Sebagai seorang pesara, ramai yang mencari hobi khusus di hari tuanya. Ada yang bekerja lagi dan ada juga yang lebih memilih untuk mencari kegiatan yang lebih santai.
Namun Nenek Ruan Tang, seorang pesara di China, ini mempunyai hobi' yang membuatnya asyik sendiri. Dan mungkin anda akan hairan dengan apa yang dilakukannya. Setiap hari, nenek ini membawa sebuah raket. Tapi bukan raket badminton.
Raket ini digunakan untuk menepuk dan menghapuskan lalat. Kelihatan remeh? Tidak lagi kalau anda tahu bahawa dalam sehari, Nenek Ruan Tang menghapuskan hingga 1000 ekor lalat. Dan apa yang dilakukannya ini sudah berlaku selama 14 tahun.
Wanita yang berasal dari Kota Hangzhou, Timur China ini sudah berusia 80 tahun. Namun ia sangat pantas untuk mencari lalat atau serangga lain yang menjadi sasarannya. Sekurang-kurangnya memerlukan 8 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk membasmi serangga-serangga itu.
Boleh dikatakan ini adalah hobi, terapi masa tua dan pekerjaan yang ia lakukan. Walaupun pekerjaan ini hanya menghasilkan kesenangan dan kepuasan di hatinya saja. "Aku memutuskan untuk menghapuskan lalat kerana ini akan sangat bermanfaat. Sekarang aku melakukannya setiap hari.
Sebuah media di China memujinya atas ketekunan dan dedikasi untuk melakukan hal yang remeh setiap hari dan sungguh-sungguh. Mereka juga mengatakan bahawa Nenek Ruan Tang menggunakan kaedah membasmi lalat yang mesra alam.
Hobi yang unik di masa tua Nenek Ruan Tang. Walaupun hanya dengan menghapuskan lalat saja, ia boleh jadi terkenal dan ditonjolkan media. Ramai juga yang menyebutnya pahlawan kerana menjaga kebersihan alam sekitar dengan menghapuskan lalat dengan 'skill' nya itu.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..