(VIDEO) Sultan Johor Perlihatkan Koleksi Kenderaan Ketika Ditemubual Kris Aquino


SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikenali dengan kegemaran baginda menunggang motosikal berkuasa tinggi bergerak ke mana-mana.
Motosikal sama turut digunakan baginda untuk menjelajah Johor dalam setiap Kembara Mahkota Johor (KMJ).
Tidak ramai yang mengetahui Sultan Johor juga turut memiliki lebih 300 koleksi kenderaan pelbagai jenis antaranya motosikal dan kereta yang disimpan elok di dalam garaj khas di istana baginda di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Di laman YouTube, terdapat video baginda ditemubual oleh seorang pelakon dan pengacara dari Filipina, Kris Aquino  yang berpeluang melihat koleksi kenderaan milik baginda yang kebanyakannya berharga dan bernilai.
Kesemua kenderaan itu disimpan dalam tempat khas berhawa dingin bagi mengelakkan habuk terkumpul di atas kenderaan itu.
Turut disimpan baginda ialah koleksi kereta milik moyang baginda yang menjadi antara koleksi paling berharga Sultan Ibrahim.
Tuanku turut menunjukkan sebahagian daripada 30 buah motosikal milik anggota Polis Johor yang berwarna biru.
Dalam video berkenaan, baginda menunjukkan sebuah motosikal dengan hiasan harimau yang digunakannya setiap kali program KMJ. Menurut tuanku, rakyat sudah mengenalinya dan motosikal berkenaan.
Sultan Ibrahim berkata itu antara cara baginda rapat dan saling berhubung dengan rakyat.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..