Syukur, Keluarga Miskin Jadi Viral Baru-Baru Ini Terima Bantuan Mencurah-Curah


Masih ingatkah anda kisah sebuah keluarga yang pernah SK poskan sebelum ini? Kisah sebuah keluarga di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini, Skudai, Johor yang hidup serba kekurangan di mana hanya bapa yang merupakan seorang mualaf bekerja menyara tujuh anak mereka.

Difahamkan, enam dari tujuh anaknya pasangan terbabit tidak mempunyai sijil kelahiran.
 
Kerana kesempitan wang, salah seorang daripada anak mereka iaitu Alia Maisara, 2, terpaksa dihantar ke kampung dan dijaga oleh ibu Safinah.

Manakala anak kelima, Danish Aqasha, 3, meninggal dunia akibat sawan demam panas ketika berusia 11 bulan.

Selepas penyebaran kisah ini menjadi viral, alhamdulillah di mana SK dapat tahu bantuan kepada keluarga ini diterima mencurah-curah.

Rumah yang dulu serba serbi kurang dan usang kini sudah berubah seperti baru. Kisah ini mendapat perhatian sebuah NGO tempatan iaitu Nusajaya Care yang dilihat banyak memainkan peranan selain ahli politik setempat dan orang ramai.


Selepas menerima maklumat tentang keluarga ini, wakil dari Nusajaya Care telah menghantar wakil dan membantu keluarga berkenaan.

Yang terbaru SK dapat tahu, mereka telah membantu mengubahsuai rumah kelaurga ini dari usang nampak seperti baru hasil kutipan wang orang ramai.




Memetik laporan Sinar Harian pula, Safina yang merupakan ibu kepada anak-anak ini menzahirkan rasa syukur dan berterima ksih atas keprihatinan orang ramai yang sudi membantu keluarganya.

Menceritakan tentang hidup mereka, sebelum tinggal di rumah berkenaan mereka sebelum ini telah tinggal di sebuah surau lama di Taman Pulai Indah tidak jauh dari kediaman sekarang.

“Dengan pendapatan sumai hanya sekirtar Rm1,300 sebagai pembantu bengkel, kehidupan kami amat sukar, sebelum ini hanya tinggal di surau selama setahun lebih dan baru berpindah ke sini sejak setahun lalu dengan bayaran sewa RM350,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak tahu ada individu yang berkongsikan kisah dan gambar tentang kelaurganya di media sosial sehinggga dia mendapat panggilan bertalu-talu.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut datang dan berjanji membantu kami menguruskan permohonan mendapatkan surat beranak untu anak-anak.

“Saya sudah beberapa kali berusaha mendapatkan surat beranak untuk mereka tetapi sehingga kini anak sulung yang berusia lapan tahun dan adiknya tujuh tahun tidak dapat ke sekolah kerana tidak mempunyai surat beranak,” katanya.

Katanya, kesusahan keluarga terbabit juga akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam bagi mendapatkan bantuan sewajarnya. 



Takkan Baca je? Comment La Sikit..