Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Siapakah Wok Doyok Yang Sebenarnya? Jangan Terkejut!

Siapakah Wok Doyok Yang Sebenarnya? Jangan Terkejut! | Nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment. Wak Doyok bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.
223490_492449557467382_1049550827_n
Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.Graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman. Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai.
Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Admin harap terjawab soalan difikiran anda semua siapakah Wok Doyok. Terima kasih.
Sumber: KisahBest

Cuba Sambungkan 9 Titik Ini Menggunakan Hanya 4 Garis Lurus Tanpa Angkat Pen


Diatas terdapat 9 titik yang harus anda sambungkan dengan hanya menggunakan empat garis lurus, berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum ini ternyata hanya 20% daripada mereka yang berjaya.

Peraturannya mudah, dalam masa 30 saat, ada hanya perlu menyambungkan 9 titik ini dengan empat garis lurus tanpa mengangkat pen.

Berikut adalah jawapan yang selalu dijawab oleh kebanyakkan mereka yang mencuba.


Kalau seperti gambar diatas anda akan tertinggal dua titik dan jika seperti gambar dibawah anda akan tertinggal 1 titik. Jadi bagaimana penyelesaian anda untuk membuktikan anda genius?


Jika anda sudah selesai menjawab atau putus asa selepas 30 saat boleh lihat jawapan di dalam video dibawah.


Siakapkeli.my


Sumber: Siakap Keli

12 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Anda Belum Tahu

Nota Editor: Perkongsian 12 fakta menarik tentang Korea Selatan ini adalah daripada Nazri Arshad (Moji), seorang traveller dan merupakan host rancangan Jom Korea Travelogue di TV Al Hijrah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Anda boleh ikuti perkembangan kembara Moji di Instagram beliau Moji16.
At Mt. Hallasan, Jeju-do.
12 Fakta Menarik tentang Korea Selatan dari pengalaman & pemerhatian aku.
1. Gangwon-do adalah 1 kawasan wilayah yang awesome giler bagi aku.
Kat sini ada banyak Ski Resort yang besar. Bentuk muka bumi yang bergunung ganang menjadikan wilayah ni tarikan paling utama especially winter.
Aku pergi waktu musim panas, aktiviti untuk pelancong pun tak kurang hebatnya! Nak daki gunung, trekking dalam hutan, mandi sungai dan macam-macam lagi boleh buat kat wilayah yang besar ni.
Peminat alam semula jadi & adventure pasti enjoy gila kalau pergi sini.
At Taejongdae
2. Mengikut undang-undang, rakyat Korea TIDAK DIBENARKAN BERJUDI khususnya dalam Kasino di Korea Selatan. Hah?! Biar betik!
Jangan tak percaya, adalah 1 kesalahan besar untuk rakyat Korea berjudi dalam Kasino. Kasino-kasino besar yang wujud di dalam negara Korea ditujukan khas untuk pelancong luar sahaja.
Tapi, hanya ada 1 SAHAJA kasino yang membenarkan rakyat Korea masuk untuk berjudi, terletak jauh di pendalaman kawasan pergunungan HIGH 1 RESORT, juga dalam wilayah Gangwon-Do. Wah, baik betul negara dia taknak rakyat dia ketagih berjudi.
Amazing view! — at Mount Sorak National Park Korea
3. Pulau Jeju sebenarnya SANGAT BESAR.
Mulanya aku ingatkan saiz dia sedang-sedang je.Tapi bila dah sampai sana siap kena sewa kereta bagai, barulah aku sedar yang pulau ni LEBIH BESAR dari negara Singapura. Bak kata Dyna, “Singapore it’s just a tiny dot on the map
Pulau ni adalah destinasi paling aku suka! Awesome gila pulau ni!
4. Had laju maksimum memandu di Pulau Jeju kebanyakannya yang aku nampak hanyalah 70km/j.
Punyalah perlahan sampaikan pergi ke 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain mengambil masa 1 jam sehingga 3 jam!
Busuk-busuk pun 30 minit la paling cepat kalau nak keluar dari town je.
Dah la pemanduan dorang ni cermat, tak reti nak memotong kenderaan lain pun, hormat sangat tu.
Dia punya perlahan tu kadang-kadang rasa dari KL ke Ipoh, hence aku boleh bantai tidur yang nyenyak setiap hari.
Wohooo!! Syiok giler wei! Nak pergi Spain punya tomato festival jauh sangattakder modal, kita pergi yang dekat South Korea ni pun berbaloi dah.
Dorang sumbat cincin dalam tomato, lepas tu 10 cincin tu dicampak bersepah dalam kolam tomato yang besar nih!
5. Korea memang bijak menggunakan kelebihan teknologi mereka dalam bidang elektronik. Mereka gabungkan teknologi dalam pelbagai bentuk education, entertaiment & tourism.
Aku ni gila benda-benda hi-tech, so memang terkinja & selalu impress dengan setiap benda yang gunakan modern technology dalam benda-benda simple. Contohnya museum sejarah dalam Everland. 4D cinema experience wei! Mudah menarik minat kanak-kanak & lebih senang nak faham sedikit tentang sejarah.
6. Rupanya K-Pop & K-Drama 2 benda yang berbeza.
K-Pop ni artis-artis yang penyanyi tu. K-Drama pulak benda-benda yang berkaitan dengan drama lakonan di tv yang dok teghiak-teghiak menangis &sweet tu haa.
Choii! Aku ingatkan ada sejenis K-Pop je dalam Korea tu. Baru tahu K-Drama tu benda yang lain.

