Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang

Apa yang kami kongsikan dalam Random Rabu minggu ini ialah hidangan yang paling mudah untuk anda sediakan. Bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sesuai bagi yang malas keluar pergi tapau makanan pada waktu malam.
Jom layan video pendek kami di atas untuk mengetahui dengan lebih realistik bagaimana Roti Telur Cheese Power Bak Hang ini dihasilkan
Antara bahan yang anda perlukan untuk sediakan hidangan ini ialah:
+ Telur (minimum 2 atau mengikut bilangan roti anda)
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4253
+ Roti (jika tidak diet, boleh buat banyak-banyak roti)
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4254
+ Cheese (apa lagi, letak banyak-banyak terus cheese)
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4252
+ Minyak Masak atau marjerin
+ Kuali
+ Pisau
Setelah semua bahan disediakan, bolehlah anda mulakan kerja-kerja pemotongan bahagian tepi roti. Bahagian tepi roti ini anda tidak mahu potong pun tidak mengapa.
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4255
Selepas selesai potong, susun roti elok-elok dan letakkan keju pada setiap lapisan roti. Masa letak keju ini pun sudah telan air.
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4257
Dah siap potong dan lapiskan, anda boleh bolehah pecahkan telur ayam dan kacau sehingga kembang.
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4259
Kemudian masukkan roti ke dalam telur tadi serta selaputkan roti tersebut sehabis baik. Ini jika mahu guna tangan pun, selamba saja – yang penting, tangan bersih
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4260
Setelah selesai, panaskan minyak dan bolehlah menggoreng sehingga masak mengikut citarasa anda sendiri. Jika mahu garin, biarkan lama sedikit di atas kuali tapi janganlah tidak hidupkan api pula
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4261
Akhirnya, setelah siap, bolehlah dihidangkan kepada rakan-rakan bujang anda yang lain. Ini kalau hidang kepada mak mertua, kami tidak tahu apa akan jadi seterusnya.
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY_feat
TIPS: Jika anda mahu makan beramai-ramai, potong roti cheese ini menjadi bahagian kecil-kecil. Dengan cara ini ia akan membantu anda cepat kenyang selain dapat berkongsi dengan orang lain yang turut lapar juga.
Cara Mudah Buat Roti Telur Cheese Power Bak Hang - VITDAILY20150527_4263
Suka dengan resepi ringkas seperti ini dan tidak mahu ketinggalan pada episod Random Rabu akan datang? Jom follow kami di Facebook dan Instagram.

Selain itu, kami juga membawakan berita terkini mengenai makanan, review makan-makan serta tips dan pengalaman travel bersama anda.

SUMBER : http://vitdaily.com/cara-mudah-buat-roti-telur-cheese-power-bak-hang/



aaaa test said...

Findings from this imaging study raise the possibility that intensive urate-lowering therapy may have clinical benefits in the prevention or healing of structural joint damage in people with gout

http://hargaacemaxsasli.com/cara-mudah-mencegah-kanker-serviks.html

Takkan Baca je? Comment La Sikit..