Dari Bas Sekolah, Kini Jadi ‘Rumah’ (Gambar)

2
Dalam kelas seni bina Hank seringkali membayangkan rekaan yang jarang sekali ada diluar. Seperti yang beliau pelajari selama ini, seni reka yang diajarkan adalah lebih cenderung kepada seni bangunan dan dekorasi dalaman.
Beliau mengakui lebih meminati suatu yang lain dari yang lain dan unik seni binaan itu. Untuk Projek Akhir semester ini, Hank telah menemui suatu idea yang unik dan mendapat perhatian rakan dan pensyarahnya, sebuah bas sekolah yang diubahsuai dengan ruang tempat tinggal didalamnya.
Menurut Hank, bas tersebut dibeli pada harga $3000, dan kos penambahbaikan menelan belanja sehingga $6000. Masa yang diambil oleh Hank adalah selama 7 minggu untuk menyiapkan sepenuhnya ‘dekorasi dalaman’ bas tersebut.
Hank ingin membuktikan bahawa kenderaan yang sedia ada mampu diubahsuai dan ia berpotensi tinggi untuk dijadikan tempat tinggal yang ada permintaan dari orang ramai.
Dalam bas tersebut mempunyai empat zon dimana terdapat bilik mandi, dapur, ruang tamu dan juga bilik tidur.
2

2
2
Ruang tamu adalah suatu tempat yang serbaguna, dan ia adalah ruang yang paling luas berbanding ruang yang lain. Hank dapat mengaplikasikan ruang ini samda untuk makan, santai dan melakukan kerja.


2
Ruang dalaman bilik tidur Hank dilengkapi dengan lampu LED dan beliau turut mengubahsuai bumbung bas tersebut dengan menyediakan ‘sunroof’ bagi menampakkan lagi kekemasan dan memenuhi citarasanya.
2
Ruang tidur terdiri dari dua katil yang bersaiz sama panjang dan lebar. Hank mengubahsuai katil tersebut supaya ia dapat dialih dan dibahagian bawah katil itu direka untuk penyimpanan pakaian dan barangan peribadi beliau, dengan cara ini ruang dapat dijimatkan.
2
2
2
2
Di bahagian kabin pula(ruang pemandu) adalah bersebalahn dengan ruang tidur. Pada bahagian ini, Hank tidak mahu menitikberatkan dan dibiarkan kepada keadaan asal. Pintu gelongsor dicipta bagi memudahkan penumpang berkomunikasi dengan pemandu. Cukup santai!
2
Pada bulan Ogos 2013, Hank dan rakan-rakannya memulakan perjalanan menaiki kenderaan ini sejauh lebih 8000Km mengililingi benua Amerika Syarikat.
Sehingga kini, Hank menjadikan bas sekolah ini sebagai ‘kediaman’ utama beliau. –harianblogger.com
2
Catatan dan rakaman sepanjang pengembaraan beliau boleh anda ikuti sepenuhnya diHankTravelPost.
Sumber asal: hankboughtabus, HarianBlogger



Takkan Baca je? Comment La Sikit..