Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Gambar Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala

Ragam Manusia Yang Buatkan Anda Geleng Kepala









Jom Lihat Babak Yang Terkantoi Ketika Pengambaran Filem

Babak Yang Terkantoi Ketika Pengambaran Filem










10 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami

Masih ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.
1. Kena buka Programs > Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.
2. Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.
3. Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.
4. Belajar compose ringtone atau tiru kawan punya.
5. Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.
6. Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL Plz”.
7. Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.
8. Download lagu dari Jiwang.org. Oops.
9. Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun boleh buat benda sama.
10. Betapa kerap Internet Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan skrin dengan error message.

Majalah Ujang Dan Apo Bakal Hilang Dari Pasaran, Apa Kata Kartunis Lengkuas

Berita penutupan syarikat penerbitan MOY Publication yang menerbitkan majalah Ujang dan Apo? semalam, 6 Ogos 2015 telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Berita penutupan syarikat ini mengundang rasa sedih, kerana dalam diam-diam ia sudah menjadi sebahagian daripada warisan rakyat Malaysia.
Majalah yang terkenal dengan karya mereka seperti Lawak Antara Bangsa, Blues Untuk Aku dan Mat Despatch ini akan dirindui selalu. Untuk mengetahui latar belakang kisah ini, kami telah berhubung dengan Kartunis Lengkuas, pelukis siri komik Mat Despatch, untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ikuti temu bual kami di bawah:
Sebelum bermula, kami ingin mengucapkan takziah di atas penutupan MOY Publication. Terima kasih kepada Tuan kerana sudi memberikan kami peluang untuk mengetahui serba sedikit tentang peristiwa ini.
FB KARTUNIS LENGKUAS



 

1. Sejak bilakah Tuan dan rakan-rakan mendengar khabar angin tentang penutupan syarikat ini.
Saya dah tau dah lama dan saya beritahu kawan-kawan pada 6 Ogos dan sahkan.
2. Apakah yang berlaku sehingga menyebabkan penutupan MOY Publication.
Kos semakin tinggi dan kena GST penyebab utama penutupan (syarikat) MOY ini.
3. Adakah Tuan dan rakan-rakan sudah bersedia atau berita penutupan ini datang secara tiba-tiba?
Tak bersedia pun pasal tiba-tiba tutup. Amaran dah diberi masa pengumuman GST.
FB KARTUNIS LENGKUAS

4. Bagaimanakah penerimaan Tuan dan rakan-rakan dengan berita ini.
Semua redha dengan apa yang berlaku dan sedih kerana majalah Ujang dan Apo? ini antara majalah keluaran bumiputera dan telah 20 tahun lebih beroperasi.
5. Apakah perasaan Tuan sekarang?
Perasaan saya sekarang? haha… masih boleh tersenyum walaupun sedih.
6. Apakah perancangan Tuan selepas ini.
Belum ada perancangan lagi… selesaikan apa yang patut dulu baru boleh fikir.
FB KARTUNIS LENGKUAS
7. Bagaimana masyarakat dapat membantu Tuan dan rakan-rakan supaya warisan komik Malaysia tidak hilang?
Masyarakat boleh bantu senang sahaja… 3 juta rakyat Malaysia derma seorang RM2 memang confirm boleh beroperasi balik… hehe.
Kami senang dengan ke-“sempoi”-an Kartunis Lengkuas. Semoga berita ini tidak mematahkan semangat beliau dan rakan-rakan sejawatan yang lain seperti Bacang, Manggis, Ciku, Papan, Sukun, Nik, Bawang, Lepat, Lalang, Buloh, Asz, Bijan dan lain-lain untuk terus berkarya. Kami di Vocket mendoakan mereka semua maju jaya dan semoga industri komik negara terus berkembang.
Majulah komik untuk negara.

[VIDEO] Pengacara TV3 Hampir Tergelak Selepas Rakannya Terleka Ketika Siaran Lansung








Pelik! Ikan Ini Pakai Pelampung Dalam Air?

Ikan memakai pelampung seakan mustahil tapi itu yang terjadi pada ikan emas ini. Jika ikan memakai pelampung di dalam air, itu unik kerana fitrahnya ikan memang hanya boleh hidup di dalam air. Seekor ikan emas perlu memakai pelampung jika ia mahu meneruskan hidup dengan normal. Pada mulanya ikan ini berenang dalam keadaan terbalik, tetapi pemilik ikan ini telah menciptakan untuk ikan tersebut dengan sebuah pelampung kecil. Unik kan?


einstein_goldfish_sife_jacket_1
Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama ‘Einstein’ ini telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.
einstein_goldfish_sife_jacket_2
Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa mencipta sejenis pelampung khasuntuk dipakaikan pada ikannya itu.
Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan sempurna pada badan ikan tersebut danmembolehkannya berenang dengan normal semula.
einstein_goldfish_sife_jacket_3
En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya agar dapat dipakai oleh Einstein.
“Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih baik,” kata En. Naylor.
einstein_goldfish_sife_jacket_4

Cerita Jep Sepah sebelum jadi pelawak

http://img231.imageshack.us/img231/7225/jepo.jpg 

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.


Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Riak Muka Bayi Ini Pertama Kali Merasa Avokado Memang Ekstrim

Seorang bayi bernama Autumn pertama kali diberi rasa avokado. Jelas, riak muka beliau menunjukkan dia tidak menyukainya. Kasihan, tetapi comel!
                                                     “Erk… apa ni?”
                                                     “Tak nak!”
                                   “Tolong ayah. Tolong berhenti, please.”

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk..


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

MAKSUD BUNYI HON...!!

(Intro sikit...)

Bapaku pulang dari bandar,
Bapaku belikan kereta..,
Kerete rosak... kah3



Pernah tak masa driving kadang2 kita dengar kereta yang berselisih atau belakang kita bunyikan hon.
. percaya atau tidak.. setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu..

1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"
2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"
4X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu mesti cakap...
"TILAM! TILAM!..SIAPA MAU TILAM.. TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!.. TILAM!"...

Kencing baek punye....!!!!!

tumblr_nknys7ZBCO1sb64bpo1_540

Banyak-banyak kencing la, kencing ape lagi teruk.... keh3 (Jangan koncing malam)

(Lawak) 15 Alasan Cliche Taknak Bayar Hutang : Video Lawak

(15 alasan cliche taknak bayar hutang)





Kita semua mengalami masalah yang sama iaitu masalah rasa bersalah untuk pinjamkan duit dekat kawan-kawan kita. Bila dah bagi pinjam, mulalah susah nak bayar!


 

Lawak beli-belah

(Produk muke x sampai-sampai)


Orang yang beli tu ingat barang tu free, yang free hanya postage sahaje kak.

Pegi kedai beli barang,
Barang habis.. kah3!!!.

Kalau rase hambar x payah gelak, boleh balik.....