Aku ni tak pernah la follow drama Winter Sonata kan, tapi yang aku impress sangat-sangat pasal pulau ni sangat cantik – Jeju Island
7. Tourism Korea pun pandai gunakan kelebihan daripada promosi-promosi K-Pop dan K-Drama yang pernah menggunakan mana-mana lokasi di dalam negara dorang untuk tujuan perlancongan.
Kau cakap je mana Winter Sonata tu pergi shooting, habis dorang naikkan dan promosi jadikan tempat tu tumpuan pelancong.
Walaupun sekadar 1 jalan shopping di bandar kecil sekalipun, mesti korang akan ternampak frame gambar, patung atau cap tangan pelakon tu diletak di mana-mana lokasi tersebut.
Eh,dulu filem Gila-Gila Remaja shoot dekat Mc’D PJ tu, kenapa tak popularkanwei tempat tu?
Letak la poster atau screenshot filem tu dekat Mc’D tu.Baru la nostalgic sikit. Letak replica motor scrambler ker, atau jaket si Kuzi kat situ ke. Pergh! confirmramai yang buat order nanti pakai ayat dari Roy ni.. “saya nak pesan mata awak, hidung awak, pipi awak, rambut awak, bibir awak…” awww klasik wei!
8. Musim panas adalah waktu terbaik untuk shopping pakaian di Korea.
Pakaian yang sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia banyak yang dijual murah di sana.
Juling mata wei! Kau bayangkan, t-shirt berjenama yang kat Malaysia harga minimum RM50~RM80 tu boleh dapat dengan harga RM20~ RM30 jer kat Korea!
Pertama kali jugak aku beli barang Solomon dengan diskaun 50%!
Lagi murah rabak dari jualan murah barang Solomon kat Malaysia ni.
9. Kalau kau jumpa awek cun gila, jangan terlalu cepat cair. Ada potensi besar kecantikan mereka tu semuanya ‘plastik’ je.
Kat area Gangnam tu bersepah klinik dan hospital untuk plastic surgery.
Macam pusat urut kat Thailand dah rupa dia. Sanasini ada servis bedah membedah.
10. Itaewon, kawasan terletaknya Seoul Central Mosque bukan sekadar meriah dengan restoran makanan Halal dan kedai-kedai shopping.
Kawasan ni juga popular dengan bar dan cafe untuk golongan LBGT.
Jaga-jaga iman tu kalau berjalan waktu malam. Jangan langkah tersalah tuju pulak.
11. Tourism Industry in Korea dah semakin terbuka dan bersedia untuk menerima kemasukan pelancong Muslim. Jauh ceruk di pedalaman kawasan pelancongan Ganwon-do juga ada disediakan Surau di dalam beberapa hotel.
Malah, ada surau tu kadang-kadang lebih bersih dan cantik dari yang disediakan oleh shopping mall di Malaysia ni (take note pemilik shopping mall di Malaysia). Surau kat hotel-hotel di Korea ni kena check dengan local tourism board.
Semakin banyak hotel di Korea menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim. Bihun goreng kat High 1 Resort Hotel ni SEDAP gila!
High 1 Resort Hotel ada menyediakan menu sarapan pagi BIHUN GORENG! Halal ok!
Dia punya rasa pedas memang Malaysian taste! bukan acah-acah pedas, tapi betul-betul pedas lidah orang Melayu Malaysia.
12. Kalau korang travel to Korea during summer season, korang pasti akan mendengar bunyi CICADAS.
Tak kenal? Pergi Google tengok. Ni sejenis serangga yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Selalu kalau kita masuk hutan, boleh la dengar sepoi-sepoi bahasa cicadas ni keluarkan bunyi. Kadang tu ramai aman damai dan rasa tenang je kan?
Tapi, kau bayangkan kalau ada beribu Cicadas mengeluarkan bunyi secara serentak? Tanpa henti, merata di Seoul dan mana-mana tempat yang berpokok dan berhutan baik dalam bandar mahupun pendalaman. Annoying dowh!
Ni disebabkan musim panas adalah waktu Cicadas ni mengawan. Atas pokok atau bawah tanah adalah tempat tinggal serangga ni.

