GAMBAR LELAKI 23 TAHUN MAUT DITETAK OLEH 4 SAMSENG DADAH DI JINJANG

Kredit foto Daily Traffic Report

Maklumat awal, terdapat kes pergaduhan di antara dua kumpulan India masing-masing dari Rumah Panjang Awam dan PPR Beringin.

Kejadian yang berlaku pada jam 2 petang di Blok A PPR Beringin, Jinjang itu menyebabkan seorang lelaki cedera parah selepas ditetak dalam sebuah kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran WEB 1476.

Mangsa yang bernama Sathaya Devan A/ L Ramanathan berumur 23 tahun itu cedera di kepala, kaki dan tangan dan telah dibawa Hospital Selayang untuk menerima rawatan namun meninggal dunia ketika sedang dirawat.

Siasatan awal polis mempercayai mangsa telah diserang oleh empat orang lelaki India yang dikenali yang disyaki bermotifkan isu pengedaran dadah. Usaha sedang dijalankan untuk mengesan empat saspek tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. SUMBER



Takkan Baca je? Comment La Sikit..