Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

5 Tip Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Tikar Getah

Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Malik Yacob, seorang Juruanalisa Geoinformasi yang juga merupakan seorang pelabur hartanah. Nota ini diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau.
Malam tadi, saya dan rakan kongsi, Najmin Yacob berjaya siapkan 1 rumah beralas tikar getah sebelum menerima penyewa dari syurga.
Rumah bersaiz lebih kurang 700 kaki persegi, 3 bilik tidur hanya memerlukan segulung tikar getah 27.5 meter yang hanya bernilai RM170. Siap ada lebih lagi!
Ini tipnya:
1) Jenis tikar getah
Sebelum membeli, sekurang-kurangnya anda tahu apa jenis-jenis yang ada. Ada beberapa jenis asas tikar getah. Jenis nipis, jenis sederhana tebal dan jenis tebal.Nak lagi best ada tikar getah berspan. Lembut semasa memijak. Lagi tebal tikar getah, lagi berat. Mungkin kena angkut 2 orang sebab terlalu berat. Jadi pilih yang sesuai ikut pilihan anda. Bayangkan rumah tingkat 5, tanpa lif,walk-up naik tangga, jenuh nak angkut tikar getah je. Untuk rumah ini, saya pilih jenis yang nipis sahaja.
2) Beli segulung – lebih berbaloi.
Asalnya tikar getah ini dijual RM8.50 semeter. Lepas tawar menawar, saya dapat harga RM170 utk segulung tikar. Jadi bersamaan RM170/27.5m = RM 6.18/m. Murah, kan? Kalau beli ikut meter, lebihan tikar tu tuan kedai susah nak jual semula. Jadi kita bantu dia, dia pun suka. Win-Win.
3) Beli tikar getah yang bercorak jalur/garisan 
Contohnya corak papan, corak parkir atau yang bergaris. Untuk rumah ini saya beli corak papan. Ada sebab kenapa saya pilih corak ini. Ini memudahkan saya semasa fasa pemotongan nanti. Ikut je garisan. Lagi satu saya pilih corak papan, sebab sejuk mata penyewa memandang.
4) Alatan yang diperlukan
Pisau, gunting, pembaris besi dan pita ukur. Saya perlukan pembaris besi semasa touch up tikar getah ni. Sudut-sudut tepi dinding, tepi pintu saya potong gunakan pisau blade dan pembaris besi. InshaAllah membantu. Pita ukur pula untuk dapatkan lebar bilik. Jadi lebih mudah masa potong tikar. Pastikan tahu teknik guna pita ukur, takut salah ukur pula.
5) Minuman sejuk dan makanan alas perut
Penat pasang tikar getah, anda bolehlah berehat dengan minum dan makan-makan. Letih sebenarnya pasang tikar getah. Tambah pula gulungan tikar getah ni ‘terbalik’. Jadi perlukan fokus dan komitmen yang tinggi. Apa salahnya belanjapartner dan diri makan-makan.
Semoga bermanfaat.

Jom Lihat Kejelitaan Gadis Suku Pashtun

Bagi kebanyakkan orang lelaki, mencari teman hidup yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi satu kemestian..Namun, tahukah anda bahawa golongan wanita yang paling cantik di dunia terdiri dari kaum wanita dari suku Pashtun. 

Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka terletak di wilayah timur dan selatan negara yang penuh konflik ini. Dan, gadis suku Pashtun memang memiliki kriteria yang disebut-sebut sebagai golongan gadis tercantik dunia. 

Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar dan berhidung mancung. Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka. Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga dalam keluarga. 

“Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.” Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri. 

Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat. 



Kecantikan Istana Syarqiyyah Milik Sultan Mizan Di Terengganu Yang Pasti Memukau Mata Anda !!!


