Kita semua menghadapi masalah yang sama. Telefon pintar kehabisan bateri dalam tempoh sangat singkat.
Bagi para pengguna peranti Android, anda mungkin akan merasai telefon anda menjadi semakin cepat kehabisan bateri setelah digunakan beberapa bulan. Perkara ini mungkin kerana beberapa perkara, termasuk kerana kapasiti bateri semakin berkurangan, selain apps yang sentiasa hidup pada telefon. Artikel kali ini kami kongsikan kepada pengguna Android, bagaimana memaksimumkan jangka hayat kuasa bateri supaya ia boleh bertahan lebih lama.
Note: Tips ini menggunakan Android 5.0.2 Lollipop.
1. Brightness level, Screen’s Sleep Time
Ini tips paling penting terutama kepada anda yang memiliki paparan telefon bersaiz besar. Tetapkan kecerahan paparan skrin anda pada tahan 50% atau lebih rendah, ini akan mengurangkan pengunaan tenaga sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri. Anda boleh tetapkan kecerahan paparan skrin dengan menurunkan paparan notifikasi menggunakan teknik two-finger swipe down atau Settings > Display > Brightness level.
Anda juga disarankan menetapkan screen’s sleep time kepada 15 saat.
Aplikasi yang disorokkan tapi tidak dimatikan akan menggunakan tenaga yang banyak tanpa anda sedar. Untuk pengguna Android, ada cara mudah untuk anda kesan. Pergi ke Settings > Battery, dari situ anda akan lihat peratus tenaga yang digunakan oleh setiap aplikasi. Ini memudahkan anda mengenalpasti aplikasi yang patut dimatikan apabila berada di luar sepanjang hari.
Tidak semua telefon pintar memiliki power savings mode, antara kami tahu adalah Samsung, Sony, Motorola and HTC. Jika anda menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, anda boleh menggunakan Battery Saver Mode, yang mana akan memberi anda jangka hayat tenaga sehingga 90 minit. Pergi ke Settings > Battery > Battery Saver untuk aktifkan.
4. NFC Dan Bluetooth
NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat, konsep mekanismanya sama seperti penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth namun dengan beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat pada Bluetooth. Seperti aplikasi lain, jika tidak digunakan lebih baik dimatikan kerana ia akan menggunakan tenaga setiap masa. Anda boleh matikan NFC melalui Settings > Wireless & networks > NFC.
5. Gunakan Wallpaper Yang Gelap
Terdapat dua jenis paparan skrin di pasaran, LCD dan AMOLED. Untuk pengetahuan anda, LCD menggunakan backlighting system yang mana keseluruhan pixel skrin akan menyala secara serentak. Berbeza dengan AMOLED, ia menggunakan individually lit, hanya pixel yang bewarna sahaja menyala manakala yang pixel yang gelap tidak akan menyala. Ini secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga untuk menyalakan setiap pixel. Jika telefon anda menggunakan paparan skrin jenis AMOLED, disarankan menggunakan latar belakang gelap.
Terdapat dua jenis paparan skrin di pasaran, LCD dan AMOLED. Untuk pengetahuan anda, LCD menggunakan backlighting system yang mana keseluruhan pixel skrin akan menyala secara serentak. Berbeza dengan AMOLED, ia menggunakan individually lit, hanya pixel yang bewarna sahaja menyala manakala yang pixel yang gelap tidak akan menyala. Ini secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga untuk menyalakan setiap pixel. Jika telefon anda menggunakan paparan skrin jenis AMOLED, disarankan menggunakan latar belakang gelap.
Aplikasi seperti Google Maps, Swarm dan Yelp akan menggunakan location tracking untuk mendapatkan data terkini anda. Tapi jika anda jarang menggunakan aplikasi ini, kami sarankan anda matikan kemudahan GPS. Pergi ke Settings > Location.
7. Disable gimmicky gestures/features
Salah satu kemudahan yang jarang digunakan seperti eye-tracking atau air gestures. Anda boleh matikan melalui Settings app.
Salah satu kemudahan yang jarang digunakan seperti eye-tracking atau air gestures. Anda boleh matikan melalui Settings app.
Settings > Sound & notification > Other sounds
9. Widget
Anda boleh mematikan Widget dengan menekan ia selama 3 saat. Seterusnya hantar ke “Remove”
10. Animations
Tahukah anda setiap animation yang dipaparkan pada skrin telefon akan mengunakan tenaga bateri yang tinggi? Anda sebenarnya boleh mematikan fungsi ini melalui “developer option” Settings > About phone seterusnya pergi ke Build number dan tekan sebanyak 7 kali.
kembali semula ke paparan sebelumnya. Anda akan dapat lihat pilihan baru iaitu “Developer options”. Klik dan pergi ke bawah sehingga anda jumpa“Window animation scale,” “Transition animation scale” dan “Animation duration scale.” Matikan ketiga-tiga fungsi ini. Tahniah, bateri anda akan bertahan lebih lama!
Anda ada tips lain yang boleh digunapakai? Kongsi dengan kami melalui ruang komen.
Rujukan : Mashable
Takkan Baca je? Comment La Sikit..