Sah! David Moyes DIPECAT Dari Jawatan Pengurus Manchester United


LONDON – David Moyes akhirnya dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Alex Ferguson.
Pengumuman mengenai pemecatan Moyes dibuat menerusi saluran sosial Twitter United oleh pihak kelab pada Selasa.
“Manchester United mengumumkan bahawa David moyes telah meninggalkan kelab.
“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepadanya kerana telah berkerja keras, jujur serta amanah dalam menjalankan tugas,” jelas United.
Berita mengenai pemecatan Moyes hadir sehari selepas laporan media British melaporkan mengenai penguguran jurulatih yang berasal dari Scotland itu.
Semasa mengendalikan United pada musim ini, jurulatih berusia 50 tahun itu hanya mampu meletakkan United di kedudukan ketujuh carta Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan terakhir, pasukan kendalian Moyes dikecewakan Everton 2-0 dan kekalahan itu menyebabkan United terpaksa melupakan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun depan.
Bekas pemain United yang merupakan penolong jurulatih ketika ini iaitu Ryan Giggs dan Nicky Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan itu yang akan menentang Norwich City pada Sabtu ini.
Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..