Kasih Sayang Ayah Yang Tiada Tandingan


Quanzhou – Demi kasih kepada anaknya, seorang ayah sanggup berkorban diri sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun.
Dia bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori merempuh motosikal yang mereka naiki.
Meskipun tayar lori itu telah melanggar kakinya, dia berkorban menahan kesakitan dan menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan.
Namun selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.
Imej menghayat hati itu dirakamkan berlaku hanya beberapa saat.
Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudah meninggal dunia manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan kejadian berkenaan.
Pemandu lori itu pula melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kematian tersebut.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..