Di Venezuela Terdapat Perkampungan Setinggan Paling Tinggi Di Dunia

Sebuah menara yang di Venezuela menjadi rumah bagi 3000 orang. Konon inilah perkampungan setinggan tertinggi di dunia.

Di Venezuela siapa yang tak kenal dengan Menara David, sebuah bangunan setinggi 45 tingkat itu pada awalnya dibina sebagai bangunan pusat perniagaan yang megah di Caracas. Bangunan milik konglomerat David Brillembourg itu sepatutnya menjadi bangunan pencakar langit tertinggi ke tiga di Venezuela selepas menara kembar Parque Central Complex, namun kini bangunan yang belum selesai pembangunannya itu berubah, setelah kematian David Brillembourgh pembangunan bangunan itu terhenti.

Krisis ekonomi yang memberi kesan pada krisis kewangan syarikat juga membuat pembangunan bangunan itu terhenti. Namun bukan bermakna Menara David dibiarkan kosong melompong, satu per satu penduduk miskin di Caracas datang memanfaatkan kewujudan bangunan ini. Mereka menjadikan Menara David sebagai tempat tinggal yang selesa dengan pemandangan yang luar biasa.


Sejumlah ruang dibina layaknya sebuah apartmen, penduduk beranak pinak di tempat itu. Dari 45 tingkat, mereka hanya mampu menduduki hingga tingkat 28. Pada tingkat 1 hingga 10 penduduk masih boleh menggunakan kenderaan roda dua seperti basikal atau motor, untuk sampai tingkat tingkat seterusnya, penduduk terpaksa menggunakan anak tangga kekal untuk menuju tempat tinggalnya. Sejak tahun 2007 penduduk miskin tinggal di tempat ini, di setiap tingkatnya beberapa orang dilantik sebagai ketua yang bekerja sama secara koperasi menyediakan pelbagai kemudahan penduduk Menara David. Elektrik dan air diuruskan secara badan bukan kerajaan dan gotong royong.

Bagi penduduk miskin di Caracas, Menara David ibarat hotel lima bintang, dalam bangunan ini terdapat tempat pendaratan helikopter dan sebuah ruang luas untuk dijadikan taman tempat penduduk berpesta dan menikmati keindahan langit petang Caracas.















Takkan Baca je? Comment La Sikit..