KANTOI. Itulah perkataan yang sesuai untuk lelaki ini apabila isterinya dapat menghidu kecurangannya dengan seorang wanita yang jauh lebih muda.
Video yang dirakamkan di dalam sebuah bas di Singapura ini menyaksikan si isteri memarahi suaminya yang lebih banyak berdiam diri kerana malu.
Antara ayat-ayat yang kedengaran dari mulut wanita itu kepada suaminya ialah:
“Eh, anak kat rumah dah banyak kau nak buat macam ni? Tak tau malu ke apa?”
Agak melucukan apabila wanita itu memberitahu kekasih suaminya bahawa lelaki itu tidak mempunyai wang sebelum mereka bertiga turun dari bas tersebut bersama-sama.
Rasa-rasanya, apa yang akan berlaku selepas itu? Anda fikirkan sendiri.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..