Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Gaya Para Selebriti Di Majlis Berbuka Puasa & Pra Tonton Program Raya Astro

Semalam telah berlangsung satu majlis berbuka puasa dan tayangan pra tonton untuk program Aidilfitri anjuran pihak Astro dan seperti biasa, ianya dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti tempatan yang tampil dengan gaya tersendiri.
Antara mereka yang hadir termasuklah Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fasha Sandha, Adira AF, Yana Samsudin, Kamal Adli, Emma Maembong dan ramai lagi. Majlis penuh meriah tersebut mengambil tempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Berikut beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan buat tatapan anda yang mahu melihat gaya terkini selebriti kesayangan. Kami suka tengok pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, masih nampak seri pengantin baru, heh. Enjoice! (rtky/m)

Che Ta Teruja Sambut Raya Bersama Suami Dan Anak

Menjelang Aidilfitri, Che Ta telah mengakui telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan selain turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana.
“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.
Tambah pelakon jelita ini lagi, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut lebih-lebih lagi ia merupaka tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
“Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama,” katanya kepada mStar Online.(rtky/s)