Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.

Doktor Tanam Tangan Lelaki Tua Ini Dalam Perut, Mengejutkan!!!



HOUSTON: Frank Reyes, seorang lelaki warga emas terpaksa melalui hari-harinya dengan sebelah tangannya ditanam di dalam perut, untuk memberi masa kepada kulit tangannya sembuh sepenuhnya...

Prosedur perubatan itu diambil oleh lelaki berusia 87 tahun ini selepas dia hampir kehilangan tangan kerana terlibat dengan kemalangan, apabila sebuah treler menghempap anggota badannya itu ketika dia sedang menukar tayar kenderaan berkenaan....

Semasa kejadian, tangan Reyes dilaporkan hampir 'masak' kerana besi tayar membara disebabkan cuaca yang amat panas, apatah lagi dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum bantuan tiba...

Untuk menyelamatkan tangannya, doktor terpaksa menggunakan kaedah implan.

SUBHANALLAH!! LAUT KE-4 TERBESAR DI DUNIA TELAH HILANG



The Aral sea sits between Kazakhstan and Uzbekistan, and was once the fourth largest sea in the world. Most people today haven’t even heard of it. .

What was a 68,000 square kilometer sea, and thriving fishing industry, is now a sea that is 10 % of the original size, too salty and polluted to support fish. In fact the third largest sea in the world, is now considered to be three lakes...

The demise of the Aral Sea was caused primarily by the diversion of the inflowing Amu Dar’ya and Syr Dar’ya rivers in 1960′s to provide irrigation water for local croplands.. .

These diversions dramatically reduced the river inflows, causing the Aral Sea to shrink by more than 50%, to lose two-thirds of its volume, and to greatly increase its salinity. At the current rate of decline, the Aral Sea has the potential to disappear completely by 2020....











SUBHANALLAH!!! DOKTOR CERITA DUA KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA BILAL TENGKU SHAFIQ DIBEDAH..

Rakyat Malaysia digemparkan dengan satu kes dimana seorang bilal, #Tengku Shafiq Adam@, ditikam dengan menggunakan pisau rambo kerana salah faham pemilik motorsikal yang dijaga oleh Bilal tersebut.



Menurut Ewan Nazri rakan yang berada ditempat kejadian, kondisi Tengku Shafiq kini telah beransur pulih dan semakin sihat....


Selain itu,rakannya itu turut berkongsi keajaiban yang berlaku ketika Shafiq dirawat.


Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia 2015, Malaysia Tempat Ke Berapa?

 Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2015. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.  


Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara.

Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia.

GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :

http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :





Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.

Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. -BeritaSemasa

Siapakah Wok Doyok Yang Sebenarnya? Jangan Terkejut!

Siapakah Wok Doyok Yang Sebenarnya? Jangan Terkejut! | Nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment. Wak Doyok bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.
223490_492449557467382_1049550827_n
Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.Graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman. Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai.
Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Admin harap terjawab soalan difikiran anda semua siapakah Wok Doyok. Terima kasih.
Sumber: KisahBest

Kisah Ngeri Azab Kota Pompeii Yang Ramai Tak Tahu

Kisah Ngeri Azab Kota Pompeii Yang Ramai Tak Tahu | Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
1
Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..
Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

2
3
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!

4
5
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.

6
7
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

8
9

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Informasi Kisah Pompei dari Al Quran
Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.

Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).

10
11
Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….
Sumber: KisahBest

Punca dan Tanda-Tanda Gearbox Rosak (Auto Atau Manual)


Punca dan Tanda-Tanda Gearbox Rosak (Auto Atau Manual)



Apa punca dan tanda-tanda gearbox rosak (auto atau manual) dan cara mengatasinya? Kami yakin, semua pengguna kereta pasti sedia maklum bahawa masalah gearbox ini merupakan problem yang biasa berlaku kepada semua jenis kenderaan sama ada manual ataupun auto. Masalah gearbox akan menyebabkan pertukaran gear menjadi sukar dan tiba-tiba boleh tertukar sendiri. Kita yang menggunakan kereta juga berasa tidak senang dan tidak selesa apabila memandu menggunakan gearbox yang bermasalah.

Apa tanda-tanda gearbox rosak? Berikut adalah tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah:
  • Menghadapi kesukaran untuk masukan gear (biasanya jenis manual).
  • Sentakan yang kuat ketika menukar gear dari N ke D atau P ke D (auto).
  • RPM tidak kembali ke asal selepas pertukaran gear (auto).
  • Kedengaran bunyi yang agak kuat ketika menukar gear auto.
Keadaan diatas merupakan petanda awal bahawa kereta anda akan mengalami slip transimi atau auto slip transmission. Jika anda mengabaikan keadaan ini, maka anda akan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menukar keseluruhan kotak gear.
Apa punca gearbox rosak atau atau auto slip transmission?
Punca utama gearbox mudah rosak ialah disebabkan beberapa faktor yang datangnya daripada pengguna kereta tersebut.
  1. Penggunaan yang kasar dan kuat ketika menukar gear.
  2. Filter Auto tidak pernah ditukar atau jarang ditukar.
  3. Selalu lambat tukar minyak gear serta tidak pernah tambah minyak gear
  4. Membiarkan atau tidak mengambil peduli akan kebocoran minyak gear dari sealbox
  5. Tidak pernah memeriksa paras minyak gear sama ada okay atau tidak.
Punca dan Tanda-Tanda Gearbox Rosak (Auto Atau Manual)
Apa tips penjagaan gearbox serta bagaimana cara untuk mengatasi masalah gearbox rosak pada kereta dan mengurangkan kos membaikinya?
  1. Menukar minyak gear auto
  2. Menukar mounting gearbox
  3. Menukar minyak seal gearbox
  4. Menukar pin pada panel gear
  5. Menukar auto filter
  6. Menukar kabel gear
  7. Membersihkan ruangan auto filter
Penukaran minyak gear auto atau manual adalah pada setiap 40,000km mileage bagi meminimumkan kerosakan yang mungkin berlaku pada gearbox anda. Jika kita dapat mengetahui tanda-tanda gearbox rosak, maka sudah pasti kita akan dapat mengambil tidakan sewajarnya bagi mengelakkan kita mengeluarkan kos yang lebih tinggi dikemudian hari.

