dalam air setiap sejam dan menyapu kulitnya dengan losen pelembap bagi mengelak kulitnya mengeras. – Agensi

Kenapa kita kena selalu baca dan mendengar Al-Quran

20140704-100937.jpg

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

AL QURAN DAN PENYEMBUHAN
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.
AL QURAN DAN SEL KANSER
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
AL QURAN DAN MOLEKUL AIR
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
AL QURAN DAN KETENANGAN
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
AL QURAN DAN VIRUS
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
AL QURAN DAN BAYI
Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.