KISAH KAPAL TITANIC KARAM YANG MENYERAMKAN


Sebut sahaja kapal Titanic sudah tentu kita akan membayangkan sebuah kapal gergasi yang boleh dianggap cukup gah pada masa dahulu. Kapal yang tidak terfikir bahawa boleh karam di lautan dalam masa beberapa jam sahaja.
Insiden pelanggaran bongkah ais menjadikan perisitwa hitam ini menghantui segelintir daripada mangsa yang terselamat dari insiden ini. Apakah kisah yang menyeramkan ini? Jom kita ikuti kisah seram kapal Titanic di bawah ini.
Titanic merupakan kapal pesiar termewah di tahun 1912 yang masih dikenang hingga ke saat ini. Sebagai kapal pesiar mewah, hanya orang kaya yang boleh menikmati pelayaran pertama Titanic. Dikhabarkan sebagai kapal yang tidak akan pernah tenggelam, nyatanya Titanic tenggelam pada pelayaran pertamanya tanggal 15 April 1912.
Sejarah Kapal Titanic
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang milik White Star Line, dibangun di galangan kapal Harland and Wolff di Belfast, Irlandia Utara, dibina untuk menyaingi Lusitania  dan Mauretania  milik Cunard Line. Titanic, bersama kapal saudara kembarnya Olympic yang akan dibuat Britannic (pada awalnya dinamakan Gigantic, bertujuan menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibuat. Pembuatan RMS Titanic, dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan  dan perusahaannya International Mercantile Marine Co., dimulai pada 31 Maret 1909. Badan kapal Titanic selesai dibina pada 31 Mei 1911, dan perlengkapan dalam dibina pada 31 Maret tahun berikutnya. Titanic sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, berat mati 46.328 ton, dan ketinggian dari permukaan air  ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki).
Pada waktu itu, fasiliti dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan fasiliti kolam renang, ruang olahraga, pemandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Ruang kelas utama dihiasi seluruhnya dengan panel kayu, perabotan mewah dan perhiasan yang indah lainnya. Ia menawarkan tiga lift untuk digunakan penumpang kelas utama dan, satu inovasi pada waktu itu, satu lift bagi penumpang kelas dua.
Sebahagian dari orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas utama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isidor Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret “Molly” Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan istrinya Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden Amerika Serikat Archibald Butt; pengarang dan tokoh masyarakat Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rekan mereka, editor Broadway Henry dan Irene Harris; aktris film bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Ikut bersama di kelas utama lainnya adalah editor urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang merencanakan pembuatan Titanic dan pembuat kapal Thomas Andrews, yang turut bersama untuk memantau semua masalah dan menilai kerja keseluruhan kapal baru tersebut.
Tragedi tenggelamnya Titanic karena melanggar gunung ais menjadi salah satu bencana kapal pesiar paling parah. Sebanyak 1.500 penumpang meninggal dunia dan banyak yang tidak diketahui khabarnya. Tenggelamnya Titanic menyebabkan munculnya berbagai cerita mistik yang menyeramkan.
1. Hantu di Rumah Mayat
Setelah Titanic tenggelam, pasukan penyelamat menemukan ratusan mayat yang terkorban . Ratusan mayat itu dibawa ke rumah mayat Snow & Co di Halifax, Nova Scotia.
Tahun demi tahun berlalu, rumah mayat tersebut beralih fungsi menjadi restoran Five Fisherman. Di situ, sering berlakunya peristiwa aneh seperti gelas melayang atau peralatan makanan yang terjatuh sendiri ke lantai.
2. Penampakan di Pameran Benda ‘Peninggalan’ Titanic
Beberapa bahagian Titanic yang tenggelam di dasar laut sudah diangkat. Benda-benda yang tersisa masih ada yang utuh walaupun tenggelam puluhan tahun.
Benda-benda tersebut dipamerkan dalam sebuah pameran dan muzium.
Pada tahun 2008, diadakan pameran barang-barang peninggalan Titanic yang sudah diangkat.
Yang menyeramkan, beberapa pengunjung pameran dan pegawai melaporkan adanya penampakan aneh di sekitar bilik yang memaparkan benda-benda dari Titanic.
Seorang paranormal mengatakan bahawa penglihatan aneh tersebut adalah korban Titanic yang telah mati.
3. Mangsa Korban Yang Menaiki Bot
Pada tahun 1990, Jaime Rodriguez warga San Francisco mengatakan bahawa dirinya diikuti hantu. Setelah diselidiki, ternyata pangsapuri yang diduduki Jaime adalah bekas pangsapuri penumpang yang selamat dari tragedi Titanic, Dr Henry Washington Dodge.
Pada masa tragedi tenggelamnya Titanic, Dr Henry naik ke bot yang sebenarnya khusus untuk penumpang wanita dan anak-anak. Walaupun dirinya selamat, dia mendapat caci maki atas sikapnya yang tidak gentlemen. Kerana mengalami  tekanan, Dr Hendry bunuh diri di apartmennya pada tahun 1919.
4. Hantu Orang Kaya Yang Baik Hati
Ingat dengan sosok wanita kaya baik hati dalam filem Titanic iaitu Molly Brown dan keluarga.Khabarnya, sosok tersebut memang ada. Orang kaya baik hati tersebut bernama Margaret “Molly” Brown. Sama seperti dalam filem, wanita tersebut selamat, termasuk suaminya. Namun yang aneh, rumah mereka di Denver, Amerika Syarikat menjadi salah satu rumah berhantu. Beberapa orang melaporkan penampakan Molly dan suaminya berada di sekitar rumah.
5. Rumah Kapten Kapal

Kapten kapal Titanic, Edward John Smith tidak lepas dari cerita menyeramkan.  Rumah kapten kapal dikhabarkan sering dihantui dan mengalami rentetan peristiwa aneh. Rumah tersebut mengalami banjir yang entah datang dari mana, udara sejuk tiba-tiba menyerang dan beberapa penampakan sering terlihat di sana.Benar atau tidak hal misteri tersebut terjadi kerana tragedi Titanic, belum diselesaikan.
Sumber: i-malaysiakini



Takkan Baca je? Comment La Sikit..