AGENSI berita AFP hari ini melaporkan Thailand mendakwa imej satelit mereka menunjukkan kira-kira 300 objek terapung di sekitar lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
Perkembangan terbaru ini pastinya akan membawa Thailand kini menjadi tumpuan media dunia yang kesemuanya masih diselubungi teka-teki berkenaan di mana lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Bagaimanapun, sehingga kini status imej itu samaada sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Pusat Penyelarasan Operasi Menyelamat Australia di Perth masih belum lagi dapat dipastikan.
Laporan berkenaan diketahui kebanyakan media melalui tweet AFP yang disebarkan menerusi twitter rasmi agensi berita itu hari ini.
Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini akan berlangsung seperti biasa pada pukul 5.30 petang
Ia berkemungkinan akan menyebutkan mengenai perkembangan terbaru ini berkenaan imej yang dikatakan dikesan oleh Thailand berkenaan. – MYNEWSHUB.MY
Takkan Baca je? Comment La Sikit..