Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia

Resipi mudah buat pizza tanpa perlu menguli doh ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Roazura Bahari. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis.

Haluu ampaa semua.

Ni lah resepi yang kami nak kongsikan pada ampa semua cara-cara nak buat pizza tanpa perlu menguli roti. Maaf la naa pasai lambat.
Okey inilah cara-caranya ampa semua.
A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti. Pehtu ampa sapu roti tu dengan tomato puri.
B) Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
C&D) Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala bukan orang bangla, kepingan ayam dadu atau ikut suka ampa laa nak letak apa ikut selera dan bajet ampa semua. Tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali ampa taburkan mozarela cheese (bahan hak ni yang paling mahai sekali) untuk mendapatkan cheese yang bertali apabila di makan nanti.
E) Ampa bakaq pizza ampa dalam oven lebih kurang 15 minit. Time ni memang best sebab satu rumah bau pizza.
F) Dah masak ampa potong la pizza tersebut ikut suka.

SUMBER



Takkan Baca je? Comment La Sikit..