Beberapa bulan yang lepas, salah satu permainan popular telah dikongsikan di laman sosial, iaitu Guess The Emoji. Kini, variasi permainan tersebut berbahasa Malaysia hadir daripada pembangun tempatan, dan sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna Android seluruh dunia.
Melalui permainan yang dinamakan sebagai “Apo Bondo Eh Ni?”, ia memaparkan beberapa gambar berbentuk emoji, dan pengguna diperlukan untuk meneka perkataan yang bersesuaian dengannya.
Untuk memainkannya, pengguna hanya memerlukan peranti yang menjalankan Android 2.2 dan terkini. Permainan ini turut hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi – dimana sekiranya pengguna mengalami kebuntuan, dan tidak ingin bertanya melalui saluran sosial, mereka boleh membeli syiling maya untuk digunakan di permainan tersebut.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan “Apo Bondo Eh Ni?” dari Google Play Store hari ini.
Sumber : Amanz
Sumber : Amanz
Muat-Turun Apo Bondo Eh Ni untuk Android
Stuck kat level gmba diamond ngn tepuk tu...
jawapannya habib jewels
Yang gambar orng berbasikal tu ape jwpannye? Stuck kat situ
Yg basikal tu garisan penamat
Yg gmbr org , tukul , pintu tu ape jwapannyer ?
Myra : tukang kayu
Gmbar bulat warna putih hitam tu ape
Gmbar bulat warna putih hitam tu ape
gambar nasi kepal ngan api
Takkan Baca je? Comment La Sikit..