VIDEO: Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas


BERITA kanak-kanak cedera atau maut akibat kecuaian penjaga atau ibu-bapa bukanlah sesuatu yang asing pada pendengaran kita.
Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan salah satu contoh insiden akibat membiarkan kanak-kanak bermain bersendirian.
Tidak dapat dipastikan lokasinya, namun kanak-kanak berusia sekitar dua tahun ini dilihat berada seorang diri di kawasan kolah air tanpa sebarang pengawasan.
Akibatnya, dia yang memanjat sisi kolah tersebut jatuh ke dalam air tanpa disedari sesiapa.
Mujurlah selepas hampir dua minit bertarung dengan maut, seorang kanak-kanak lelaki datang ke kolah tersebut dan segera memanggil seorang wanita yang kami percayai penjaga kepada kanak-kanak tersebut.
Wanita itu segera menarik kanak-kanak itu sebelum membawanya pergi.
Hai, kalau lambat lagi, rasanya mungkin dia sudah tidak bernyawa lagi…




Takkan Baca je? Comment La Sikit..