Menjelang Aidilfitri, Che Ta telah mengakui telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan selain turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana.
“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.
Tambah pelakon jelita ini lagi, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut lebih-lebih lagi ia merupaka tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
“Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama,” katanya kepada mStar Online.(rtky/s)
Takkan Baca je? Comment La Sikit..