Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

5 Sebab Dapur Menjadi Ruang Penting Di Dalam Rumah

Semasa tinggal di luar negara, penulis mendapati dapur-dapur rumah disana bersaiz besar dan luas. Apabila menonton drama dan filem pula, kebanyakan adegan ada dibuat di dapur yang akan memaparkan kehidupan watak-watak di dalam cerita tersebut berbanding di ruang tamu.
THISOLDHOUSE.COM
Sebenarnya banyak budaya di dunia ini menekankan bahawa dapur adalah jantung hati sebuah rumah. Ini antara sebab-sebab mengapa dapur menjadi ruang penting di dalam rumah:
1. Dapur adalah hub utama rumah
Ramai mengatakan dapur adalah jantung hati rumah terutama bagi mereka yang minat memasak kerana di dapurlah terciptanya makanan-makanan yang lazat dan dimasak dengan rasa kasih sayang untuk dihidangkan kepada orang-orang tercinta.
2. Dapur mempengaruhi cara hidup
Setiap hari kehidupan bermula di dapur bagi mengisi perut kosong sebelum pergi ke tempat kerja atau tempat belajar.
PINTEREST.COM
Ia adalah tempat pertemuan pertama keluarga di pagi hari sekiranya keluarga mengamalkan makan sarapan bersama.
HGTV.COM
Bagi keluarga sebegini, dapur menjadi salah satu tempat yang intim bagi perhubungan keluarga mereka. Penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab sesama ahli keluarga.
3. Dapur adalah ruang sosial keluarga
Dapur yang baik adalah ruang yang turut berfungsi sebagai tempat berkumpul ahli keluarga. Ia bukannya semata-mata sebagai satu tempat memasak sahaja.
ISLANDKITCHENS.CO.UK
Oleh kerana itu kebanyakan pereka mengetengahkan idea untuk menempatkan sofa atau meja kaunter atau menghubungkan dapur dengan konsep terbuka menghadap luar rumah agar ia menjadi tarikan untuk keluarga dan rakan rapat menghabiskan masa disitu.

HOUSEBEAUTIFUL.CO.UK

Selain itu, ia memudahkan aktiviti keluarga dijalankan disitu. Contohnya BBQ dan sambutan hari jadi.
4. Dapur tidak lagi menjadi tempat seorang ibu memasak seorang diri
Dapur yang mempelbagaikan fungsi sebagai ruang makan, ruang keluarga dan ruang tamu telah menarik ahli keluarga berkumpul disitu sehingga dapur menjadi ruang alternatif untuk bersosial sesama ahli keluarga dan rakan rapat.Dapur boleh menjadi pengikat kekuatan kasih sayang dan tanggungjawab sekiranya penghuni rumah memaksimakan penggunaan dapur.
5. Dapur dan anak-anak tidak dipisahkan
Kebiasaannya sewaktu ibu memasak di dapur, anak-anak diletakkan di ruang tamu atau tak dibenarkan masuk ke dapur kerana dikhuatiri mengganggu ibu memasak. Malah, ada yang menyatakan dapur adalah tempat yang bahaya untuk anak-anak. Oleh kerana anak-anak dijauhkan daripada dapur sejak kecil telah membuatkan mereka tidak ringan tulang untuk membantu ibu di dapur apabila dewasa kelak.
FIRENZASTONE.COM
Maka, dengan mempertingkatkan keselamatan dan fungsi, dapur boleh menjadi tempat yang baik untuk ibu dan anak. Ia juga boleh mencipta bonding timeantara mereka.

Cuba Sambungkan 9 Titik Ini Menggunakan Hanya 4 Garis Lurus Tanpa Angkat Pen


Diatas terdapat 9 titik yang harus anda sambungkan dengan hanya menggunakan empat garis lurus, berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum ini ternyata hanya 20% daripada mereka yang berjaya.

Peraturannya mudah, dalam masa 30 saat, ada hanya perlu menyambungkan 9 titik ini dengan empat garis lurus tanpa mengangkat pen.

Berikut adalah jawapan yang selalu dijawab oleh kebanyakkan mereka yang mencuba.


Kalau seperti gambar diatas anda akan tertinggal dua titik dan jika seperti gambar dibawah anda akan tertinggal 1 titik. Jadi bagaimana penyelesaian anda untuk membuktikan anda genius?


Jika anda sudah selesai menjawab atau putus asa selepas 30 saat boleh lihat jawapan di dalam video dibawah.


Siakapkeli.my


Sumber: Siakap Keli

9 Benda Ini Yang Generasi Sekarang Tidak Akan Faham

Kali ini dalam segmen santai, kami ingin bawakan pembaca menyelami nostalgia ketika kita di zaman kanak-kanak dahulu.
Yang pasti gambar-gambar yang dikongsikan dari sebuah blog ini bakal mengimbau kembali kenangan manis anda, kami yakin ada diantara kita pernah memiliki atau pernah melakukan aktiviti-aktiviti seperti di bawah.
Dan kami juga adalah salah seorang yang pernah melalui zaman ini, zaman di mana kita menggunakan microsoft word 98 untuk melakukan kerja dokumentasi, zaman dimana kaset masih lagi menjadi kegilaan.
Menarik lagi,  ketika belum wujud kamera digital, kami hanya menggunakan kamera kodak untuk merakam gambar, lepas ‘snap’ gambar kena hantar ke kedai kamera untuk proses ‘cuci’ barulah gambar itu terhasil sepenuhnya.. ingat lagi tak?
1. Meniup katridge NES atau N64 ( Game tape) untuk membolehkannya hidup. Tak pasti apa lah magic disebalik tiupan ni yang pasti lepas tiup benda ni pulih seperti sediakala, hebat kan kuasa meniup ni..
2
2. Memanggil rakan dari rumahnya untuk mengajak keluar bermain bersama.
2
Ketika di zaman ini, tiada lagi teknologi sms, tiada langsung panggilan telefon yang hanya ada pada ketika itu pun cuma pondok telefon, kalau diharapkan telefon rumah memang mak takkan bagi gunalah disebabkan cas panggilan amatlah mahal ketika itu.
Jadi solusinya kami hanya bergerak sendiri terus ke rumah rakan dan panggil untuk ajak bermain.
3. Lepas tangkap gambar, apa yang dirakam akan tersimpan di dalam kodak dan ia akan dihantar ke kedai gambar untuk proses cuci lebih kurang paling lama pun seminggu. Lepas seminggu barulah beberapa keping gambar terhasil..
2


4. Yang ini memang RARE! Pernah main benda ni? Walau berkali-kali ulang gambar yang sama tetap tak jemu.
2

5. Tetikus versi bebola bagi memudahkan kita melakukan pergerakan alat ini. Sekarang kalau sesiapa yang masih gunakan lagi memang dia adalah super-duper oldskool!
2

6. ‘Peneman setia’ anda ketika melakukan kerja dokumentasi.
2

7. Generasi dulu jika ditunjukkan gambar kaset dan pensel mereka sudah arif lagi pakar mengenai hubungkait 2 objek ini.
2

8. Burung magic yang boleh terapung dalam posisi apa sekalipun, banyak terjual di pasar-pasar malam dan menjadi kegilaan kanak-kanak suatu ketika dulu.
2

9.Benda alah ini dijual RM5 di pasar malam suatu ketika dulu…
Sanggup menangis kot semata-mata nak beli benda ni
2
Sumber: HarianBlogger