Menyebut nama pemain bola sepak dalam perbualan harian mungkin kelihatan aneh. Lagi-lagi jika anda berada jauh di perantauan dan berkhidmat sebagai jurutera pertanian di Nigeria.
Tetapi tidak bagi lelaki ini yang dibebaskan dari sindiket culik Nigeria selepas menyebut nama Messi.
Seorang jurutera warganegara Argentina, Santiago Lopez Menendez menceritakan kisah bagaimana beliau terselamat daripada sindiket culik di Nigeria hanya selepas beliau sebut nama Messi.
Jurutera berumur 28 tahun (berdiri tengah dalam gambar di bawah) berkhidmat untuk syarikat Four Mill di Nigeria yang membantu penduduk tempatan menanam soya dan jagung.
Santiago telah diculik oleh sindiket yang lengkap bersenjata dan telah ditahan selama tiga hari tanpa diberi sebarang makan dan dipukul dengan teruk. Santiago percaya yang beliau dilayan dengan teruk kerana penculik menyangka beliau merupakan warga Amerika.
Tambah malang lagi, penculik Santiago tidak faham bahasa Inggeris. Santiago berkali-kali cuba memberitahu yang dia bukan warga Amerika tetapi tidak diendahkan sehinggalah Santiago menyebut nama Messi.
Ajaibnya, selepas Santiago menyebut nama Messi, penculik terbabit telah berhenti memukulnya dan Santiago mendapat layanan yang lebih baik.
Syarikat Four Mill telah membayar pampasan untuk membebaskan Santiago. Santiago sekarang selamat berada di kedutaan Argentina.
Ini ayat Santiago semasa ditemubual oleh wartawan:
Thank you Messi, mentioning your name saved my life
Nasib baiklah Messi ada peminat dekat Nigeria, kalau tak mungkin nasib Santiago tak sebaik ini.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..