SubhanALLAH tergamak manusia sekarang ni tingkah laku tidak ubah seperti BINATANG!!! Sebelum ini kita lihat banyak kes buang bayi sejak akhir-akhir ini.
Kali ini Kes buang bayi di tandas BHP Pasir Besar N9. Katanya berlaku petang tadi. Bayi yang tidak diketahui jantina ini meninggal semasa dihantar ke sebuah klinik di Pasir Besar. Punca kematian akibat lemas.
Dimanakah sifat seorang manusia atau ibu yang sanggup buang bayi yang tidak berdosa. malah sanggup membunuh. Difahamkan mengikut keterangan pekerja stesen minyak BHP Bayi ini dijumpai di dalam tangki air pam tandas BHP Pasir Besar N9.
Semasa awal penemuan bayi ini, degupan jantungnya masih dapat dirasai. Tetapi ketika dalam perjalanan ke klinik bayi ini telah meninggal dunia
Bila difikirkan kembali semasa bayi ini dilahirkan bayi ini dalam keadaan baik dengan erti kata masih bernyawa. Tetapi tindakan BODOH ibu yang melahirkan bayi ini meletakkan bayi ini di dalam tangki air pam tandas. Justeru itu bayi ini akan lemas disebabkan air yang sememangnya ada di dalam tangki tandas untuk tujuan mengepam.
xde otak mk dia ni bodoh punye syaitan...klau xnk jaga bgi la org heishhh xpe dosa tu x kemana..nnti kt akhirat pandai la ko jwab ye..
Takkan Baca je? Comment La Sikit..