Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Penulis Saman Disney Kerana Dituduh Ciplak Kisah Hidupnya Frozen


Seorang wanita dari New Jersey, Isabella Tanikumi memfailkan saman terhadap pihak produksi terkenal Hollywood, Disney kerana mendakwa Disney telah menciplak kisah hidup sebenarnya menerusi filem box office, Frozen.


Menerusi saman tersebut Tanikumi menjelaskan Frozen 100 peratus meniru dua buah novel kisah hidupnya yang berjudul Living My Truth dan Yearning of the Heart.
Menurutnya lagi, semua karakter, jalan cerita, plot serta subplots yang terdapat dalam filem itu kesemuanya diciplak menerusi kedua-dua novel yang berlatarkan kisah sebenar kehidupannya sebelum ini.

Dalam tuntutan samannya, Isabella meminta  pihak Disney berhenti daripada menjalankan aktiviti jualan serta pemasaran Frozen dalam mana-mana media, selain menuntut bayaran ganti rugi sebanyak USD250 juta (RM814 juta) dan kos guaman.
Pihak Disney sehingga kini dilaporkan masih lagi belum memberikan sebarang penjelasan mahu pun jawapan balas berhubung isu itu. 

Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta?

Sebelum ini, bukan sahaja Kamal Adli malah Emma Maembong sendiri menafikan bahawa mereka kini sedang bercinta namun beberapa keping gambar yang kami terima hari ini bagaikan menjawab persoalan tersebut.

Kamal sendiri sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia turut bersimpati terhadap Emma kerana tidak henti-henti dicemuh peminat kerana rapat dengannya malah dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan – masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius – mengenai hubungan mereka.
Mungkin juga Kamal dan Emma sudah bersedia untuk membuka kisah baru di antara mereka sebab itu mereka tidak kisah untuk keluar berdua sedangkan mereka sendiri sedia maklum pasti akan ada mata memerhati. Apa pun, semoga hubungan yang terjalin bakal membawa bahagia kepada pasangan ini. (rtky/s)

Harith Iskander Utamakan Keluarga, Terima Rezeki Seadanya

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelima pada 13 Jun ini, Harith Iskander dan isterinya, Jezamine Lim, mahu berkongsi kegembiraan apabila mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Menurut Jezamine yang kini sedang hamil empat bulan setengah, mereka sememangnya teruja dan bersyukur dengan rezeki yang diberi lebih-lebih lagi sebelum ini, kandungannya mempunyai kompilasi.
“Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat. Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi”
“Sepatutnya kandungan saya kembar, namun tak jadi sebab ada masalah. Jadi, saya lebih berjaga-jaga untuk kandungan ini dan Harith pun sudah macam polis bila berada di rumah,” jelas Jezamine baru-baru ini.

Sementara itu, Harith menyatakan ketika ini dia meletakkan keluarga sebagai keutamaannya dan jika diberi pilihan sama ada kerja atau keluarga, dia memang akan memilih keluarga. Malah dia juga menerima dengan hati yang terbuka rezeki yang dilimpahkan kepada keluarganya. (rtky/s)

Eisya Toh Akui Tiada Langsung Niat Untuk Menunjuk

Tahniah kami ucapkan kepada pengacara Selamat Pagi 1Malaysia Iesya Toh yang selamat diijabkabul bersama suaminya, Mohd Huzairee Muhamad, seorang ahli perniagaan di dalam satu majlis yang mendapat penajaan mencecah RM5 juta.
Menurut laporan daripada Harian Metro, rantai yang digayakan ketika majlis akad nikah Eisya hari ini harganya menyamai kereta Ferrari manakala harga persalinan yang digunakan pada majlis itu mencecah RM300,000.
Menurutnya, secara keseluruhan majlis perkahwinan Iesya merangkumi majlis berinai, bersanding dan bertandang mendapat tajaan daripada 57 syarikat selain turut menerima insuran kesihatan dan simpanan bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinannya.
Dalam majlis pernikahan di Wisma Berita Angkasapuri, di sini, pagi tadi, Iesya menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000 beserta tujuh dulang hantaran manakala pihak Iesya membalas dengan sembilan dulang.

“Saya tidak minta semua itu. Apa yang diberikan adalah atas perbincangan bersama. Suami saya orangnya mudah. Kalau dia okay, saya pun okay. Tidak ada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.
Mereka dinikahkan Imam 1 Masjid An Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah berwakil walikan bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah dalam majlis yang diadakan di Wisma Berita Angkasapuri. Semntara itu, majlis persandingan akan diadakan di lokasi yang sama Ahad ini.
Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi bersama anda. Ringkas sahaja tetapi menarik. Enjoice!(rtky/s)

Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral?

Setiap kali drama terbaru muncul di kaca televisyen dan menjadi bualan ramai, pastinya ada soal kualiti dan moral yang dibangkitkan oleh sesetengah peminat dan drama terbaru Dia Isteri Luar Biasa tidak terkecuali dari menerima kritikan para penonton.
Peminat yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita dan mesej yang ingin ditonjolkan dalam drama tersebut telah meluahkan isu berkaitan moral melalui ruangan komen di Instagram penerbit popular Ziela Jalil dan maklum balas yang diterima agak menarik.
Ziela Jalil yang mungkin terkesan dengan komen yang diberikan peminat tersebut menyarankan supaya mereka yang tidak bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan supaya menonton program di stesen di televisyen lain kerana kini terdapat lebih banyak pilihan.
Peminat Dakwa Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral? - ROTIKAYA

Komen balas Ziela Jalil itu bagaimana pun menerima reaksi kurang senang para peminat yang lain dan menyifatkan tindakan penerbit itu sebagai tidak professional dalam menerima kritikan para penonton yang menjadi tulang belakang kejayaan sesebuah drama itu. 

Mia Ahmad Terpaksa Mengaku Bercinta Dengan Syarul Demi Penuhi Permintaan Peminat

Kadang-kala penangan drama ini memang hebat sehingga Mia Ahmad mengakui dia terpaksa mengaku bercinta dengan Syarul kerana memang itu apa yang peminat dan juga orang ramai mahu dengar daripada Mia sendiri.
“Saya terpaksa mengaku selepas ditanya Kak Sheila. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan bukan perkara serius. Saya memang tidak tahu Syarul ada teman wanita atau tidak. Lagipun dia tidak pernah kongsikan hal peribadi dengan saya”



“Apa yang saya tahu, dia selesa berkawan dengan saya. Dalam hidup saya, tidak ada istilah cinta. Saya hanya akan berkongsi soal hubungan jika mahu berkahwin kelak,” katanya kepadaHarian Metro ketika menjelaskan sebab dia mengakui bercinta di dalam rancangan memasak oleh Sheila Rusly.
Apa-apa pun pasti peminat di luar sana gembira jika perkara ini benar-benar terjadi. Jika di dalam drama sahaja pun sudah terasa sweet apatah lagi jika berlaku di alam realiti. (rtky/s)