Sekeping gambar anggota polis dengan "mainan" menjadi tumpuan ramai di laman sosial. Anggota Polis Viral

GAMBAR ANGGOTA POLIS CANTIK GILER JADI VIRAL!-Anggota polis wanita yang cantik tap pasal-pasal jadi viral selepas diupload oleh orang misteri di laman sosial baru-baru ini.admin pun tidak tahu anggota polis ini dari bahagian mana namun ianya jelas anggota polis ini adalah anggota polis malaysia.


 

Selepas diupload di lama sosial,gambar anggota polis yang cantik lagi ayu ini telah mendapat sambutan yang hangit dan kemudiannya menjadi viral.jangan kata like sahaja,jumlah share pun mencecah ribuan share!.

Cantik giler kot sampai macam tu sekali..hehe… lepas ni kompom ramai aje lelaki bujang yang beria nak masuk anggota polis kan.tapi jangan pula di tangkap oleh si anggota polis yang cantik lagi ayu ini kang tak pasal jadi viral juga!..haha..
GAMBAR ANGGOTA POLIS CANTIK GILER JADI VIRAL!
Keayuan anggota polis ini terserlah bila melihat caranya memegang pistol(mainan) itu sambil kakinya bersilang dengan gaya rambut beliau yang menghurai.perhh..boleh jadi gila bayang dibuatnya!.. 
(Dibaca Sebanyak 1,229 kali, 638 Baca Hari Ini)
***Jika terdapat artikel yang tidak mempunyai gambar/foto,ini kerana telah terdelete semasa server laman ini down.jadi sila request/report gambar/foto tersebut melalui “Contact Us” yang ada di page menu laman blog ini.terima kasih.
GAMBAR ANGGOTA POLIS CANTIK GILER JADI VIRAL

Mr Bean Dan Anak Perempuannya Yang Jelita (Gambar)

Rowan Atkinson pelakon yang sangat dikenali di seluruh dunia dengan lawak jenakanya lebih-lebih lagi di dalam siri Mr. Bean.
Untuk pengetahun anda, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. Bean’ mempunyai anak perempuan bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry.
2


2
Lily mula dikenali media apabila beliau tampil dalam filem lakonan Mr Bean iaitu Johny English Reborn yang ditayang pada tahun 2011.
Sebenarnya Lily pernah membintangi beberapa filem dan penglibatan sejak tahun 2004 membuktikan bahawa beliau juga mempunyai bakat seni seperti bapanya.
Sumber: HarianBlogger

Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek



KUALA LUMPUR: Seorang wartawan daripada akhbar The Star telah dilarang memasuki kawasan Mindef kerana tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan untuk memasuki bangunan Kementerian Pertahanan.

Wartawan berkenaan yang hendak membuat liputan Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai 2015lalu sebelum ini tidak dibenarkan memasuki Mindef oleh pengawal keselamatan kerana memakai skirt di atas paras lutut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan media menegaskan semua pihak perlu mematuhi kod etika tersebut kerana ia adalah satu peraturan dan sudah lama dikuatkuasakan.

“Dalam menguatkuasakan etika pemakaian ini, garis panduan umum mewajibkan semua pelawat untuk berpakaian sopan (baju berkolar dan berlengan, seluar panjang dan skirt di bawah paras lutut) serta tidak mendedahkan tubuh atau menjolok mata.

“Sekiranya pelawat didapati tidak mematuhi kod etika pemakaian yang sudah ditetapkan, pelawat tidak akan dibenarkan masuk untuk berurusan,” kata kenyataan itu hari ini.

Berikutan pakaian wartawan berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan maka petugas di kaunter Balai Pengawal Kementerian Pertahanan cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Malahan gambar tentang tatacara pemakaian pelawat ke Kementerian Pertahanan juga ada dipamerkan di Balai Pengawal tersebut,” 

“Justeru, dalam melaksanakan peraturan sedia ada, Kementerian Pertahanan memohon kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi media untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

The Star telah mengesahkan wartawannya, Tashny Sukumaran telah menjadi individu terbaru melibatkan kontroversi kod pakaian di premis kerajaan.

Gaya Para Selebriti Di Majlis Berbuka Puasa & Pra Tonton Program Raya Astro

Semalam telah berlangsung satu majlis berbuka puasa dan tayangan pra tonton untuk program Aidilfitri anjuran pihak Astro dan seperti biasa, ianya dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti tempatan yang tampil dengan gaya tersendiri.
Antara mereka yang hadir termasuklah Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fasha Sandha, Adira AF, Yana Samsudin, Kamal Adli, Emma Maembong dan ramai lagi. Majlis penuh meriah tersebut mengambil tempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Berikut beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan buat tatapan anda yang mahu melihat gaya terkini selebriti kesayangan. Kami suka tengok pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, masih nampak seri pengantin baru, heh. Enjoice! (rtky/m)