Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

10 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami

Masih ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.
1. Kena buka Programs > Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.
2. Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.
3. Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.
4. Belajar compose ringtone atau tiru kawan punya.
5. Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.
6. Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL Plz”.
7. Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.
8. Download lagu dari Jiwang.org. Oops.
9. Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun boleh buat benda sama.
10. Betapa kerap Internet Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan skrin dengan error message.

Sejarah 7 Penjara-Penjara Paling Kejam Di Dunia Yang Tak Sanggup Diduduki


1. Candiru Prison (Brazil) 
Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembaunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.

Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka. 




2. Bang Kwang Prison (Thailand) 
Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.

Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada) 



3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado) 
  
Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.

Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.

Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.

Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri. 




4. Alcatraz Island Prison: 
(San Francisco, CA) Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.

Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.

Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda. 



5.San Quentin Prison: (San Quentin, California) 
Tahun 1930an, pengelolaan penjara ini penuh dengan rasuah, sehingga akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini, memutuskan melakukan penambahbaikan di tahun 1940 an.

Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenali sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan, khususnya yang masih baru. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan makanan busuk. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.

Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan. 




6. Diyarbakr Prison: (Turki) 
Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki di mana segala keganasan dan kekejaman begitu lumrah terjadi. Dari tahun 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan maut kerana penyiksaan berlebihan, baik jiwa maupun fizikalnya.

Belum lagi dicampur dengan kekejaman seksual yang merajalela. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap pengelolaan penjara. Mereka melakukan mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai bentuk protes, namun tidak berhasil.

Kemudahan penjara ini sangat mengerikan dan jauh dari standard. Di sini pernah terjadi peristiwa dahsyat di mana kanak-kanak juga dimasukkan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.

Kekejaman sesama manusia sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tidak hairan penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia. 



7. La Sabaneta Prison: (Venezuela)  
Venezuela juga mempunyai penjara tidak kalah ganasnya, iaitu La Sabanetaa, di mana kekejaman menjadi “santapan” sehari-hari. Kemudahan yang sangat minima, menjadikan wabak penyakit begitu mudah tersebar. Rawatan doktor sangatlah minima, malah boleh dikatakan tidak ada. Makanan kurang dengan menu yang jauh dari sederhana.

Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta adalah yang buruk dari yang terburuk. Tidak hairan jika wabak kolera menyerang di sini dan meragut nyawa 700 banduan. Di sini pun pernah terjadi pembunuhan banduan yang meragut jiwa lebih 100 banduan pada tahun 1994.

Kematian merajalela di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara yang malas mengurus banduan sehingga para banduan boleh berbuat apa sahaja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama banduan. Para penjaga banduan menutup mata atas kejadian-kejadian ini. 


"Apa Khabar Jutawan-Jutawan Luxor, Dah Pakai Kereta Jenama Apa Sekarang"


Sebelum ini pada zaman Admin sendiri baru tamat sekolah menengah terlalu banyak cerita melibatkan perniagaan Multilevel Marketing (MLM) ini (Bukan semua MLM).

Kisah junior-junior dan kawan-kawan sekolah admin terlibat dalam perniagaan ini di mana mereka menarik perhatian ramai kawan-kawan dengan membeli kereta mewah dan menayangkan kereta berkenaan untuk menarik perhatian orang lain.

Ya, admin akui mereka mengajak orang ramai untuk berjaya tapi cara yang digunakannya salah!, mengapa salah? teringat seorang kawan admin menyertai satu MLM yang tengah meleup tahun 2006 iaitu Luxor.

Ramai golongan muda malahan ada yang sekolah rendah pun terlibat, wang permulaan perlu dikeluarkan kira-kira RM2000 lebih. Mana budak sekolah ambil duit banyak tu.?

Apabila ditanya kawan-kawan, jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan ada menggunakan duit tabung haji, ada yang menggunakan duit simpanan tetapi jawapan yang paling mengejutkan sanggup curi barang kemas emak. Ini buka reka cerita, ini berlaku kepada kawan-kawan admin. Nasihat daripada 'leader' kepada mereka "nanti dah berjaya ganti balik."

