Showing posts with label Hebat. Show all posts
Showing posts with label Hebat. Show all posts

Gambar Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala

Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala









Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik

Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik | Ceritanya, dulu bangunan shopping mall di sebuah daerah di Bangkok, Thailand ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut. Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
2
Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar. Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
1
3
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook. Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.
4
5
Sumber: KisahBest

Best!! Bina Kolam Renang Sendiri Step By Step.. (15 Gambar)

Best!! Bina Kolam Renang Sendiri Step By Step.. (15 Gambar) | Projek membina sendiri kolam renang yang begitu menarik.. Walaupun tidaklah begitu canggih seperti kolam renang yang dibina dengan teknologi terkini namun DIY kolam renang ni nampak menarik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.. Sesiapa yang ada tanah yang luas boleh cuba dirumah. Kisah Best sangat mengesyorkan bina kolam renang sendiri ikut cara step by step di bawah ni. Mudah kan?
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Sumber: KisahBest

Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut

Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut | Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.

1
Alexander Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama 30 minit.
Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik setelah empat hari terendam di dalam laut.
Sumber: SiakapKeli, KisahBest

Nama Pelajar Malaysia Diabadikan Sebagai Nama Asteroid

Seorang remaja berusia 17 tahun membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh’ dapat membawa yang mustahil menjadi tidak mustahil.
Faye Jong-Sow Fei, pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak kini boleh berbangga apabila namanya kini diabadikan sebagai nama asteroid.
Ia dibuat oleh Lincoln Observatory Near-Earth Object (LINEAR), susulan kejayaannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lepas.
Projek pengurusan alam sekitar yang dipersembahkan Faye pada pertandingan itu turut melayakkannya menerima anugerah Saintis Muda Berpotensi dari European Union Contest.
Asteroid tersebut dinamakan ‪#‎31460Jongsowfei‬ dan rasmi digunakan pada 10 Julai lalu.
Ini menjadikan Faye rakyat Malaysia pertama diberi penghargaan sedemikian.
LINEAR merupakan salah satu projek yang dibiayai oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA), dengan kerjasama United States Air Force dan Massachusetts Institute of Technology’s Lincoln Laboratory.
SUMBER: Awani

10 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami

Masih ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.
1. Kena buka Programs > Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.
2. Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.
3. Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.
4. Belajar compose ringtone atau tiru kawan punya.
5. Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.
6. Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL Plz”.
7. Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.
8. Download lagu dari Jiwang.org. Oops.
9. Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun boleh buat benda sama.
10. Betapa kerap Internet Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan skrin dengan error message.

12 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Anda Belum Tahu

Nota Editor: Perkongsian 12 fakta menarik tentang Korea Selatan ini adalah daripada Nazri Arshad (Moji), seorang traveller dan merupakan host rancangan Jom Korea Travelogue di TV Al Hijrah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Anda boleh ikuti perkembangan kembara Moji di Instagram beliau Moji16.
At Mt. Hallasan, Jeju-do.
12 Fakta Menarik tentang Korea Selatan dari pengalaman & pemerhatian aku.
1. Gangwon-do adalah 1 kawasan wilayah yang awesome giler bagi aku.
Kat sini ada banyak Ski Resort yang besar. Bentuk muka bumi yang bergunung ganang menjadikan wilayah ni tarikan paling utama especially winter.
Aku pergi waktu musim panas, aktiviti untuk pelancong pun tak kurang hebatnya! Nak daki gunung, trekking dalam hutan, mandi sungai dan macam-macam lagi boleh buat kat wilayah yang besar ni.
Peminat alam semula jadi & adventure pasti enjoy gila kalau pergi sini.
At Taejongdae
2. Mengikut undang-undang, rakyat Korea TIDAK DIBENARKAN BERJUDI khususnya dalam Kasino di Korea Selatan. Hah?! Biar betik!
Jangan tak percaya, adalah 1 kesalahan besar untuk rakyat Korea berjudi dalam Kasino. Kasino-kasino besar yang wujud di dalam negara Korea ditujukan khas untuk pelancong luar sahaja.
Tapi, hanya ada 1 SAHAJA kasino yang membenarkan rakyat Korea masuk untuk berjudi, terletak jauh di pendalaman kawasan pergunungan HIGH 1 RESORT, juga dalam wilayah Gangwon-Do. Wah, baik betul negara dia taknak rakyat dia ketagih berjudi.
Amazing view! — at Mount Sorak National Park Korea
3. Pulau Jeju sebenarnya SANGAT BESAR.
Mulanya aku ingatkan saiz dia sedang-sedang je.Tapi bila dah sampai sana siap kena sewa kereta bagai, barulah aku sedar yang pulau ni LEBIH BESAR dari negara Singapura. Bak kata Dyna, “Singapore it’s just a tiny dot on the map
Pulau ni adalah destinasi paling aku suka! Awesome gila pulau ni!
4. Had laju maksimum memandu di Pulau Jeju kebanyakannya yang aku nampak hanyalah 70km/j.
Punyalah perlahan sampaikan pergi ke 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain mengambil masa 1 jam sehingga 3 jam!
Busuk-busuk pun 30 minit la paling cepat kalau nak keluar dari town je.
Dah la pemanduan dorang ni cermat, tak reti nak memotong kenderaan lain pun, hormat sangat tu.
Dia punya perlahan tu kadang-kadang rasa dari KL ke Ipoh, hence aku boleh bantai tidur yang nyenyak setiap hari.
Wohooo!! Syiok giler wei! Nak pergi Spain punya tomato festival jauh sangattakder modal, kita pergi yang dekat South Korea ni pun berbaloi dah.
Dorang sumbat cincin dalam tomato, lepas tu 10 cincin tu dicampak bersepah dalam kolam tomato yang besar nih!
5. Korea memang bijak menggunakan kelebihan teknologi mereka dalam bidang elektronik. Mereka gabungkan teknologi dalam pelbagai bentuk education, entertaiment & tourism.
Aku ni gila benda-benda hi-tech, so memang terkinja & selalu impress dengan setiap benda yang gunakan modern technology dalam benda-benda simple. Contohnya museum sejarah dalam Everland. 4D cinema experience wei! Mudah menarik minat kanak-kanak & lebih senang nak faham sedikit tentang sejarah.
6. Rupanya K-Pop & K-Drama 2 benda yang berbeza.
K-Pop ni artis-artis yang penyanyi tu. K-Drama pulak benda-benda yang berkaitan dengan drama lakonan di tv yang dok teghiak-teghiak menangis &sweet tu haa.
Choii! Aku ingatkan ada sejenis K-Pop je dalam Korea tu. Baru tahu K-Drama tu benda yang lain.

