5 GAMBAR DI SEKITAR HARI PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM AZIZ SATTAR

'Dimana ku cari ganti', tiada pengganti buat seniman era hitam putih ini. Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung.

Tiada lagi 'Bujang Lapok', satu kenangan yang tak akan kami lupakan dan sentiasa tersemat di hati peminat industri seni tanah air. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berita pemergian Datuk Aziz Sattar hari ini sedikit sebanyak menyedihkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat pelawak veteran ini. Dengan pemerigan Datuk Aziz Sattar, maka berakhirlah legasi mereka.

Di bawah gambar-gambar sekitar hari pengebumian Allahyarham Aziz Sattar:





foto kredit SSTDMM

Bagi yang tidak mengenali beliau, Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014), merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Beliau dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. 

Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee.

Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

Al-Fatihah, moga tenang dan damailah Allahyarham Aziz Sattar menemui PenciptaNya dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..