ALOR SETAR: Sebanyak empat lokasi di Hatyai, selatan Thailand dibom kira-kira jam 2.15 petang waktu Thailand.
Lokasi yang terbabit dalam kejadian bom itu termasuk Balai Polis Hatyai, stesen kereta Api Hatyai, Universiti Songkhla dan kedai serbaneka Seven Eleven.
Menurut sumber, seramai lima orang dilaporkan cedera dalam letupan bom di depan kedai serbaneka Seven Eleven, Jalan Phonphichai dekat Hatyai.
Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan. - Berita Harian
Foto Facebook
Takkan Baca je? Comment La Sikit..