Aku ni tak pernah la follow drama Winter Sonata kan, tapi yang aku impress sangat-sangat pasal pulau ni sangat cantik – Jeju Island
7. Tourism Korea pun pandai gunakan kelebihan daripada promosi-promosi K-Pop dan K-Drama yang pernah menggunakan mana-mana lokasi di dalam negara dorang untuk tujuan perlancongan.
Kau cakap je mana Winter Sonata tu pergi shooting, habis dorang naikkan dan promosi jadikan tempat tu tumpuan pelancong.
Walaupun sekadar 1 jalan shopping di bandar kecil sekalipun, mesti korang akan ternampak frame gambar, patung atau cap tangan pelakon tu diletak di mana-mana lokasi tersebut.
Eh,dulu filem Gila-Gila Remaja shoot dekat Mc’D PJ tu, kenapa tak popularkanwei tempat tu?
Letak la poster atau screenshot filem tu dekat Mc’D tu.Baru la nostalgic sikit. Letak replica motor scrambler ker, atau jaket si Kuzi kat situ ke. Pergh! confirmramai yang buat order nanti pakai ayat dari Roy ni.. “saya nak pesan mata awak, hidung awak, pipi awak, rambut awak, bibir awak…” awww klasik wei!
8. Musim panas adalah waktu terbaik untuk shopping pakaian di Korea.
Pakaian yang sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia banyak yang dijual murah di sana.
Juling mata wei! Kau bayangkan, t-shirt berjenama yang kat Malaysia harga minimum RM50~RM80 tu boleh dapat dengan harga RM20~ RM30 jer kat Korea!
Pertama kali jugak aku beli barang Solomon dengan diskaun 50%!
Lagi murah rabak dari jualan murah barang Solomon kat Malaysia ni.
9. Kalau kau jumpa awek cun gila, jangan terlalu cepat cair. Ada potensi besar kecantikan mereka tu semuanya ‘plastik’ je.
Kat area Gangnam tu bersepah klinik dan hospital untuk plastic surgery.
Macam pusat urut kat Thailand dah rupa dia. Sanasini ada servis bedah membedah.
10. Itaewon, kawasan terletaknya Seoul Central Mosque bukan sekadar meriah dengan restoran makanan Halal dan kedai-kedai shopping.
Kawasan ni juga popular dengan bar dan cafe untuk golongan LBGT.
Jaga-jaga iman tu kalau berjalan waktu malam. Jangan langkah tersalah tuju pulak.
11. Tourism Industry in Korea dah semakin terbuka dan bersedia untuk menerima kemasukan pelancong Muslim. Jauh ceruk di pedalaman kawasan pelancongan Ganwon-do juga ada disediakan Surau di dalam beberapa hotel.
Malah, ada surau tu kadang-kadang lebih bersih dan cantik dari yang disediakan oleh shopping mall di Malaysia ni (take note pemilik shopping mall di Malaysia). Surau kat hotel-hotel di Korea ni kena check dengan local tourism board.
Semakin banyak hotel di Korea menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim. Bihun goreng kat High 1 Resort Hotel ni SEDAP gila!
High 1 Resort Hotel ada menyediakan menu sarapan pagi BIHUN GORENG! Halal ok!
Dia punya rasa pedas memang Malaysian taste! bukan acah-acah pedas, tapi betul-betul pedas lidah orang Melayu Malaysia.
12. Kalau korang travel to Korea during summer season, korang pasti akan mendengar bunyi CICADAS.
Tak kenal? Pergi Google tengok. Ni sejenis serangga yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Selalu kalau kita masuk hutan, boleh la dengar sepoi-sepoi bahasa cicadas ni keluarkan bunyi. Kadang tu ramai aman damai dan rasa tenang je kan?
Tapi, kau bayangkan kalau ada beribu Cicadas mengeluarkan bunyi secara serentak? Tanpa henti, merata di Seoul dan mana-mana tempat yang berpokok dan berhutan baik dalam bandar mahupun pendalaman. Annoying dowh!
Ni disebabkan musim panas adalah waktu Cicadas ni mengawan. Atas pokok atau bawah tanah adalah tempat tinggal serangga ni.