ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN DIKURUNG TIGA TAHUN SEBAGAI 'BALASAN' TAK DAPAT ANAK LELAKI





Hanya kerana tidak dapat melahirkan anak lelaki, seorang isteri dikurung di dalam tandas selama tiga tahun oleh suaminya sendiri.

Turut dikurung adalah anak perempuan mereka.

Priyanka dan anaknya, Pamesha diikat Rameshwar Rao pada mangkuk tandas dan akan dibuka untuk seketika jika kedua-duanya mahu menggunakannya.


Lebih malang mereka berdua hanya diberi makan nasi kosong dan air kosong semata-mata ketika menjalani 'hukuman' itu.

Sudahlah mengurung isterinya, Rameshwar juga dilaporkan turut merogol isterinya, namun malangnya Priyanka tidak juga mengandung.

Keadaan kedua-dua beranak itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh bapa Priyanka apabila menjenguk keluarga tersebut secara mengejut.

Meskipun marah dengan perbuatan menantunya, mereka tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana Priyanka enggan membuat laporan polis, malah berkeras mahu terus tinggal di rumah itu. 



Takkan Baca je? Comment La Sikit..