Istana terbaru ini adalah milik Sultan Mizan yang diberi nama Istana Syarqiyyah dan terletak di Chendering, Terengganu. Jurugambar terkenal, Von Wong diberi penghormatan untuk merakamkan keindahan seni bina istana ini yang menggabungkan konsep rekaan melayu tradisional dan kemewahan kontemporari moden.
Nama “Syarqiyyah” itu sendiri membawa maksud “Jewel Of The East”. Mesti anda tertanya-tanya siapa yang bertanggungjawab untuk mereka Istana ni kan? Arkitek Bill Bansley yang menetap di Bangkok telah diberi kepercayaan untuk mereka cipta keindahan istana ini. Bagi menampakkan kelainan dalam keindahan istana ini, ianya juga turut di hiasi dengan 5000 keping lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
Istana Syarqiyyah ini mengambil masa sehingga 15 tahun untuk di siapkan dan pastinya istana ini mungkin adalah ciptaan seni bina  paling cantik dan indah yang terdapat di Malaysia. Saksikan gambar keindahan seni bina Istana Sharqiyyah ini yang mempunyai sehingga 100 bilik dengan 14 pintu gangsa yang dirakamkan oleh Von Wong.
Tak puas lihat gambar? Kami sertakan sekali video seni bina agung Istana Syarqiyyah.

Gadis CANTIK Tapi Sado


Gadis CANTIK Tapi Sado #Korang Tak Nak Sado Macam Ni Ke? (15 GAMBAR)
 | 
Julia Vins merupakan seorang wanita berasal dari Russia. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sungguh luar biasa. Hehe

















Perubahan mengejutkan 6 bulan sebelum perkahwinan

Obese Matt dan hannah bradley membuat keputusan untuk hilangkan berat badan selepas melamar hannah dan menyakinkan kekasihnya untuk menyertai Slimming world dan mengejutkan apabila mendapati berat badan mereka turun mendadak.


Matt said he hated seeing photographs of himself when he weighed nearly 18 stone
Matt and Hannah joined Slimming World and started going to a gym to lose weight

Matt and Hannah joined Slimming World and started going to a gym to lose weight


Matt and Hannah both decided they needed to lose weight before their wedding

Matt and Hannah on their wedding day at Ardencote Manor Hotel


The new look Matt and Hannah on their wedding day
Hannah and Matt say their energy and confidence has soared since they lost weight

Salon Ubah Kucing Jadi Naga



SEEKOR kucing 'diubah' menyerupai naga oleh kakitangan salun di Yekaterinburg, Russia. - AGENSI


MOSCOW - Sebuah salun haiwan di Rusia menimbulkan kemarahan kumpulan pencinta haiwan peliharaan apabila menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi haiwan lain atau serangga.

Portal berita Mail Online melaporkan, salun di Yeka­terinburg, Russia itu dalam satu kes melampau, mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada pewarna tersebut boleh mengancam haiwan peliharaan namun Gotz mendakwa bahan pewarna itu 'mesra' kepada haiwan berkenaan.

"Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea," katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.

Pertubuhan hak asasi haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals United Kingdom berkata, haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

"Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat," katanya.

Buah Anggur Ini Berbuah Pada Batang Pokok

Memang sesuatu yang agak pelik jika anggur berbuah di batang pokok. Namun itulah realitinya apabila pokok yang dikenali sebagai Jabuticaba. Pokok ini hanya boleh ditemui di Minas Gerias dan Sao Paulo, Brazil. Buahnya tumbuh terus dari batang pokok SERTA pada dahan pokok itu. Buahnya agak besar dan mempunyai diameter dalam 3 sehingga 4 cm. Buah anggur ini boleh didapati sepanjang tahun walaupun pokok ini hanya berbunga 2 kali setahun. Tetapi jika diamati, ia sedikit berbeza dari buah anggur yang lain. Kurang pasti adakah rasanya sama atau berbeza. Apa yang paling penting, pokok anggur ini ternyata unik sekali!
anggur1


anggur2
anggur3
anggur4
anggur5
anggur6
anggur8
anggur7