Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya Di Dunia Di Bina Di Lereng Gunung

Sebuah landasan kapal terbang yang terletak di Lukla, Nepal menjadi salah satu landasan kapal terbang yang paling berbahaya di dunia. Walaupun landasan kapal terbang Tenzing Hillary paling berbahaya, tetapi landasan kapal terbang ini juga merupakan lapangan terbang paling sibuk di Nepal. 

Lukla adalah pintu gerbang ke Himalaya, sehinggakan landasan kapal terbang Tenzing Hillary sangat berbahaya tidak melunturkan niat para pendaki gunung yang cuba menakluki gunung tertinggi di dunia tersebut. 

Landasan kapal terbang ini berada dikawasan pemukiman penduduk dan dibina dari sisi gunung. Landasan kapal terbang Tenzing Hillary ini dibina oleh Sir Edmund Hillary pada 1965 lalu, selepas dia menjadi orang pertama yang menakluk Gunung Everest.

salah satu lapangan terbang tersibuk di Nepal ini telah banyak jiwa yang terkorban, seperti yang terjadi kepada pesawat Royal Nepal Airlines DHC-6 yang jatuh pada 1973 dan 1991. 

Kemudian pesawat Yeti Airlines Twin Otter jatuh dan mengorbankan tiga anak kapalnya pada 2004. Namun, kemalangan terburuk yang pernah berlaku pada Oktober 2008 ketika Syarikat Twin Otter mendarat dalam cuaca berkabus dan terbakar, sehingga mengorbankan 18 penumpang. 






Takkan Baca je? Comment La Sikit..