Showing posts with label undang-undang. Show all posts
Showing posts with label undang-undang. Show all posts

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.

Sukar Nak Percaya Ini Hanya Latihan UTK Bukit Aman. Memang Real!

Kami sangat terpegun menatap gambar-gambar ini yang dikongsikan di Facebook page Polis Diraja Malaysia. Melihat disiplin tinggi anggota, senjata, kenderaan dan gerak kerja pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman yang teratur, kemas dan gagah adalah sangat mempesonakan, dan dalam masa yang sama, sedikit menakutkan.
Kelihatan seperti satu operasi sebenar, ini sebenarnya adalah latihan bersepadu di antara 200 orang pegawai dan anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bersama-sama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta. Diadakan pada 4 pagi 16 Ogos 2015 di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), KLIA, misi latihan ini adalah untuk membebaskan seramai 190 orang yang telah dijadikan tebusan dalam sebuah kapal terbang Airbus A330 milik AirAsia.
Memang sukar nak percaya ini hanyalah satu latihan!
Anggota Unit Tindak Khas siap siaga untuk Latihan Ex-Rampas
Taklimat oleh Pegawai UTK.
Mendengar taklimat dengan teliti.
Kemas dengan peralatan penuh.
Kenderaan Khas – Rapid Intervention Vehicle (RIV).
Handalan.
Pasulan UTK di atas kenderaan Rapid Intervention Vehicle.
Pasulan UTK di atas kenderaan Rapid Intervention Vehicle.
Siap siaga.
Kemas.
Bergerak ke ‘Hanger Air Asia’ di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).
Pesawat Airbus A330 yang telah dirampas.
Serbuan oleh UTK untuk membebaskan penumpang.







Kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC).
Serbuan oleh UTK untuk membebaskan penumpang.

Antara penumpang yang diselamatkan.
Pemeriksaan terhadap penumpang, kemungkinan ada perampas yang menyamar sebagai penumpang.

Hukum Talak Melalui SMS


Soalan;

Saya ingin tahu mengenai lafaz talak. Baru-baru ini, saya dan suami bertengkar hampir seminggu dan kami tidak bertemu sehingga saya menetap di rumah ibu.

Pada hari terakhir kami bertengkar, suami ada berkata: “Kalau nak bercerai, OK cerai la.” Ia dibuat melalui SMS dan mengatakan selesai semua. 

Pada malam itu, suami datang dan menyatakan lafaz berkenaan tidak sah. Kami berbaik semula dan bersama. 

Adakah betul lafaz itu tidak sah? Jika ia sah, perlukah kami ke pejabat agama atau mahkamah untuk rujuk semula?

Jika keadaan itu berulang lagi, adakah dikira sebagai talak yang kedua dan seterusnya talak yang ketiga? Mohon penjelasan Dr.


Niela 
Kuala Lumpur
 

Hukum talak melalui SMS sah dan jatuh talak apabila berlaku dengan syarat tertentu. Begitu juga sah untuk rujuk kembali melalui SMS dan cara lain apabila menepati syaratnya. 

Dalam menentukan kesahihan SMS yang dihantar perlu memenuhi rukun talak, iaitu (1) suami, (2) lafaz yang digunakan, (3) diqasadkan atau diniatkan kepada siapa talak itu, (4) isteri; dan (5) talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami. 

Pada pandangan saya mesej melalui SMS ‘kalau nak bercerai, OK cerai la’ ada menunjukkan kepada tulisan yang berbentuk lafaz perceraian. 

Apa yang perlu diketahui ialah SMS itu datang daripada suami sendiri, mesej ditulis sendiri, suami meniatkan cerai kepada isteri, yang diceraikan ialah isteri dan ia dalam kekuasaan suami iaitu bukan dipaksa atau terpaksa. 

Apabila suami menafikan mesej itu dan mengatakan ia tidak sah, ia perlu dinilai berdasarkan syarat di atas. Suami perlu jujur dengan dirinya sendiri kerana hanya beliau yang benar-benar mengetahui kedudukan sebenar. 

