SEGERA: Bas Dua Tingkat Masuk Gaung Dekat Felda Chini, Seorang Dah Disahkan Maut


PEKAN – Seorang pelancong dilaporkan maut apabila sebuah bas persiaran dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura terbabas ke dalam gaung berhampiran Ladang Sungai Jernih, berhampiran simpang FELDA Chini, dekat sini, jam 4.30 petang tadi.
Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..