DENGAN laman web YouTube, pelbagai pihak menghasilkan banyak eksperimen sosial yang menguji keprihatinan dan kepekaan masyarakat terhadap realiti sosial pada masa kini.
Sebuah agensi penyelamat golongan gelandangan di Amerika Syarikat, New York Rescue Mission menjalankan satu eksperimen sosial yang tidak terjangka oleh kebanyakan orang.
Mereka bertindak mengambil ahli keluarga beberapa orang dan menyolek mereka serta menggayakan mereka seakan menyerupai golongan gelandangan dan diminta duduk di tepi-tapi jalan mirip cara hidup golongan tidak berumah itu.
Kemudian, mereka akan merakamkan detik individu berkenaan melalui jalan yang diletakkan ahli keluarga mereka untuk melihat sama ada mereka menyedari golongan gelandangan itu rupa-rupanya adalah ahli keluarga mereka.
Hasil eksperimen luar biasa itu menunjukkan kesemua individu berkenaan tidak menyedari langsung bahawa golongan gelandangan yang ditemui mereka ketika berjalan itu adalah ahli keluarga mereka sendiri.
Ia lebih kepada soal ambil tahu atau tidak ambil pusing berkenaan keadaan persekitaran mereka.
Kesemua individu itu kemudiannya dipertontonkan video aksi ‘tidak ambil kisah’ mereka tadi dan mereka menyesali perbuatan itu.
Jika ahli keluarga mereka ada yang menghadapi masalah dan kemudian menjadi gelandangan, pasti mereka akan tidak menyedari keadaan itu.
Bak kata, tema video eksperimen itu, adakah golongan gelandangan ini ‘halimunan’?
Takkan Baca je? Comment La Sikit..