Dua Orang Guru Ini Mengelilingi Dunia Menggunakan Tuk-Tuk



















Ramai pengembara yang telah melakukan perjalanan mengelilingi dunia. Namun mungkin inilah kali petama ada orang yang mengelilingi dunia dengan menggunakan Tuk-tuk.

Aksi itu dilakukan oleh sepasang guru dari British, Nick Gough dan Ricjard Sears. Selain mengembara, kedua orang itu juga dalam usaha untuk menggalakkan pendidikan di negara-negara yang dikunjunginya.

Gough dan Sears telah melawat 27 negara. Keduanya pun mempunyai banyak cerita tentang cabaran yang mereka hadapi selama melakukan perjalanan.

Di Tanzania, kedua orang cikgu itu terpaksa melakukan perjalanan di atas jalan-jalan yang dipenuhi lumpur. Keadaan itu membuat Tuk-tuk yang mereka gunakan bergerak sangat perlahan.

Keadaan jalan yang buruk bukan satu-satunya masalah yang perlu mereka hadapi. Di Uganda misalnya, Tuk-tuk mereka hampir hancur kerana diserang oleh seekor gajah.

Kini kedua guru itu sedang dalam perjalanan menuju India. Setelah mengelilingi Asia, mereka akan meneruskan pengembaraan mereka ke Benua Amerika. 












Takkan Baca je? Comment La Sikit..