Showing posts with label Panas. Show all posts
Showing posts with label Panas. Show all posts

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey, Petaling Jaya Memang Rare!

Nasi lemak kukus biasa kita jumpa. Tapi, kalau nasi lemak kukus yang digoreng pasti rare bagi anda bukan?
Kalau anda ingin merasa nasi lemak kukus yang digoreng, kami cadangkan anda ke Jalan Othman di Petaling Jaya dan singgah di gerai milik Chef Fauzey ini.
Rata-rata penduduk di Seksyen 3, Petaling Jaya telah kenal akan keunikan nasi lemak kukus goreng Chef Fauzey ini. Keunikannya sehingga banyak keluar di media-media mainstream seperti Majalah 3, Nasi Lemak Kopi O TV9 dan lain-lain lagi.
Chef Fauzey sebelum ini merupakan seorang chef yang pernah berkhidmat di hotel 5 bintang dan kepakarannya adalah memasak masakan western. Memasak nasi lemak merupakan satu cabaran bagi beliau tapi dengan keazaman yang gigih, beliau berjaya menempah nama sehingga hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini.


Gerai yang terletak di belakang stesen bas Jalan Othman ini memang simple. Chef Fauzey menggunakan lorinya sebagai dapur bergerak untuk membawa masakannya. Beliau dibantu oleh isterinya dan 2 orang pekerja.

Barisan pelanggan yang berkunjung ke gerai ini sejak dibuka tak pernah putus. Sekali buat tempahan bungkus pasti sampai 5 hingga 6 bungkus ke atas.


Kami membuat pesanan nasi lemak kukus goreng yang menjadi bualan ramai ini. Hidangannya lebih kurang sama seperti nasi lemak biasa cuma yang menjadi menarik apabila adanya udang goreng dan ayam goreng berempah.

Rasa nasinya sangat lemak. Dimakan bersama dengan sambal istimewa Chef Fauzey makin naik rasanya. Udang gorengnya juga turut penuh berperisa.
Ayam goreng berempahnya memang sangat sedap. Sebab itulah pelanggan Chef Fauzey tak pernah putus-putus datang kerana masakan nasi lemak kukus goreng ini memang sedap.

Untuk pengetahuan anda, Chef Fauzey turut menyediakan masakan lain seperti nasi lemak kukus biasa, char kuey teow dan mee goreng. Kepada yang ingin mencuba nasi lemak kukus goreng ini bolehkan dapatkan info di bawah.
Nama gerai : Nasi Lemak Kukus by Chef Fauzey
Lokasi : Jln Othman Bus Station, Petaling Jaya, Selangor (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:30 pm – 11:00 pm

Mr Bean Dan Anak Perempuannya Yang Jelita (Gambar)

Rowan Atkinson pelakon yang sangat dikenali di seluruh dunia dengan lawak jenakanya lebih-lebih lagi di dalam siri Mr. Bean.
Untuk pengetahun anda, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. Bean’ mempunyai anak perempuan bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry.
2


2
Lily mula dikenali media apabila beliau tampil dalam filem lakonan Mr Bean iaitu Johny English Reborn yang ditayang pada tahun 2011.
Sebenarnya Lily pernah membintangi beberapa filem dan penglibatan sejak tahun 2004 membuktikan bahawa beliau juga mempunyai bakat seni seperti bapanya.
Sumber: HarianBlogger

Gadis Ini Nekad Buat Sesuatu Yang Mengejutkan Orang Ramai (5 Gambar)

2
Dalam masa setahun, beliau telah mengubah hampir 10 jenis gaya rambut.
Itulah yang dilakukan oleh seorang gadis di Vietnam yang dikenali sebagai Nguyen Thi Mai Hui yang lahir pada tahun 1994 dan kini baru berusia 20 tahun.
Memetik dari laman Zing.vn, Nguyen adalah seorang pelajar di Akademi Seni dan Reka Bentuk di sebuah kolej di Ho Chi Minh, Vietnam. Gambar  yang kini telah menajdi viral di laman sosial negara itu telah menarik perhatian orang ramai khususnya pengguna maya.
2


2
Nguyen berkata tindakan tersebut adalah nekad dari dirinya sendiri kerana bosan dengan gaya rambut sedia ada, beliau nekad untuk mencuba sesuatu yang luarbiasa dari sebelum ini.
2
Sebelum itu Nguyen pernah mencuba gaya rambut Dreadlock kerana ingin menyertai sebuah projek Muzik di kolejnya.
2
Nguyen mengakui semua ini dilakukan kerana minatnya yang cenderung ke arah kesenian dan ingin mencuba sesuatu yang baru, walaupun ada segelintir pengguna media sosial memberi komen negatif Nguyen tetap dengan gaya tersendiri kerana dia menganggap gaya tersebut adalah suatu ekspresi dari dalam dirinya. 

Gadis Tersipu Malu KJ Tolong Angkat Beg (Gambar)

2
Chan sempat berselfie dengan KJ dan memuat naik ke Facebook miliknya. – Foto FB jasminechankitmun
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Seorang gadis dari Ipoh terkejut, apabila melihat lelaki yang membantu mengangkat begnya ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Dia langsung tidak menyangka lelaki budiman itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Therakyatpost semalam melaporkan, Jasmine Chan Kit Mun melalui akaun Facebooknya memuat naik gambar selfie dengan Khairy yang disertakan keterangan gambar menceritakan kejadian itu.
Menurut Chan, selepas pesawat berkenaan mendarat, dia cuba menurunkan begnya dari ruang simpanan bagasi dalam pesawat berkenaan.
“Saya memang memerlukan seseorang untuk membantu saya mengeluarkan beg dari tempat letak beg, selepas pesawat mendarat.
“Siapa tahu, lelaki budiman yang membantu saya ialah En YB Khairy Jamaluddin yang menaiki penerbangan kelas ekonomi sama dengan saya,” katanya.
Catatan itu menerima 550 like dan dikongsikan 20 kali, selepas enam jam dimuat naik ke Facebook.
Tambah Chan, selepas menurunkan beg dari ruang simpanan bagasi, Ahli Parlimen Rembau itu membantunya mengangkat beg itu keluar dari pesawat.
“Saya rasa agak malu, apabila seorang menteri membantu saya mengangkat beg,” katanya.
Sumber: HarianBlogger

Gaya Para Selebriti Di Majlis Berbuka Puasa & Pra Tonton Program Raya Astro

Semalam telah berlangsung satu majlis berbuka puasa dan tayangan pra tonton untuk program Aidilfitri anjuran pihak Astro dan seperti biasa, ianya dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti tempatan yang tampil dengan gaya tersendiri.
Antara mereka yang hadir termasuklah Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fasha Sandha, Adira AF, Yana Samsudin, Kamal Adli, Emma Maembong dan ramai lagi. Majlis penuh meriah tersebut mengambil tempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Berikut beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan buat tatapan anda yang mahu melihat gaya terkini selebriti kesayangan. Kami suka tengok pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, masih nampak seri pengantin baru, heh. Enjoice! (rtky/m)