KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.
Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur.
Pesawat MH192 mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas tayarnya terbakar sewaktu berlepas.
Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.
Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam.
Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .
Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. - ASTRO AWANI
Serpihan tayar pesawat MH192 ditemui di landasan
Hishamuddin dengan Kapten Pesawat MH192
Hishamuddin bertemu dengan penumpang MH192
Takkan Baca je? Comment La Sikit..