Dalam menentukan sah atau tidak sesuatu talak, mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa yang sebenar. Sekiranya diterima sebagai sah, maka sah perceraian dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, ia juga boleh ditentukan dengan pengakuan suami dan suami perlu juga bersumpah. Seterusnya, rujuk berlaku apabila anda berdua berbaik semula dan bersama. 

Memandangkan puan mengatakan lafaz talak seperti di atas ada kemungkinan berulang, bilangan talak juga dikira dengan pengulangan berkenaan. 

Apabila berlaku sebanyak tiga kali, perceraian dikira ba’in dan untuk rujuk lagi secara biasa tidak dibolehkan lagi. 

Dalam hal ini mahkamah syariah adalah tempat rujukan bagi masalah anda berdua. 

Nasihat saya supaya anda berdua menjaga kedamaian rumah tangga sebaik mungkin agar perceraian tidak terjadi. 

Perceraian sepatutnya tidak dibuat mainan dalam kehidupan berumah tangga.

Hukum Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh

Pil-haid

Soalan : Saya ada kemusykilan. Saya lihat ramai wanita di Malaysia yang ambil ubat penahan haid untuk berpuasa penuh. Jadi saya nak tanya, apa hukum mengambil ubat penahan haid untuk puasa penuh ye?



Imam Ahmad berkata:
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali(tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam.. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama-ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid..
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:

هذه المرأة وأمثالها أن تفعل ذلك في رمضان أو في رحلة الحج‏،‏ لكنها لا تكلف ولا تلزم بذلك

“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Sebahagian Ulama berpandangan harus mengambil ubat penahan haid jika dalam masyaqah(kepayahan)atau darurah sahaja seperti wanita dalam haji tapi jika sebaliknya seperti untuk berpuasa ia tidak harus.
Ulama bersepakat wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa dan wajib menggantikannya berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

كنا نحيض على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فنؤمر بقضاء الصوم، ولا نؤمر بقضاء الصلاة

“ Dulu kami berhaid dizaman Rasulullah saw,kami disuruh untuk ganti puasa dan tidak disuruh ganti solat”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)
Ulama juga bersepakat haram menggunakan ubat penahan haid sekiranya ia memberi kemudaratan pada tubuh.Ini berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.”
Segelintir Ulama seperti Syeikh soleh Usaimin pula melarang pengambilan ubat penahan haid..Hendaklah dibiarkan sahaja ketetapan Allah tersebut tanpa perlu menahannya..
Secara peribadi saya cenderung kepada pendapat imam al Qaradhawi dan syeikh Wahbah az zuhaili yang membenarkan(harus) penggunaan ubat penahan haid namun pada saya sebaik-baiknya wanita redho dengan ketetapan Allah..Biarkan sahaja fitrah itu berlaku..
Saya biasa mendengar ada wanita yang kitaran haidnya sudah tidak lagi teratur seperti kebiasaanya setelah mengambil pil penahan haid.Bila darah yang sepatutnya keluar pada waktunya tidak juga keluar dan bila darah yang tidak sepatutnya keluar pada bukan waktunya maka ini akan membingungkan wanita tersebut.

Lelaki Menyamar Inspektor Polis Untuk Pikat Wanita Sebelum Ugut Sebar Video Intim

2
Gambar sekadar hiasan
GEORGE TOWN: Helah seorang lelaki yang menyamar sebagai Inspektor Polis untuk memikat dan memperdaya wanita berakhir apabila dia ditahan di rumahnya di Tingkat Paya Terubong di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini suspek berusia 25 tahun itu dikesan menipu sekurang-kurangnya lima wanita melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM20,000.

“Namun kegiatannya terbongkar apabila seorang daripada mangsanya membuat laporan mendakwa suspek mengugut mahu menyebar gambar aksi seks mereka baru-baru ini dengan meminta sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan pukul 6.05 petang itu, polis merampas sepasang pakaian seragam polis, tali pinggang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pistol mainan, walkie talkie, empat surat pajak gadai dan sekeping kad keahlian Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Katanya siasatan mendapati suspek menyamar sebagai seorang Inspektor yang kononnya bertugas di Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang dan mempunyai perwatakan menarik serta bijak menabur janji manis untuk menjerat mangsanya. -Bernama