Showing posts with label Gila. Show all posts
Showing posts with label Gila. Show all posts

Jom Lihat Pasar Mengerikan Dan Meloyakan Di Pasar Indonesia



Membeli-belah atau hanya sekadar melihat-lihat makanan murahan boleh dilakukan di Pasar Tomohon dan Pasar Langowan, Manado, Sulawesi Utara. Namun sebahagian besar pelancong lebih memilih ke Pasar Haiwan Tomohon. Pasar di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur tersebut dengan hanya menaiki bas tambang Rp 6.000, - per orang, berangkat dari Terminal Karombasan. Sepanjang 45 minit perjalanan berbukit dan berliku-liku, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar Manado dengan pantainya yang indah nan biru. 


Tiba di Terminal Beriman Tomohon, cukup hanya dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pasar Haiwan Tomohon. Sebab pasar tersebut bersebelahan dengan terminal bas yang tepatnya berada di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur.
Hati-hati! Sebelum memasuki pasar yang dikenali sebagai pusat perdagangan haiwan dan makanan  ekstrim tersebut, sebaiknya siapkan mental terlebih dahulu supaya kita tidak terkejut dengan barangan dagangan yang ada didalamnya. Sekadar cerita dari mulut ke mulut penduduk tempatan, ramai pelancong asing yang datang ke tempat ini yang akhirnya balik dengan perasaan meloyakan lantaran tercengang dan kasihan melihat haiwan-haiwan tersebut dibunuh, dibakar, dipotong-potong, dan dijual untuk dimakan.










Gambar Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala

Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala









10 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami

Masih ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.
1. Kena buka Programs > Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.
2. Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.
3. Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.
4. Belajar compose ringtone atau tiru kawan punya.
5. Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.
6. Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL Plz”.
7. Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.
8. Download lagu dari Jiwang.org. Oops.
9. Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun boleh buat benda sama.
10. Betapa kerap Internet Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan skrin dengan error message.

Bayi Empat Bulan Dipercayai Didera Pengasuh Alami Pendarahan Pada Otak dan Mata, Sawan

Foto : Bernama
ALOR SETAR: Jika sebelum ini Malaysia digemparkan dengan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, kini satu lagi kes penderaan dilapor membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat bulan.

Dipercayai didera oleh pengasuh pada Rabu lepas, bayi itu mengalami pendarahan pada otak dan mata.

Mangsa, Putir Wafa Mohd Saifuddin yang baru saja empat hari ditempatkan di pusat jagaan terbabit dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat jagaan terbabit setelah dia mengalami sawan tidak sedarkan diri.

Bapa mangsa, Saifudin Seman, 26, berkata dia menerima panggilan dari pemilik pusat jagaan terbabit yang mengatakan anak perempuannya mengalami sawan kira-kira jam 2.45 petang.

Menurutnya lagi, anaknya itu kritikal dan dikejarkan ke hospital pada jam 8 malam pada hari yang sama.

"Doktor pakar beritahu anak saya mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai akibat digoncang dengan kuat atau terjatuh," katanya memetik satu laporan dari Bernama.

Saifudin juga berkata pakar mengesyorkan beliau membuat satu laporan polis disebabkan terdapat unsur penderaan sehingga menyebabkan pendarahan yang serius pada mata dan otak.

Menurut Saifudin juga, dia dan isteri pelik melihat perubahan anaknya yang tidak aktif seperti biasa selepas mula ditempatkan di pusat jagaan terbabit.

"Kami ingat dia (bayi) mengalami perubahan itu disebabkan baru sehari berenggang dengan ibu bapa dan ia berterusan pada hari kedua dan ketiga. Pada hari kejadian anak kami berada dalam keadaan sihat," katanya.

Dia juga turut memaklumkan anaknya itu kini mengalami sawan setiap tiga minit sekali.

"Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik pusat penjagaan itu," katanya.

Laporan polis telah dibuat pada hari Khamis

Gadis CANTIK Tapi Sado


Gadis CANTIK Tapi Sado #Korang Tak Nak Sado Macam Ni Ke? (15 GAMBAR)
 | 
Julia Vins merupakan seorang wanita berasal dari Russia. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sungguh luar biasa. Hehe