Home
»
Kesihatan
» TANDA-TANDA AWAL KENCING MANIS (DIAEBETES)
Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)
- Haus atau dahaga yang keterlaluan.
- Letih dan lemah otot.
- Berat badan menurun.
- Penglihatan kabur.
- Gatal.
- Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
- Luka yang lambat sembuh.
- Kerap kencing.
- Gatal pada kemaluan.
- Rasa kebas.
Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes?
- Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
- Berat badan berlebihan atau obesiti.
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
- Tekanan darah tinggi.
- Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
- Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
- Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.
Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes:
- Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
- Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
- Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
- Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
- Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
- Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
- Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
- Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
- Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
- Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
- Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati.
- Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
- Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..