Wajah Pemain Bolasepak JDT Didakwa Curi RM500 Didedahkan

JOHOR BAHRU – Bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, atas tuduhan mencuri RM500, 1 April lalu.
Tertuduh, Mohammad Hadin Azman, 19, didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan barangan peribadi pemain dengan mencuri wang milik Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500.
2


2
Mohammad Hadin (kanan) ketika keluar dari mahkamah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik persalinan pemain di padang bola Seri Gelam, Johor Bahru jam 8.30 pagi, 1 April lalu.
Bagi kesalahan itu, Mohammad Hadin didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Dia yang diwakili peguam, Nor Shahid Abdul Malik merayu dibenarkan jaminan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias atas faktor menanggung ibunya seorang ibu tunggal.
Nor Shahid memberi jaminan anak guamnya hadir sepanjang perbicaraan berlangsung selain Mohammad Hadin tidak mempunyai pendapatan lain selepas dipecat daripada pasukan itu.
Mohd Azlan membenarkan jaminan ditetapkan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwaraya Noor Farhana Adham. Sinar Harian



Takkan Baca je? Comment La Sikit..