Tapi apa mereka dapat? sebab lepas bayar RM2000 dan lebih mereka perlu cari lagi orang dibawah sebanyak empat orang yang juga perlu membayar RM2000 kalau tidak tidak dapat bayaran melainkan produk yang tidak padan dengan harga dan ramai gagal mencari 'downline'.

Pada tahun 2008 di raya ke 2, admin pergi beraya ke rumah cikgu yang mengajar dulu, dia pun mula menceritakan perangai segelintir mereka yang 'berjaya' dengan bongkak sombong, pergi ke sekolah kaki letak atas meja semasa di dalam kelas kerana beranggapan gaji merek lebih besar dari cikgu.

Kemudian kisahnya pula semasa mahu mengambil keputusan SPM, junior-junior admin ini pergi ke sekolah ambil keputusan, cikgu cerita adalah empat lima orang leader yang 'berjaya' ini bawa kereta parking sampai depan dataran perhimpunan sekolah berhampiran dengan pejabat untuk tayang kereta-kereta mewah mereka dekat cikgu.

Tapi kini apa jadi dengan mereka? ke mana perginya Luxor yang menyebabkan mereka kurang ajar dengan cikgu itu? mana kereta-kereta mewah mereka? kereta-kereta itu semua sudah jadi hak orang lain.

Selain pengalaman admin ini, ada seorang pengguna Facebook bernama Ariff Arifin telah berkongsikan kisah-kisah mengenai golongan seperti ini.


"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"

"LUAR BIASA BAIK!!!!"

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Aku ingat lagi, punyalah 'hip' MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena 'brainwash' di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada 'upline' yang "kutip". Tahan teksi, dan "tong" duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.

Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku 'fly' pergi 14 main snooker. Itu aku 'on'. Aku rasa, inilah antara penyebab aku 'extend' pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah "selenge" sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. 

"Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!" 

Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.

Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. 

"Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari 'downline' aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe," kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.

Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis 'trend' lain yang memang 'trendy' pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

"APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!"

Koleksi Benda Pertama Di Dunia (32 Gambar)

Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.
Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago
2
Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat.

2
Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN
Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalahhttp://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html  yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.

1
Photografi Pertama (1826): “View from the Window at Le Gras”
Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu, berjudul “View from the Window at Le Gras” di rumah keluarganya.

1


Karya Novel Pertama (1007): Tale of Genji
Lebih dari beribu2 tahun-tahun yang lalu lebih kurang 1007M novel yang berjudul Tale of Genji mengisahkan cerita seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan banyak kali dia bertemu wanita di sepanjang jalan. Ditulis oleh orang Jepun yang bernama Murasaki Shikibu.

2
MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32MB
DI lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah $69.

Komputer ‘Mouse’ Pertama (1964): by Douglas Engelbart
1
Mouse pertama didunia di cipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu.

Motor Pertama Di Dunia (1885): Daimler’s “riding car”
3
Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman iaitu Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kenderaan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.

Bangunan Motel Pertama Di Dunia (1925): Motel Inn
2Motel Inn di San Luis Obispo, California, motel pertama di dunia. Dibangunkan pada 1925 oleh arkitek LA, Arthur Heineman. Motel Inn diberi nama Milestone Mo-Tel. Kos untuk satu malam adalah $1.25 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

2
Majalah Pertama Di Dunia (1731): The Gentleman’s Magazine
The Gentleman’s Magazine diterbitkan pada 1731, di London, dan dianggap sudah menjadi majalah pertama. Edward Cave yang bertanggungjawab dalam suntingan The Gentleman’s Magazine.

3
Kereta Berkonsep Pertama Di Dunia (1938): Buick Y-Job
Dirancang pada tahun 1938 oleh perancang terkenal General Motors Harley Earl, Buick Y-Job dan dianggap oleh sebagian besar menjadi kereta berkonsep pertama. Kereta itu mempunyai lampu tersembunyi yang dapat dioperasikan, “gunsight” ornamen kap, bumper pelindung, digunakan oleh Buick sampai tahun 1950-an.

3
Cover Album Pertama Di Dunia (1938): Smash Song Hits by Rodgers and Hart
Direka oleh Alex Steinweiss, seorang pereka yang berumur 23 tahun telah mencipta album cover ini pada 1938 untuk Piring Hitam Columbia. Album ini berjuful Smash Song Hits by Rodgers and Hart.