Inilah Cara Cara Polis Di China Berlatih Untuk Perbarisan Yang Sempurna

Mungkin ramai sebelum ini telah melihat latihan rapi mereka menjalani kepada pegawai-pegawai Cina apabila membuat perarakan, dan semua ini adalah supaya segala-galanya berjalan lancar. Banyak dipercayai tidak dilaksanakan, tetapi yang benar adalah bahawa ini terus berlaku, dan seperti yang kita menguji imej yang ingin tahu di mana kita melihat bagaimana polis dilatih untuk pergi dengan sempurna




Korang Nak Tahu Tak Inilah Fungsi Sebenar ‘Airplane Mode’

2
Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya. Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit atau menukarkan peranti anda kepada ‘Airplane mode’ di dalam penerbangan bukan? Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.
2
Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.
Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang?
Berikut, kami berkongsi entri dari sebuah blog dimana penulis menjelaskan betapa pentingnya fungsi ‘Airplane Mode’ atau lebih mudah lagi mematikan peranti elektronik.
Ikuti penerangan sepenuhnya di bawah:
Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang. Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, “Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah.”
“Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi.”


2
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini. Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan. Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.
Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?
Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.
Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.
Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.
Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik – gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.
Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.
2
Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah. Untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: HarianBlogger

Nama Pelajar Malaysia Diabadikan Sebagai Nama Asteroid

Seorang remaja berusia 17 tahun membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh’ dapat membawa yang mustahil menjadi tidak mustahil.
Faye Jong-Sow Fei, pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak kini boleh berbangga apabila namanya kini diabadikan sebagai nama asteroid.
Ia dibuat oleh Lincoln Observatory Near-Earth Object (LINEAR), susulan kejayaannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lepas.
Projek pengurusan alam sekitar yang dipersembahkan Faye pada pertandingan itu turut melayakkannya menerima anugerah Saintis Muda Berpotensi dari European Union Contest.
Asteroid tersebut dinamakan ‪#‎31460Jongsowfei‬ dan rasmi digunakan pada 10 Julai lalu.
Ini menjadikan Faye rakyat Malaysia pertama diberi penghargaan sedemikian.
LINEAR merupakan salah satu projek yang dibiayai oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA), dengan kerjasama United States Air Force dan Massachusetts Institute of Technology’s Lincoln Laboratory.
SUMBER: Awani

Gelaran Dato Itu Adalah Gelaran Dunia Sahaja - Nurul Hidayah Ahmad Zahid


Berikutkan tersebarnya beberapa keping gambar mengenai status gelaran Dato' yang diberikan kepada anak perempuan TPM, Nurulhidayah Ahmad Zahid baru-baru ini, beliau telah menerima kritikan daripada pengguna laman sosial.

Kerana kritikan itu, Nurul telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kerana menurutnya apa yang disebar mengatakan dia mendapat gelaran berkenaan kerana kerana jasa sebagai Ketua Perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah dan menafikan gambar yang telah diedit berkenaan adalah tidak benar.

BACA: Pendebat Balas Kenyataan Nurul Hidayah, Dikongsi Lebih 5,000 kali di Facebook

Beliau melalui laman Instagramnya telah memuatnaik status untuk menjawab semua kritikan dan tuduhan tersebut.

“Hak bersuara saya dinafikan. Tetapi sy tampil utk menafikan bahawa sy tidak pernah mengeluarkan apa2 kenyataan bahawa gelaran Dato’ itu adalah kurniaan yg sy terima kerana menjadi ‘Parade Commander’ atau Ketua Perbarisan dlm satu acara Askar Wataniah."

“Saya tidak pernah membuat kenyataan itu,” tegasnya.

Gambar yang tersebar di laman sosial menyebabkan dia dikritik ramai

Nurul memberitahu bahawa anugerah yang diterimanya itu adalah atas sumbangan dan kerjayanya sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau jugak menyelar tindakan mereka yang mempersoalkan 'jasanya' sehingga membolehkan menerima gelaran tersebut.

“Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato’ TIDAK TERHAD kepada ‘jasa’ apa yang diberikan oleh seseorang kpd sesebuah negeri. Ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yg Tuanku kehendaki,”

“Walaubagaimanapun, gelaran Dato’ itu adalah gelaran didunia sahaja. Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup. Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah,” katanya.

Menurut kenyataannya lagi, beliau yang memegang jawatan sebagai Leftenan Muda Askar Wataniah tidak akan mudah untuk memalukan angkatan Askar Wataniah yang disanjungan tinggi olehnya.

 


Nama Nurul kebelakangan ini semakin dikenali selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai perhimpunan BERSIH 4 yang disifatkan olehnya sebagai kerja bodoh dan sia-sia. -Siakapkeli.my

Sumber: Siakap Keli