Los Angeles – Pelakon filem Paranormal Activity 2, Natasha Blasick mengaku pernah melalui satu pengalaman pelik melakukan ‘hubungan intim’ dengan hantu.
Aktress filem seram itu membuat pengakuan tersebut ketika sedang menyertai rancangan bual-bicara ‘British TV Show – This Morning’ Khamis lalu.
Namun apa yang peliknya, Natasya merasakan pengalaman seram itu ‘benar-benar menyeronokkan’.
Menurut artis seksi itu, kejadian pertama berlaku ketika beliau sedang berbaring seorang diri di bilik tidurnya, apabila secara tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti orang sedang masuk.
“Saya sedang berbaring di katil dan secara tiba-tiba merasakan seperti ada orang memasuki bilik tidur, tetapi saya tidak dapat melihat sesiapa.
“Saya dapat merasakan sepertia ada orang yang menyentuh dan menolak tangan saya” ujarnya menurut laporan akhbar The Mirror.
Natasha turut menjelaskan, dia kemudian merasakan seperti ada orang sedang menghempap badannya.
“Saya tidak dapat melihat sesiapa tetapi dapat merasakan tekanan, tenaga, kehangatan yang menolak dalam pelbagai arah dan saya merasa seronok” jelasnya lagi.
Sebaik sahaja selesai, dia dapat merasakan ‘makhluk’ itu berlalu pergi sebelum datang kembali sebulan kemudiannya untuk tujuan yang sama. -SuaraTV
Takkan Baca je? Comment La Sikit..