3
Microprosesor Pertama Di Dunia (1971): Intel 4004
Pada November 1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor.

1
Kamera Digital Pertama Di Dunia (1975): Created by Kodak’s engineer Steve Sasson
December 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini. Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 – atau 0.01 megapixels.

2Teka-Teki Silang Pertama di Dunia
Pada tahun 1913, Arthur Wynne memiliki pekerjaan menyusun halaman teka-teki mingguan untuk Fun, sebahagian dari komik halaman dari New York World, sebuah akhbar utama waktu itu.

Laptop Pertama Di dunia
3
Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985. Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.



Kasut Roda Pertama Di Dunia
2Kasut roda yang dikatakan dicipta pada 1897 ini adalah contoh aneh ‘Road Rollers’, yang sangat popular dengan pengusaha London pada zaman Victoria yang meluncur ke tempat kerja memakainya. Setiap pemakai kasut dengan dua roda yang tinggi, ditempatkan satu di depan dan satu di belakang dan pengguna mahir boleh mencapai kelajuan sehingga 16mph di sepanjang permukaan yang halus. Mereka diikatkan ke kaki si pemakai dengan tali dipasang ke kaki dengan potongan kayu kuning, dan beratnya lebih dari £ 40 masing-masing. Kasut ini dijual di London oleh the Road Skate Co of Oxford Street selepas penemuan mereka pada tahun 1897, dan diiklankan sebagai ‘ankle-friendly’. Para ahli percaya bahawa kasut ini direka selepas ramai penggemarnya dari pertengahan tahun 1890-an.

Telefon Mudah Alih Pertama Di Dunia
2
Motorola DynaTAC (Dynamic Adaptive Jumlah Skop kawasan) 8000x adalah telefon pertama di dunia dikeluarkan secara komersial dan kemunculan pertama pada tahun 1983 dengan harga $3995. Syarikat ini menghabiskan lebih dari $100 juta dan 15 tahun mengembangkan teknologi. Pada 13 x 1.75 x 3.5 inci, yang DynaTAC 8000x memaparkan sebuah skrin LED dan sampai 30 minit waktu bicara ketika dicas penuh. Ia terdapat dalam tiga kombinasi warna yang berbeza, yang meliputi putih kelabu, coklat, dan kelabu gelap.

Karikatur Peta Perang Pertama Di Dunia Kemudiannya Perang Eropah Pada 1870
2
Peta Kartun satira dari Perancis ini (‘Carte drôlatique d’Europe pour 1870‘) berusaha untuk mendapatkan beberapa tertawa keluar dari ketegangan dengan menunjukkan peta antropomorfik di Eropah, di mana masing-masing negara diwakili oleh sebuah karikatur kebangsaan ‘persona’ nya. Karikatur peta perang ini menunjukkan keadaan yang berapa tidak baik di Eropah pada tahun 1870, tahun perang Franco-Prussia akan menyebabkan Empayar Jerman bersatu dan Perancis akan dimalukan. Ada yang menyebut ianya dari tiga Perang Saudara Eropah, dua yang lain adalah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Mesin Fotokopi (Photostat) Pertama Di Dunia
1
Seorang peguam bernama Chester Carlson menemukan proses yang disebut ‘fotografi elektrik’ pada bulan Oktober 1937 yang kemudian berganti nama menjadi ‘xerografi’ pada tahun 1938. The “10-22-38 Astoria” adalah mesin fotokopi pertama yang diketahui. Xerografi dari penyalinan proses itu menjadi salah satu penemuan paling terkenal dari abad ke-20. Carlson menjadi kaya raya dari penemuan tersebut dan mencipta sebuah industri berjumlah bilion dollar dan mendapat pengiktirafan dunia. Dianggarkan bahawa Carlson menyerahkan hampir $100 juta pendapatan untuk amal dan yayasan sebelum kematiannya pada tahun 1968.

Televisyen Pertama Di Dunia
2
Orang yang bertanggungjawab membuat televisyen ialah John Logie Baird (13 Ogos 1888 – 14 Jun 1946) ialah merupakan seorang (engineer) jurutera berbangsa Scotland yang terkenal kerana mencipta sistem televisyen berfungsi yang pertama, dan juga siaran televisyen warna pertama elektronik sepenuhnya di dunia.

