Geli, jijik dan meloyakan. Cuba bayangkan kalau tengah sedap anda kunyah burger yang baru dipesan, tiba-tiba anda terjumpa cacing di sebalik daging?
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang baru membeli McChicken melalui kaunter pandu lalu McDonalds di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat.
Kejadian tersebut disedarinya setelah dia mengigit McChicken tersebut dan terkejut dengan kemunculan seekor cacing besar berwarna ungu di dalamnya.
Memetik kenyataannya dalam portal Mirror, “Saya datang ke kaunter pandu lalu dan memesan dua biji burger untuk dua orang anak saya.
“Ketika saya mengunyah salah satunya, saya merasa sesuatu yang aneh. Bila saya lihat, rupa-rupanya terdapat cacing di dalamnya.”
Tambah individu itu lagi, ketika memeriksa daging terbabit untuk kepastian, dua terkejut lagi kerana terdapat dua ekor cacing!
Ketika membuat aduan, pihak pengurusan Mc Donalds ingin menggantikan burger terbabit dan memohon maaf atas kesilapan mereka, namun si ibu itu tidak berpuas hati.
Pihak pengurusan McDonalds turut dilihat cuba melarikan diri apabila mendakwa daging ayam itu dibekalkan oleh sebuah syarikat swasta.
Namun, si mangsa mempersoalkan, andai makanan tersebut dihantar dalam kuantiti yang banyak bersama-sama, maka tak mustahil ia turut berada dalam daging-daging lain.
– MYNEWSHUB.CC
Keadaan Makanan Yang Dijual Di McDonalds Andai Dibiarkan Terdedah
Takkan Baca je? Comment La Sikit..