Home » Luar Negara » Beza Bandaraya Qatar Di Tahun 70an Hingga Kini
Beza Bandaraya Qatar Di Tahun 70an Hingga Kini
Qatar merupakan negara kecil di Timur Tengah, dan telah mengalami transformasi yang begitu cepat, sejak kedaulatan kemerdekaannya di tahun 1971. Kini Qatar telah menjadi negara moden dengan segala kecanggihannya.
Dahulu, penduduk ibu negara Qatar, Doha, merupakan nelayan pencari mutiara. Hingga akhir 90-an, perubahan pun berlaku secara ketara. Selepas penemuan sumber gas yang begitu banyak di perairan pantai.
Pelaburan besar-besaran pun terjadi di Qatar, dalam hal teknologi, kini Qatar menjadi pengeksport terkemukan gas cair di dunia. Menurut CNN Money, dianggarkan kekayaan Qatar bernilai US $ 85 bilion.
Qatar kini menjadi rumah bagi pengeluar minyak dan gas terbesar, dan hanya mempunyai populasi penduduk sekitar 600,000 orang.
Dengan perkembangan yang demikian pesat. Dan kini ada kira-kira 47 bangunan pencakar langit yang pesat dibina.
Bukan hanya pembangunan bangunan, pembinaan pulau-pulau buatan yang sangat indah. Sehingga Qatar menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Dan pada tahun 2022, rencananya Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia. - Dairishare
Takkan Baca je? Comment La Sikit..