Lampu Isyarat Pertama Di Dunia
1Isyarat lalu lintas pertama kali dicipta pada tahun 1912 oleh anggota polis Detroit bernama Wire Lester yg menampilkan dua warna, lampu merah dan hijau dengan ‘buzzer’ untuk memberi amaran kepada pejalan kaki di hadapan peralihan yang akan berlaku.

Mesin Senapang Pertama Di Dunia
1
Richard Jordan Galling, Pencipta mesin senapang pertama di dunia (Galling Gun). Dalam dunia militer, senapan mesin Galling Gun dianggap sebagai pelopor senapang mesin pertama di dunia. Keganasan senjata pembunuh ini telah teruji pada saat perang saudara Amerika pada abad ke-18.

Hard Disk Pertama Di Dunia
RAMAC Engineering Prototype, IBM San Jose, 1956
Hard disk pertama yang dilancarkan IBM pada September 1956 dengan nama ‘305 RAMAC’. Kapasiti penyimpanan hard disk ini adalah sebesar 5 Mb dan merupakan komputer pertama dengan menggunakan hard disk drive. Berat hard disk tersebut lebih dari 1 ton.

Pembuat Komputer Pertama Di Dunia

1
Sir Harold Thomas Flower. Beliau adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.

Pesawat Terbang Pertama Di Dunia
2
Pencipta pesawat terbang yang pertama di dunia adalah Orville dan Wilbur Wright.
Pada 17 Disember 1903, Wright bersaudara membuat percubaan pertama yang berjaya di mana mesin (pesawat terbang) yang membawa seorang lelaki telah meningkat
oleh kuasanya sendiri telah terbang secara semula jadi dalam kelajuan tersebut serta mendarat tanpa kerosakan.

Pistol Air Pertama Di Dunia
1
Pistol jenis ini mula muncul pada akhir tahun 1800-an. Dengan bentuk yang tidak terlalu besar, ia seringkali disebut sebagai squeeze bulb kerana menggunakan beg dari getah untuk menampung dan memancutkan air.

Permainan Video Games Pertama Di Dunia – Brown Box
2
Dikenali sebagai kotak berwarna coklat (kotak perang) yang dicipta oleh Ralph Baer yang berasal dari Jerman tetapi menetap di America Syarikat pada tahun 1966.
Pada 1967, Ralph Baer dan rakan-rakan sekerjanya di syarikat Sanders Associates, Inc. membangunkan sebuah prototaip berkonsepkan permainan menggunakan televisyen,
integrasi dengan multiprogram sistem permainan video.

Pesawat Pengangkut Supersonik Pertama Di Dunia – TU-144
3
Jurutera dari Ukraine, Igor Sikorsky (1889-1972) dikreditkan sebagai pencipta helikopter pertama di dunia pada tahun 1909, tetapi ia lebih daripada 25 tahun sebelum mesin praktikal awal seperti VS-300 diterbangkan di dalam perbicaraan pra-perang.

Keyboard Pertama Di Dunia
3
Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1868 oleh Christopher Latham Sholes dan dipasarkan pada tahun 1877 oleh Perusahaan Remington.

Mesin Basuh Elektrik Pertama Di Dunia
3
Mesin basuh elektrik yang pertama muncul pada tahun 1901 apabila Alva John Fisher (1862-1947), seorang jurutera dari Amerika Syarikat yang menggunakan tong (drum) sebagai kuasa motor putaran yg meliputi air dan sabun didalamnya. Penggunaan mesin menjadi popular apabila elektrik menjadi perkhidmatan yang biasa digunakan dan dipatenkan pertama kali pada 1910.

Basikal Pertama Di Dunia
4
Kirkpatrick Macmillan (1813-1878) adalah seorang tukang besi dari Courthill Smithy, Keir dalam kawasan ‘Drumlanrig’ di ladang milik ‘Duke of Buccleuch’ di barat daya Scotland. Pada sekitar 1839 basikal ini dilengkapi pedal sehingga mencipta basikal pertama di dunia.

Sumber: CariGold, HarianBlogger